CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

Satu mata dianggap hebat

[Copy link]
Post time 20-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Jurulatih tempatan   berpendapat peluang Malaysia atasi Jepun, esok  tipis\rCABARAN perlawanan pertama peringkat kumpulan menentang Jepun, esok cukup besar buat skuad Olimpik negara, tetapi peluang untuk barisan pemain muda negara mencuri mata di Stadium Tosu, Wilayah Saga tetap wujud andai disiplin dan semangat juang tinggi diterapkan.\r\n\n\n\n\r  Hakikat itu diakui beberapa jurulatih tempatan yang menganggap harapan untuk menang memang tipis kerana Jepun berada pada kelas lebih tinggi, namun kejutan masih mampu dilakukan skuad kendalian Ong Kim Swee yang sudah mencipta kejayaan mara hingga ke peringkat ini.\r\r\n\n\n\n\n  “Harapan kita (untuk menang) memang berat. Kita tidak boleh nafikan Jepun memang lebih hebat daripada kita, jadi jika kita beranggapan begitu lebih mudah,” kata bekas pengendali pasukan kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim yang kini bersama pasukan PKNS FC.\r“Tetapi saya percaya pemain Harimau Muda mendapat banyak pendedahan di peringkat antarabangsa dan mereka tahu bagaimana menghadapi cabaran sebesar ini. Mereka akan bermain dengan berhati-hati dan cuba mengikat lawan lebih kuat seperti Jepun.\rPada pengamatan jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu, Kim Swee dan anak buahnya sudah merakam kejayaan dengan sampai ke peringkat kumpulan kelayakan Olimpik 2012. “Sebarang kemenangan atau mata dikutip adalah bonus. Jika mereka seri di Jepun, itu sudah cukup baik,” kata Karathu.\r“Jurang antara kedua-dua pasukan boleh dikurangkan jika pemain kita ada sikap dan komitmen tinggi.”\r\n\n\n\n\rPengendali Selangor, K Devan turut menyuarakan nada sama apabila berkata:\r“Memang sukar tetapi keputusan seri masih dalam jangkauan. Dalam bola sepak apa pun boleh terjadi. Pemain negara tidak harus terlalu menghormati lawan kerana pemain muda kita ada ramuan membuat kejutan.”\rSeorang lagi bekas pengendali kebangsaan, B Sathianathan, merasakan keputusan seri sudah cukup membanggakan ketika bertemu lawan sukar seperti Jepun. “Kita perlu berhati-hati dengan serangan Jepun, mereka pasukan yang baik dan pemain kita perlu beri 100 peratus menghadapi mereka,” katanya.\rBekas pemain negara, Dollah Salleh beranggapan tahap permainan Jepun terlalu tinggi tetapi yakin pemain muda negara tidak akan menghampakan penyokong tempatan.\r“Corak permainan mereka jauh berbeza berbanding pasukan dulu, mereka lebih  pantas dan mempunyai taktikal baik. Satu mata tidak mustahil untuk dibawa pulang,” kata jurulatih Pahang itu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.042692 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list