|
Servis tangan kiri pemain Republik Czech jadi senjata benam MinellaTOKYO: Juara Wimbledon, Petra Kvitova menewaskan Mandy Minella dari Luxembourg pada kejohanan tenis Terbuka Pan Pacific semalam untuk terus berada di landasan tepat berdepan Maria Sharapova di suku akhir.\rPemain Republik Czech berusia 21 tahun itu yang menewaskan Sharapova pada final di All England Lawn Tennis Club untuk memenangi kejuaraan Grand Slam pertamanya Julai lalu, menang 6-2, 6-3 untuk mara ke pusingan ketiga.\r\n\n\n\n\r Walaupun Kvitova berada di atas gelanggang selama 65 minit, dia mengakui masih jauh daripada prestasi terbaiknya.\r\r\n\n\n\n\n Servis tangan kiri saya hebat. Mereka (lawan) kadang kala menghadapi masalah dengannya, kata Kvitova.\rNamun, saya perlu tingkatkan servis saya, kerana kadang kala saya melakukan banyak double faults dan peratus kejayaan servis pertama tidak bagus. Masih banyak lagi yang saya perlu perbaiki, katanya.\rSebelum kemungkinan pertemuan menentang Sharapova, Kvitova terlebih dulu perlu menewaskan pemain Amerika, Vania King, yang menewaskan Anastasia Pavlyuchenkova dari Russia 6-4, 7-6 (8/6).\rJuara dua kali, Sharapova, yang menewaskan Tamarine Tanasugarn dari Thailand 6-2, 7-5 Isnin lalu, akan menentang Julia Goerges selepas pemain Jerman itu menewaskan Greta Arn dari Hungary 6-2, 6-1.\r\n\n\n\n\rTerdahulu pilihan ketiga, Victoria Azarenka dari Belarus menewaskan Irina-Camelia Begu dari Romania 6-1, 6-3 di gelanggang tengah untuk mara ke pusingan ketiga.\rDalam aksi pusingan kedua lain, pilihan keempat, Vera Zvonareva dari Russia menewaskan Tsvetana Pironkova dari Bulgaria 7-5, 6-0, manakala pilihan kesembilan, Agnieszka Radwanska dari Poland menewaskan Angelique Kerber dari Jerman 3-6, 6-3, 6-3. manakala pilihan ke-16, Shahar Peer dari Israel tewas kepada Klara Zakopalova dari Republik Czech, 6-3, 6-1. AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|