CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3675|Reply: 4

kalau bankrupsi kakitangan kerajaan macam mana

[Copy link]
Post time 27-9-2011 09:23 PM | Show all posts |Read mode
katakanlah ..seorang kakitangan kerajaan tu dia berhutang dengan bank dalam jumlah yang besar 100K -500k atau juta juta ..
tup tup ..dia ni dipecat dari jawatan nya ...so macam mana kira ye ? ini dah di kira sebagai bankrupsi kan ?
bagaimana pula kalau dia ni langsung takda harta benda , rumah pulak atas nama mak pak dia ...apakah lanjutan susulan pihak bank untuk memungut hutang tertunggak tersebut ?

mohon pandangan , sekadar nak tahu info je sal benda ni ...pasal 2-3 tahun sudah , ada 2-3 orang kawan ni dia diberhentikan kerja bersama sama dengan hutang tertunggak bank dalam jumlah yang besar pulak tu ...aku tengok diorang selamba jek ..tak sempat aku nak tanya diorang sal benda ni ...

tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2011 09:42 PM | Show all posts
hutang bnyk2 x pe asalkan leh maintain bayar month2.

x semudah tu nak declare org bengkrap.sapa kita yg suka2 nak kata org tu bengkrap?

cuma mahkamah je yg ada kuasa nak declare org tu bengkrap.

selagi x naik court kalu, jgn senang2 nak tuduh org tu bengkrap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2011 09:53 PM | Show all posts
aku penah terbaca satu forum , dia kata boleh kuar negara dengan syarat kebenaran mahkamah ...lain lain forum , aku penah terbaca ...ada sesetengah dari diaorang yang bankrup hanya mampu bayar 50 hinggit sebulan padahal hutang cecah juta juta ...pergghhh ..tak dinafikan banyak yang melayu kes kes bankrup ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 08:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by al_gojos at 28-9-2011 08:34


Apa itu kebankrapan?        

Kebankrapan adalah satu proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai bankrap
l
anjutan daripada suatu Perintah Penghukuman yang dibuat di Mahkamah Tinggi terhadap
penghutang tersebut atas kegagalan atauketidakupayaan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM30,000.00.                   
  
Siapakah itu penghutang?        

Penghutang dalam konteks Akta Kebankrapan merujuk kepada individu yang tertakluk di bawah
bidangkuasa mahkamah di bawah seksyen 3(3) Akta Kebankrapan 1967 yang pada masa tindakan
kebankrapan telah dibuat:       
      
  • Telah hadir sendiri di Malaysia; atau
  • Biasanya  telah tinggal atau telah mempunyai suatu tempat kediaman di Malaysia;             atau
  • Telah menjalankan perniagaan dalam Malaysia sama ada sendiri atau dengan cara seorang ejen; atau
  • Telah menjadi seorang ahli sebuah firma atau perkongsian yang telah menjalankan             perniagaan dalam Malaysia.
Bagaimanakah seseorang itu boleh menjadi bankrap?        

Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan suatu Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman terhadap seseorang individu selepas suatu Petisyen Kebankrapa dikemukakan. Petisyen Kebankrapan ini dikemukakan di mahkamah melalui dua (2) cara:
           

Petisyen Pemiutang.

  • Suatu Petisyen Pemiutang hanya boleh dikemukakan setelah suatu tindakan kebankrapan dilakukan oleh penghutang dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh pengemukaan petisyen. Selain itu, penghutang tersebut hendaklah:
  • Tinggal di Malaysia; atau
  • Dalam  tempoh satu tahun sebelum tarikh pengemukaan petisyen:
    • Telah tinggal di Malaysia; atau
    • Telah mempunyai sebuah rumah kediaman di Malaysia; atau
    • Telah mempunyai tempat perniagaan di Malaysia; atau
    • Telah menjalankan perniagaan sendiri atau melalui ejen di Malaysia; atau               
    • Telah dalam tempoh yang sama menjadi seorang ahli sebuah firma atau perkongsian yang telah menjalankan perniagaan dalam Malaysia dengan cara seorang pekongsi atau pekongsi-pekongsi atau seorang ejen atau pengurus.
    • Petisyen Pemiutang dikemukakan apabila penghutang berhutangan dengan pemiu pempetisyen tidak kurang dari RM30,000.00.
  • Petisyen Penghutang.
  • Suatu Petisyen Penghutang merupakan satu tindakan kebankrapan. Petisyen Penghutang ini difailkan atau dikemukakan oleh penghutang itu sendiri yang menjadikan dirinya seorang bankrap bagi             melindungi dirinya dari tuntutan pemiutang yang berlebihan. Berlainan dengan Petisyen Pemiutang, tiada sebarang had atau jumlah hutang yang disyaratkan sebelum memfailkan Petisyen Penghutang. Selepas mengemukakan Petisyen Penghutang, ianya tidak boleh ditarik balik kecuali dengan kebenaran mahkamah.
              
Petisyen ini (Borang 3, Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969) hendaklah difailkan diMahkamah di mana penghutang tersebut tinggal. Sebelum Petisyen tersebut  difailkan, penghutang mestilah mendepositkan sejumlah RM1,500.00 kepada KPI bagi tujuan menampung segala perbelanjaan sepanjang pentadbiran        kes oleh KPI. Mahkamah hanya akan membenarkan Petisyen tersebut difailkan setelah resit pembayaran deposit yang dikeluarkan oleh KPI dikemukakan. Satu salinan Petisyen Penghutang yang dimeterai kemudian akan dihantar kepada KPI sama ada melalui pos atau sebaliknya. Semasa perbicaraan          Petisyen Penghutang, Mahkamah akan membuat satu Perintah Penerimaan serta satu Perintah Penghukuman. Walau bagaimanapun, jika si bankrap  tidak hadir ke perbicaraan tersebut, Petisyen tersebut boleh dibatalkan.
         
Perlu diingatkan bahawa kebankrapan adalah satu perkara serius dan seharusnya dijadikan sebagai jalan terakhir. Ini kerana terdapat banyak sekatan  yang dikenakan ke atas bankrap seperti sekaran keluar negara, memegang jawatan sebagai pengarah syarikat atau menjalankan perniagaan dan keperluan         untuk menyumbang ke dalam estet kebankrapan tanpa gagal untuk faedah pemiutang-pemiutang. Bankrap juga perlu menyerahkan segala hartanya termasuk rumah dan kenderaan. Di samping itu, tiada pelepasan automatik dipraktiskan di negara ini. Bankrap hanya boleh dilepaskan dari kebankrapan oleh Mahkamah atau KPI tetapi ianya tertakluk kepada sebarang bantahan daripada pihak pemiutang.
      

aku copy dari web Jabatan Insolvensi Malaysia...Jabatan ni yang menguruskan perkara berkaitan bankrup
contohnya nak minta kebenaran ke luar negara....panjang sikit nak baca tapi untuk tau tentang bankrupsi kenala baca...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 11:53 AM | Show all posts
aku heranla mcm mane diorg ni bleh berhutang smpi juta2 ni?

wat bisnes tak jadi ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.313976 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list