CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

MLSCF cadang lancar dana kedua RM790 juta

[Copy link]
Post time 24-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MALAYSIAN Life Sciences Capital Fund (MLSCF), syarikat modal teroka yang berpangkalan di Kuala Lumpur, bercadang   melancarkan dana pembiayaan modal teroka keduanya bernilai AS$250 juta (RM790 juta) menjelang awal tahun depan.\rKetua Eksekutifnya, Ganesh M Kishore, berkata pihaknya berminat untuk bekerjasama dengan syarikat Malaysia dan juga luar negara untuk melancarkan dana itu, yang mana akan dilaburkan dalam syarikat bioteknologi hijau global yang inovatif.\r\n\n\n\n\r  Pelancaran dana itu, katanya, dibuat berikutan kejayaan dana pertama yang dilancarkan pada 2006 bernilai AS$165 juta (RM520 juta).\r\r\n\n\n\n\n  Kami sedang berbincang dengan beberapa syarikat Malaysia sebagai pelabur bersama bagi dana kedua itu dan ia kini berjalan lancar, katanya ketika ditemui selepas taklimat media mengenai operasi syarikat itu di Kuala Lumpur semalam.\rMengulas mengenai dana modal teroka pertamanya, Kishore berkata, pihaknya melabur secara langsung dalam 12 syarikat bioteknologi yang terbabit dalam bidang pertanian, penjagaan kesihatan dan industri.\rDi samping itu, katanya, kumpulan itu juga membuat pelaburan dalam 19 syarikat menerusi dana bersekutu.\rKami hanya melabur dalam syarikat yang berpotensi untuk dikembangkan dan syarikat teknologi yang inovatif selaras dengan sasaran kami untuk membantu mempercepatkan adaptasi teknologi di Malaysia dalam sektor bioteknologi hijau, katanya.\r\n\n\n\n\rPihaknya menjangkakan dana pertamanya akan dilaburkan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini, tambahnya.\rMLSCF ditubuhkan sebagai entiti swasta bebas yang beroperasi berdasarkan amalan terbaik modal teroka Amerika Syarikat (AS). \rIa diuruskan bersama oleh Malaysian Technology Development Corporation dan Burrill & Company, iaitu syarikat dana teroka terkenal yang berpangkalan di San Francisco, AS.\rSelain menyediakan sokongan kewangan, syarikat dana modal teroka itu juga mencipta nilai dalam syarikat pelaburannya dengan memberikan mereka bimbingan dan akses kepada peluang perkongsian.\rAntara firma pelaburannya adalah Abunda Inc, Akermin Inc, Cerca Insights Sdn Bhd, Chromatin Inc, Cobalt Biofuels Inc, Gevo Inc, GloriOil Limited dan Sentinext Therapeutics Sdn Bhd.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.079890 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list