|
LONDON: Pengendali Arsenal, Arsene Wenger mengharapkan peminat kelab itu menghormati Emmanuel Adebayor ketika penyerang tinggi lampai itu menyarung jersi Tottenham buat pertama kali, hari ini.\rAdebayor menghabiskan tiga tahun di bawah bimbingan Wenger, namun peminat Gunners mulai membencinya selepas dia berhijrah ke Manchester City dan meraikan jaringannya di depan peminat Arsenal.\r\n\n\n\n\r Penyerang 27 tahun itu mempunyai rekod jaringan mengagumkan ke atas Spurs ketika menyarung jersi Gunners tetapi dia kini bertekad menambah tekanan terhadap kelab lamanya pada perlawanan tetangga London di White Hart Lane.\r\r\n\n\n\n\n “Itulah yang kamu tidak inginkan,” kata Wenger yang berharap peminat Gunners melupakan insiden itu. “Kamu mahu peminat menyokong kelab dengan cara yang positif. Perlawanan bola sepak begitu menakjubkan dan semua pihak harus menikmatinya dalam suasana yang positif. Jika perlawanan itu hebat, tumpuan akan terarah kepadanya.” – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|