View: 132|Reply: 0
|
Bisnes Dunia: Dana zon euro pengaruhi sentimen
[Copy link]
|
|
Badan audit baru IMF ditubuh kaji perkembangan Greece bawah pelan penyelamat AS$150b\rPASARAN saham Asia ditutup bercampur-campur semalam menjelang undian penting Parlimen Jerman untuk meluluskan tambahan ke atas dana menyelamat zon euro.\r\n\n\n\n\r Sebuah badan audit baru Kesatuan Eropah-Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) yang ditubuhkan untuk mengkaji perkembangan Greece di bawah pelan menyelamat bernilai AS$150 bilion, turut mempengaruhi sentimen.\r\r\n\n\n\n\n Tokyo dapat mengimbangi semula kerugian pada dagangan awal untuk diakhiri 0.99 peratus lebih tinggi, dengan indeks penanda aras Nikkei 225 meningkat 85.59 mata kepada 8,701.23 apabila pasaran menyambut baik pantulan di zon euro.\rNamun, Seoul mencatat prestasi terbaik semalam, apabila indeks meningkat 2.68 peratus di tengah-tengah jangkaan Jerman mungkin menjadi Parlimen ke-17 di zon euro yang menyetujui tambahan ke atas dana bernilai AS$599 bilion itu.\r“Sudah pasti ia tidak akan menyelesaikan masalah hutang asas zon euro, namun sekurang-kurangnya ia menyediakan sedikit kelegaan,” kata penganalisis Tong Yang Securities, Cho Byung-Hyun.\rSydney susut 0.77 peratus, tetapi ditutup jauh daripada paras terendahnya manakala saham China diakhiri 1.12 peratus lebih rendah berikutan kebimbangan mengenai kelembapan domestik disebabkan situasi di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).\r\n\n\n\n\rIndeks Komposit Shanghai, merangkumi saham A dan B turun 26.72 mata pada 2,365.34 dengan jumlah dagangan AS$9 bilion.\rIndeks utamanya ditutup pada paras terendah dalam 15 bulan 2,363.95 mata yang dicatatkan 5 Julai 2010.\rPasaran Hong Kong ditutup sehari berikutan kejadian taufan.\rRentak pasaran dimulakan dengan sesi tidak menentu di AS dan Eropah.\rBursa di kedua-dua kawasan itu dibuka tinggi, tetapi menjunam menjelang penutup dengan saham AS mengalami penurunan besar pada jam terakhir dagangan untuk menghentikan pusingan tiga sesi keuntungan.\rDow Jones Industrial Average berakhir 1.61 peratus lebih rendah pada 11,010.90, manakala S&P 500 susut 2.07 peratus kepada 1,151.06 dan Indeks Komposit Nasdaq rugi 2.17 peratus kepada 2,491.58.\rHarga saham dibayangi situasi di Eropah semalam berikutan cadangan untuk mengenakan cukai ke atas sektor kewangan, tidak mengendahkan bangkangan AS terhadap langkah yang pasti mencetuskan perbalahan dengan London yang bimbang aliran modal keluar dari bandar raya itu.\rNamun, kebimbangan terbesar adalah krisis hutang zon euro.\r“Risiko terbesar yang berlegar di fikiran peniaga sekarang ialah undian Jerman mengenai kuasa dana itu,” kata penganalisis IG Markets, Ben Potter di Sydney, merujuk kepada Kemudahan Penstabilan Kewangan Eropah (EFSF).\r“Undian itu adalah penting dan walaupun ramai menjangkakan ia akan diluluskan, pasaran masih tetap gusar menunggu keputusannya,” katanya.\rDi pasaran tukaran asing, euro meningkat berbanding mata wang utama lain di Asia.\rMata wang euro ditutup AS$1.3608 dalam dagangan Tokyo berbanding AS$1.3536 di New York lewat kelmarin.\rMata wang tunggal Eropah itu turut meningkat kepada 104.09 yen daripada 103.60 yen.\rDolar AS pula didagangkan pada 76.51 yen, sedikit berubah daripada 76.53 yen.\rHarga minyak dunia meningkat dalam dagangan Asia berikutan kegiatan memburu untung, tetapi kebimbangan mengenai keruntuhan ekonomi AS dan krisis hutang zon euro mengimbangi sentimen. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|