View: 80|Reply: 0
|
Syarikat miliki projek impak tinggi diutama
[Copy link]
|
|
Kriteria dapatkan pembiayaan Dana Mudah CaraUNIT Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) berkata, syarikat Bumiputera yang mempunyai projek berimpak tinggi akan diberikan keutamaan dalam mendapatkan pembiayaan di bawah Dana Mudah Cara bernilai RM2 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu.Ini termasuk syarikat yang sedang melaksanakan projek permulaan di bawah 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Program Transformasi Ekonomi (ETP).\n\n\n\n Ketua Eksekutif TERAJU, Husni Salleh, berkata dengan adanya dana itu, isu pembiayaan yang menjadi antara kekangan utama syarikat Bumiputera melaksanakan projek berimpak tinggi akan dapat diselesaikan.\n\n\n\n\n Dana ini disasar dapat meningkatkan lagi pelaburan sektor swasta, khususnya di kalangan syarikat Bumiputera dalam projek yang mempunyai nilai strategik yang tinggi.Dalam keadaan ini, sektor swasta akan bertindak sebagai pengambil risiko, manakala tanggungjawab kerajaan adalah untuk meningkatkan daya maju sesebuah projek itu, katanya dalam satu temu bual di Petaling Jaya, baru-baru ini.Dana Mudah Cara adalah hasil kerjasama TERAJU dan Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS).Ia menyediakan sokongan kepada Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) Bumiputera dan akan menjadi insentif tambahan bagi syarikat yang memohon untuk mendapatkan bantuan di bawah program PKS Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) yang dilancarkan TERAJU pada 20 Julai.\n\n\n\nDana itu juga akan menjadi pemangkin kepada syarikat Bumiputera untuk menjalankan projek besar yang mempunyai tahap kelayakan minimum nilai pelaburan projek berjumlah RM20 juta.Husni berkata, TERAJU akan menilai permohonan bagi dana berkenaan bergantung kepada keperluan teknikal sesuatu projek.Pemohon hendaklah membuktikan mereka mempunyai projek yang benar-benar berdaya maju sebelum dana ini dapat diberikan.Agihan pembiayaan adalah berdasarkan pembayaran secara berkala atau mengikut perkembangan projek, katanya.Beliau menambah, berdasarkan anggaran TERAJU, dana berkenaan dijangka dapat menjana kira-kira RM10 bilion pelaburan swasta.Diharapkan, kesan jumlah pelaburan itu akan turut memberi manfaat kepada syarikat permulaan serta perusahaan mikro Bumiputera lain bagi membolehkan mereka memperbaiki kedudukan masing-masing dalam rantaian nilai, katanya.Husni berkata, TERAJU telah menerima beberapa permohonan daripada syarikat Bumiputera bagi mendapatkan pembiayaan itu sejak ia mula dilancarkan dan tidak menolak jumlah dana berkenaan akan ditambah jika keperluan mendapatkannya meningkat.Antara kriteria permohonan bagi dana itu ialah sekurang-kurangnya 51 peratus pemegang saham adalah Bumiputera dan syarikat mesti mempunyai kapasiti, kemahiran, daya saing dan kepakaran untuk melaksanakan projek.Syarikat itu juga mesti mempunyai kedudukan kewangan kukuh dan mampu mendapatkan pembiayaan komersial bagi menjayakan projek.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|