View: 14761|Reply: 34
|
Persediaan UPSR, PMR dan SPM 2012 semasa cuti sekolah nanti
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Sedar tak sedar, cuti sekolah hujung tahun 2011 dah tak lama lagi. Cuti sekolah akan bermula pada 19hb November untuk sekolah-sekolah di barat semenanjung dan 18hb Nov di Kelantan dan Terengganu. Apakah persediaan kita untuk anak-anak kita selama lebih kurang 8 minggu ini nanti? Persediaan ini penting terutamanya untuk mereka yang mempunyia anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun 2012 nanti.
Anda perlu mula merancang apakah aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk anak-anak anda nanti dan yang penting jangan biarkan ianya sekadar menjadi 'cuti' semata-mata tanpa apa-apa aktiviti akademik yang berfaedah.
Untuk anak-anak yang masih lemah, ambil kesempatang di masa cuti sekolah yang panjang itu nanti untuk mengukuhkan semula pemahaman mereka dalam matapelajaran yang mereka lemah itu. Bagaimana pun janganlah pula isikan kesemua 8 minggu itu nanti dengan aktiviti akademik sahaja kerana ianya akan membosankan anak-anak anda kelak. Mungkin anda boleh campurkan dengan aktiviti percutian samaada dihujung cuti atau ditengah atau gabungan kedua-duanya seperti:-
1. 3 minggu aktiviti akademik,1 mingu cuti, disambungkan dengan 3 minggu akademik dan diakhiri dengan 1 minggu cuti.
2. 6 minggu aktiviti akademik dan 2 minggu terakhir sebagai cuti.
2. 1 minggu pertama cuti, 3 minggu akademik, 1 minggu cuti dan 3 minggu terakhir akademik.
Jadual di atas hanyalah sebagai cadangan dan anda perlu kenal anak-anak anda dari segi daya ketahanan mereka. Mungkin ada yg cepat bosan dan oleh itu anda perlu selitkan cuti-cuti pendek di dalam aktiviti akademik mereka.
Sebagai cikgu tuisyen dan jururunding sepenuh masa terutamanya dalam matapelajaran bahasa Inggeris lebih 10 tahun, saya akan cuba berikan tips-tips dan petua lagi. Anda juga di galakkan berkongsi petua dan pengalaman anda sendiri untuk sama-sama kita manfaatkan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam cikgu,
anak llaki sy disleksia n thn dpn nak upsr, kalau blh nak cari guru tuisyen yg blh ajar dia sorg, bukan apa, kalau ramai2 rasanye mmg dia akan ketinggalan, n satu lg kalau blh la, cikgu tuisyen tu mesti tough jiwa n raga...nak layan kanak2 istimewa nie mmg menuntut satu kekuatan...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Jaketbiru, Betul tu.Ajar budak2 sekolah ni kena banyak kesabaran dan kena pandai ambil hati dan tak boleh serius sangat. Saya cuti sekolahni buat kelas BI selama 3 minggu (Sabtu/Ahad) di Putrajaya dan Sunway untuk pelajar yg ambi UPSR/PMR dan SPM 2010 nanti. Tak pasti sesuai untuk anak Jaketbiru atau tidak. Maybe kena yg one-to-one lebih effective. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum cuti sekolah bermula, apa yang anda boleh buat ialah buat kajian yang ikhlas di mana kedudukan anak anda dalam semua matapelajaran yang mereka akan ambil dalam peperiksaan nanti. Ini akan membantu anda mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-anak anda. Bagaimanapun kajian akan berbentuk subjektif kerana anda perlu mengambil kira juga 'standard' sekolah anak anda kerana sekolah yang mempunyai 'standard' yang rendah mungkin memberikan soalan-soalan yang agak mudah kepada anak-anak anda.
Apa yang saya boleh cadangkan ialah untuk anda menguji semula anak anda dengan soalan-soalan lepas UPS,PMR atau SPM sebenar supaya anda boleh mengukur dengan tepat kedudukan anak anda dan tidak 'terpedaya' dengan markah peperiksaan sekolah mereka. Dengan cara sebegini anda boleh ukur kedudukan sebenar anak-anak anda dalam semua matapelajaran mereka dan anda boleh membuat keputusan tepat tentang matapelajaran mana yang perlu anda beri lebih perhatin di masa cuti sekolah nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cikgutuition at 5-10-2011 12:58
SPM English 1119 Syllabus
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua
Saya selalu sarankan kepada pelajar-pelajar dan ibubapa tentang pentingnya untuk kita menganalaisa dulu syllabus sesuatu matapelajaran itu untuk memastikan yang pelajar-pelajar dan anak-anak kita boleh cemerlang dalam matapelajaran itu. Dengan cuti sekolah yang akan bermula tidak lama lagi pada 19hb November nanti, inilah masanya untuk pelajar-pelajar dan ibubapa untuk menganalisa syllabus kertas SPM English 1119 yang saya cuba analisakan di bawah sebagai persediaan untuk kursus Intensif Asas bahasa Inggeris yang saya akan mulakan pada cuti sekolah ini untuk pelajar-pelajar UPSR, PMR dan SPM nanti di Putrajaya dan Sunway . Moga analisa ini dapat membantu anda semua untuk SPM 2012, InsyaAllah.
1. Kertas Satu SPM English 1119
1. Masa yang diberikan – 105 minit
2. Bahagian – Seksyen A – Directed Writing (35 markah)
Seksyen B – Continuous Writing (50 markah)
1. Seksyen A – Directed writing – Karangan berpanduan.
Ini ialah soalan pertama di dalam Seksyen A, Kertas 1. Pelajar akan diberi arahan-arahan yang spesifik berkenaan dengan karangan yang pelajar perlu karangkan. Poin-poin utama atau idea untuk karangan dalam soalan ini akan diberi dalam bentuk nota-nota pendek atau dalam bentuk gambar-gambar. Pelajar perlu menghuraikan di dalam karangan mereka berdasarkan poin-poin atau gambar-gambar yang telah diberikan. Pelajar juga boleh menambah pendapat dan poin-poin mereka bila mereka rasa ianya berkaitan dengan poin-poin yang telah diberikan. Pastikan yang pelajar membaca betul-betul arahan yang telah diberikan untuk memastikan pelajar mematuhi arahan dan memaksimakan markah yang boleh mereka perolehi. Ini kerana secara amnya, karangan jenis Directed Writing ini lebih mudah untuk mendapat markah tinggi jika dibandingkan dengan Continuous Writing kerana pelajar telah di berikan panduan dan poin yang jelas untuk membantu pelajar merangka karangan mereka. Markah penuh untuk Seksyen A ini ialah 85 markah dan pelajar diberikan 105 minit untuk menyiapkannya. Markah untuk Directed writing ini ialah 35 markah dan oleh itu adalah disarankan untuk pelajar menghabiskan cuma 35 minit untuk mengarangnya. Jika pelajar menghabiskan terlalu banyak masa untuk seksyen ini kerana dikuatiri tidak cukup masa pula untuk menghabiskan seksyen Continuous Writing yang memberi markah yang lebih tinggi dan lebih sukar untuk dijawab.
2. Seksyen B – Continuous Writing –Karangan bebas bertajuk
Ini ialah soalan kedua di dalam Seksyen A, Kertas 1. Pelajar biasanya akan diberikan 5 tajuk untuk pelajar memilih cuma satu tajuk sepanjang 350 patah perkataan. Ianya berbeza dengan Directed writing di mana pelajar diberikan panduan untuk menulis karangan mereka. Dalam bahagian Continuous Writing ini, pelajar cuma diberikan topik dan arahan ringkas. Pelajar diberikan kebebasan untuk mengolah karangan mereka berdasarkan tajuk yang telah mereka pilih itu. Ini bermakna, intepretasi, kandungan, pendekatan, dan teknik adalah bergantung kepada pelajar sendiri untuk menentukannya. Markah untuk Directed writing ini ialah 50 markah dan oleh itu adalah disarankan untuk pelajar menghabiskan cuma 50 minit untuk mengarangnya. Ini adalah satu masa yang panjang jika digunakan dengan baik. Pelajar disarankan untuk membuat draf kasar tentang apa yang hendak dikarang agar lebih berstruktur dan lebih licin olahan karangan nanti.
Saya akan sambung lagi dengan Syllabus SPM English ini dalam masa yang terdekat.
Cikgu Yusoff
[email protected]
0193090711 |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cikgutuition at 6-10-2011 12:07
Kalau anda membawa anak-anak anda bercuti, pastikan ianya turut menyelitkan aktiviti-aktiviti akademik. Sebagai contoh, kalau untuk persediaan paper English suruh mereka gunakan digital camera untuk mengambil gambar2 yg menarik dan kemudian printkan dan buat karangan seperti 'My last holiday" dan sebagainya.Contoh karangan anda boleh tengok dalam The Star hari Sabtu/Ahad. Kalau anak2 yang UPSR, bawa mereka ke zoo atau kalau ada binatang di kampung anda,suruh mereka tangkap gambar2 binatang itu dan kemudian suruh mereka mencari nama2 binatang itu dari segi :-
1. Nama am haiwan itu
2. Nama haiwan jantan
3.Nama haiwan betina
4. Nama anak haiwan itu
5. Nama daging haiwan
6. Bunyi binatang itu
7. Tempat tinggal binatang itu
Sebagai contoh, untuk lembu.
1. Nama am haiwan itu - cattle
2. Nama haiwan jantan -bull
3.Nama haiwan betina -cow
4. Nama anak haiwan itu -calf
5. Nama daging haiwan -beef
6. Bunyi binatang itu -moo
7. Tempat tinggal binatang itu -farm/ranch/barn
Anda juga boleh suruh mereka selitkan adjectives yang sesuai untuk haiwan2 dan keadaan sekeliling itu mengikut kategori adjectives seperti:-
1. opinion - beautiful, smelly, fierce, tame,
2. size - big, enormous, small, large
3. shape - round, square
4. temperature - hot,cold, warm
5. age - young, new, old
6. colour - black, brown, blackish (kehitam-hitaman)
7. origin - Malaysian, Australian
8. material - wooden, metal
Anda juga boleh suruh anak-anak anda buat satu scrap book untuk mereka tampal gambar-gambar dan lain-lain kenangan yang berkaitan seperti tiket masuk ke zoo, tiket bas dan sebagainya. Dengan cara sebegini, percutian anda bukan sekadar makan angin tetapi turut membantu anak-anak anda memperbaiki bahasa Inggeris mereka.
Kursus Intensif Asas-Asas bahasa Inggeris untuk pelajar UPSR/PMR dan SPM akan saya adakan di Prct 16,Putrajaya dan Sunway selama 3 minggu berturut2 bermula 19hb November nanti. Tempat terhad kepada 15 orang pelajar sahaja. Hubungi saya segera jika berminat. |
|
|
|
|
|
|
|
Basic structure of an essay ni senang je nak ingatkan anak2 kita ni. Mesti ada intro, main body n summary/ending.
Kalau buat essay My Last Holiday ni
1. Intro - What do you want to write, where did you go and who went with you.
2. Main body - What you did and where you went in details.What did you buy.
3. Summary/Ending - How was the holiday.What did you gain.Any future plan etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jika anak-anak andamasih lemah dalam bahasa Inggeris dan ingin belajar sendiri2 dulu, saya sarankan anda dapatkan buku2 Grammar untuk anak-anak anda yang banyak ada di kedai2 buku seperti buku2 yang ditulis oleh Betty Azar. Cuma penerangan semua dalam bahasa Inggeris je lah.
Mulakan dengan topik yang paling penting pada saya iaitu Nouns. Anda perlu pelajari dulu apa itu Common n Proper Nouns (Kata nama am dan Kata Nama Khas), feminine dan masculine noun (kata nama khas untuk wanita dan lelaki), countable dan uncountable nouns (kata nama boleh dikira dan kata nama tidak boleh dikira), singular and plural nouns (Kata nama tunggal dan Kata nama majmuk) dan possessive nouns (kata nama menunjukkan pemilikan.
Pastikan juga anak-anak anda sudah menguasai perbendaharaan kata atau vocabulary yang berkaitan dengan Nouns seperti names of occupation, feminine nouns, masculine nouns dan sebagainya kerana amat sukar untuk cikgu-cikgu sekolah dan juga cikgu tuition seperti saya untuk mengajar mereka jika vocabulary anak2 anda amat terhad.
Nouns adalah topik pertama yang amat penting yang saya ajar dalam Module 1, Kursus Intensif Asas-Asas komunikasi bahasa Inggeris untuk UPSR/PMR dan SPM bermula Nov 19hb ini dan dalam buku Manual Lengkap bahasa Inggeris saya.
Good luck. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua
Assalamualaikum
For those interested in improving their children's vocabulary but are not sure how, you can go to this site at http://oald8.oxfordlearnersdictionaries.com/oxford3000/
The keywords of the Oxford 3000™ have been carefully selected by a group of language experts and experienced teachers as the words which should receive priority in vocabulary study because of their importance and usefulness.
Ini bermakna, secara kasarnya, ini ialah senarai 3,000 perkataan dalam bahasa Inggeris yang perlu anak-anak anda kuasai terlebih dahulu jika anda ingin meningkatkan kemahiran mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Senarai perkataan Oxford 3000 ini akan saya berikan kepada mereka yang menyertai Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris UPSR/PMR/SPM bermula 19hb ini di Precint 16,Putrajaya dan Sunway. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua
Basic sentence construction in English ialah:-
Subject + verb + Object atau
Subject + verb + Complement
So, kalau anda perhatikan yang Subject + Verb to almost wajib dalam setiap perkataan yang anda buat dalam bahasa Inggeris. That is why anak-anak anda must master the Subject and the Verb in English if you want them to be good in English.
Subject cuma datang dari Nouns n Pronouns sahaja. While Verbs pula samaada Auxiliary Verbs atau Action Verbs.
Tak susah manapun BI ni tapi basic about the Subject and the Verb mesti dikuasai terlebih dahulu.
Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM akan berjalan selama 3 minggu bermula 19hb Nov ini. Kelas cuma pada Sabtu dan Ahad di Sunway dan Putrajaya Prct 16 (sebelah Alamanda). Diskaun untuk kawan2 di Cari.Com ni.
Like my Page on FB at Cikgu Yusoff's English |
|
|
|
|
|
|
|
Pastikan anak-anak anda kenal Nouns anda dari segi:-
1. Common n Proper Nouns - Kata nama khas dan Kata nama am
2. Gender Nama yang berbeza mengikut jantina
3. Singular and Plural Nouns Kata nama tunggal dan kata nama majmuk. Aspek yang amat penting untuk anda ingat bila berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
4. Uncountable Nouns Kata Nama tidak boleh dikira Aspek yang penting tetapi tidak diketahui oleh ramai orang yang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
5. Collective Nouns Kata Nama Berkelompok. Kata nama yang lebih sesuai anda gunakan apabila merujuk kepada sekumpulan orang, haiwan atau benda.
Jangan kelam kabut untuk paksa anak-anak anda mempelajari bahasa Inggeris ini dengan cuba belajar dari tengah2 atau hujung2. mereka kena mulakan dari mula dan dari peringkat asas kerana ianya semua berkait.
Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris untuk pelajar dewasa akan diadakan di precint 16, Putrajaya pada 12 dan 13hb November ini. Diskaun khas untuk kawan2 di Cari.Com ni.
Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM akan berjalan selama 3 minggu bermula 19hb Nov ini. Kelas cuma pada Sabtu dan Ahad di Sunway dan Putrajaya Prct 16 (sebelah Alamanda). Diskaun khas untuk kawan2 di Cari.Com ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk masa anak-anak anda perlu ingat ada tiga zon masa iaitu:-
1. Present - Now
2. Past - Masa Lepas
3. Future - Masa akan datang
So, in term of WHEN, there are only these 3 time zones that you need to be ALERT, CAREFUL and CONSCIOUS when you construct any sentence in English. If you get it WRONG here, most of the time, you will make a mistake in your tenses.
Saya tahu ramai pelajar-pelajar yang tak suka TENSES tetapi sedarkah anda yang setiap ayat yang anak-anak anda buat, mereka mesti gunakan satu dari 12 tenses yang ada iaitu:-
1. Simple present
2. Present progressive
3. Present perfect
4. Present perfect progressive
5. Simple past
6. Past progressive
7. Past perfect
8. Past perfect progressive
9. Simple future
10. Future progressive
11 .Future perfect
12. Future perfect progressive
Bagaimanapun, sebelum anak-anak anda ingin menguasai kesemua 12 tenses ini, pastikan mereka kuasai dulu aspek 2W yang pertama iaitu Who/What anda iaitu Nouns dan Pronouns anda.
Aspek 2W yang pertama iaitu Who/What anda iaitu Nouns dan Pronouns akan saya ajar dalam Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM yang akan berjalan selama 3 minggu bermula 19hb Nov ini. Kelas cuma pada Sabtu dan Ahad di Sunway dan Putrajaya Prct 16 (sebelah Alamanda). Diskaun khas untuk kawan2 di Cari.Com ni.
Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris untuk pelajar dewasa akan diadakan di Precint 16, Putrajaya pada 17 dan 18hb Disember ini. Diskaun khas untuk kawan2 di Cari.Com ni.
Pendaftaran untuk tuisyen bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar sekolah untuk di Precint 16, Putrajaya, Taman Universiti, Bangi dan Leisure Commerce Square, Mentari, Sunway untuk tahun 2012 telah dibuka. Terhad kepada cuma 15 orang pelajar setiap kelas. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap dapat laluan dari pihak Moderator, terima kasih.
Oleh kerana ramai ibubapa yang bertanya tentang buku bahasa Inggeris yang sesuai untuk anak-anak mereka, maka saya ingin maklumkan yang saya ada keluarkan sendiri siri Manual Lengkap bahasa Inggeris saya yang amat sesuai untuk ibubapa yang mempunyai anak yang akan menghadapi UPSR, PMR dan SPM.
Berikut adalah Manual yang ada:-
1. Manual Lengkap Bahasa Inggeris.
2. Manual Lengkap Bahasa Inggeris SPM
3. Manual Lengkap Bahasa Inggeris PMR
4. Manual Lengkap Bahasa Inggeris UPSR
5. Manual Lengkap Bahasa Inggeris MUET
6. Manual Lengkap Perbualan Bahasa Inggeris
Kesemua Manual setebal minima 500 muka bersaiz A4 dan berkulit 'hardcover' yang tahan lasak dan tahan lama.

|
|
|
|
|
|
|
|
More info on this Manual:-
Size -A4
Cover -Hard cover with title embossed
Paper quality - White 80g paper
Ink use - Inkjet
Other benefits:-
1. Free 3 months online support - You/your children can ask me anything for 3 months Online through email/online chat or free SMS tru WhatsApp and Viber for BB, Iphone and Android devices users.
2. Extra notes through emails
3. Extra exercises through emails. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam komunikasi bahasa Inggeris, ada 4 aspek yang anak anda perlu kuasai untuk menjadi mahir iaitu:-
1. Speaking
2. Listening
3. Reading
4. Writing
Jika anda perhatikan, tiga dari empat aspek di atas iaitu Listening, Reading dan Writing anak-anak anda boleh berlatih secara berseorangan tetapi aspek Speaking memerlukan anda berlatih dengan pihak lain jika anda ingin cepat mahir.
Saya akan postkan artikel2 perbualan bahasa Inggeris ini dari masa ke semasa.Saya juga akan masukkan aspek Perbualan ini dalam tuisyen bahasa Inggeris 2012 untuk pelajar2 sekolah di Sunway, Putrajaya dan Taman Universiti, Bangi. Pendaftaran telah dibuka. |
|
|
|
|
|
|
|
hi cikgu,
boleh pm saya keterangan lanjut utk spm 2012 di putrajaya inclucing fees etc...
tq |
|
|
|
|
|
|
|
Mengajar menggunakan sukatan pelajaran UPSR/PMR/SPM
Menggunakan sukatan pelajaran membolehkan anda mengetahui dengan jelas apa yang akan dipelajari oleh anak-anak anda sebelum mereka memasuki alam persekolahan lagi ataupun sebelum mereka memasuki tahun persekolahan yang tertentu. Sebagai contoh, jika anak anda baru berusia 4-5 tahun, anda sudah boleh menganalisa sukatan pelajaran sains tahun satu dan gunakannya untuk mengetahui apa yang mereka akan pelajari dalam masa 2-3 tahun nanti. Mungkin ada yang akan berkata, ‘Macam mana pulak kalau sukatan pelajaran berubah nanti?’ Anda tidak perlu bimbang. Walaupun sukatan pelajaran mata pelajaran sains itu mungkin akan berubah dimasa hadapan, pada dasarnya asas-asas sains itu akan kekal dan biasanya sebarang perubahan hanya melibatkan perubahan kecil sahaja.
Dengan memulakan lebih awal, anda telah memberi kelebihan atau ‘head start’ kepada anak anda. Jangan pandang remeh dengan ‘kelebihan’ ini. Ianya akan banyak membantu anak anda untuk:
1.
Memahami dengan mudah apa yang diajar oleh guru mereka. Ini kerana mereka sudah pun mempelajarinya dengan anda secara langsung atau tidak langsung dengan anda dan mereka sekurang-kurangnya telah memahami sebahagian dari apa yang telah anda ajar.
2.
Membantu mereka memahami arahan-arahan yang diberi oleh guru mereka.
3.
Membantu mereka memahami soalan-soalan yang diberi dan kerja-kerja rumah yang diberi.
4.
Memudahkan mereka berinteraksi dengan yakin dalam kelas.
Meningkatkan harga diri mereka dan keyakinan mereka. Ini kerana mereka mudah faham apa yang diajar, boleh berinteraksi dengan baik dan berkemungkinan besar akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran sains.
Walaupun mereka dapat menyerap sebahagian sahaja dari apa yang anda ajari, ianya masih lagi merupakan satu kelebihan yang cukup berharga kepada mereka dan mampu membuat mereka bukan sekadar bersaing tapi melebihi rakan-rakan sebaya mereka. Dalam setiap proses pembelajaran itu ada tiga fasa iaitu:
- Sebelum pelajaran di kelas
- Semasa di kelas
- Selepas pelajaran di kelas
Sebagai ibubapa anda boleh membantu anak-anak anda dalam fasa 1 dan 3. Fasa 1 merupakan fasa yang kritikal jika anda inginkan anak-anak anda mempunyai kelebihan dari segi pemahaman. Dengan mendedahkan mereka kepada apa yang bakal mereka pelajari different kelas nanti ianya akan amat memudahkan mereka nanti bila belajar topik yang sama di kelas nanti. Jika sebelum memasuki kelas mereka telah dapat menyerap 80% dari apa yang anda ajar, maka semasa di kelas nanti mereka cuma perlu menyerap lagi 20% yang mereka belum fahami. Selain daripada itu, untuk 80% yang mereka sudah fahami itu akan mereka ulangkaji bila diajar oleh guru-guru mereka. Fasa ketiga juga merupakan fasa yang penting kerana ianya adalah waktu dimana anak-anak anda mengukuhkan apa yang telah mereka pelajari dalam fasa satu dan dua. Anda boleh membantu dengan menyediakan buku-buku latihan yang sesuai. Dengan memberi mereka banyak latihan anda boleh mengukur sejauh mana pemahaman mereka dengan apa yang telah anda
dan guru mereka ajari. Pastikan anda merekod markah latihan-latihan mereka agar anda boleh mengawasi pencapaian mereka dalam setiap topik. Jika ada topik yang mereka agak lemah anda boleh mengajar mereka semula topik itu atau anda boleh mencuba teknik pengajaran lain yang anda rasa boleh memudahkan pemahaman mereka.
Tuisyen bahasa Inggeris untuk pelajar sekolah rendah dan menengah akan bermula Jan 2012 di Sunway, Bangi dan Putrajaya. Tempat terhad. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuti sekolah telah pun bermula minggu ini dan bagaimana pula dengan persediaan akademik anak2 anda untuk tahun depan?
Anda boleh aturkan jadual anak2 anda semasa cuti sekolah ini seperti berikut:-
1. 3 minggu aktiviti akademik,1 mingu cuti, disambungkan dengan 3 minggu akademik dan diakhiri dengan 1 minggu cuti.
2. 6 minggu aktiviti akademik dan 2 minggu terakhir sebagai cuti.
2. 1 minggu pertama cuti, 3 minggu akademik, 1 minggu cuti dan 3 minggu terakhir akademik.
Jadual di atas hanyalah sebagai cadangan dan anda perlu kenal anak-anak anda dari segi daya ketahanan mereka. Mungkin ada yg cepat bosan dan oleh itu anda perlu selitkan cuti-cuti pendek di dalam aktiviti akademik mereka.
Saya sendiri akan memulakan tuisyen untuk pelajar-pelajar sekolah di Bangi, Putrajaya dan Sunway bermula Jan 2012 dan tuisyen akan menekankan:-
1. Asas-asas Grammar bahasa Inggeris.
2. Peningkatan Vocabulary yg sesuai untuk UPSR/PMR dan SPM
3. Latihan dalam kelas dan latihan buat di rumah
4. Latihan2 soalan2 sebenar dan klon UPSR/PMR dan SPM
5. Sokongan Online pada hari bukan tuisyen
6. Nota lengkap 100% dalam bahasa Inggeris atau dalam dwi bahasa (BM n BI)
7. Latihan karangan bergambar dan bebas berkala.
8. Latihan perbualan bahasa Inggeris.
Hubungi saya jika berminat kerana tinggal kira2 30% tempat sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
To all of you here, I think the big SECRET of making your children better in their English communication is that you must be AGGRESSIVE. Don't dilly dally, don't procrastinate and don't be too passive.
Take action now! What are you waiting for?
The question is SIMPLE?
Do you think English will make it difficult for your child to enter good universities?
Do you think English will hinder your child's progress in their career?
Do you think English will even stall your child's career progress?
Do you think English will stop your child from looking for a better job with a better salary?
If your answer is YES, what are you waiting for?
Take the necessary ACTION, NOW! |
|
|
|
|
|
|
|
"He who would learn to fly one day must first learn to stand and walk and run and climb and dance one; cannot fly into flying."
Friedrich Nietzsche |
|
|
|
|
|
|
| |
|