CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 215|Reply: 0

MAHB meterai perjanjian projek KLIA2 RM530.3j

[Copy link]
Post time 23-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) telah memeterai perjanjian konsesi dengan WCT Bhd serta Segi Astana Sdn Bhd (SASB) bagi projek pembinaan, pembangunan dan pembiayaan Kompleks Bersepadu di Terminal Tambang Murah (KLIA2) di Sepang, Selangor bernilai RM530.3 juta.\rPengendali lapangan terbang itu turut memeterai perjanjian pemegang saham dengan anak syarikat milik penuh WCT, WCT Land Sdn Bhd (WCTL) yang memperlihatkan MAHB menguasai 30 peratus pegangan dalam SASB.\r\n\n\n\n\r  “Perjanjian konsesi itu dimeterai hasil proses tender yang dikeluarkan kumpulan.\r\r\n\n\n\n\n  “Menerusinya, konsep bina-kendali-pindah (BOT) membabitkan tempoh 25 tahun dengan pilihan melanjutkannya  10 tahun lagi akan diguna pakai bagi melaksanakan projek berkenaan,” katanya dalam kenyataan di Bursa Malaysia semalam.\rMAHB berkata, mengikut perjanjian konsesi itu, SASB akan dilantik bagi membina kompleks bersepadu yang akan menjadi hab bagi pengangkutan kereta api Express Rail Link (ERL), bas, teksi, perkhidmatan kereta sewa dan pengangkutan persendirian.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 1.453040 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list