|
TUAH penyertaan sulung pada Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia 2011, pemain pilihan ketiga, Janko Tipsarevic dari Serbia merangkul kejuaraannya dalam final di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam sekali gus merekodkan gelaran sulung dalam kariernya.\rKetinggalan 0-3 pada set pertama perlawanan, Tipsarevic, 27, yang menduduki ranking ke-17 dunia tidak mengalah untuk menewaskan penerima wild card, Marcos Baghdatis dari Cyprus 6-4, 7-5 dalam perlawanan yang mengambil masa 2 jam 6 minit. Kejayaan itu sekali gus mencatatkan kemenangan kali kedua menerusi empat pertemuan menentang Baghdatis. \r\n\n\n\n\r \"Saya gembira apabila dapat menang di tempat seperti ini (Terbuka Malaysia) bukan saja kerana saya menang tetapi kerana saya menang menentang pemain hebat seperti Baghdatis,\" katanya yang membawa pulang AS$155,000 (RM494,450).\r\r\n\n\n\n\n Mengenai sasarannya di Terbuka Jepun bermula minggu ini, Tipsarevic berkata dia tidak mahu meletakkan harapan terlalu jauh dengan menghadapi perlawanan satu demi satu.\rDalam acara beregu, pemain Amerika Syarikat, Eric Butorac yang bergandingan dengan Jean-Julien Rojer dari Netherlands Antilles yang diletakkan pilihan kedua kejohanan menang mudah 6-1, 6-3 menundukkan juara tahun lalu, Frantisek Cermak dari Czech yang mempunyai gandingan baru dari Slovakia, Filip Polasek.\r\"Kami tidak menjangka dapat kemenangan yang agak mudah memandangkan mereka hebat berdasarkan pemerhatian kami dalam perlawanan separuh akhir,\" kata Butorac.\rKEPUTUSAN: ATP Terbuka Malaysia \r\n\n\n\nPerseorangan \rJanko Tipsarevic (SRB) mn Marcos Baghdatis (CYP) 6-4, 7-5 \rBeregu\rEric Butorac (USA)-Jean-Julien Rojer (AHO) mn Frantisek Cermak (CZE)-Filip Polasek (SVK) 6-1, 6-3
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|