View: 133|Reply: 0
|
LTAM langgar perlembagaan pemilihan exco baru
[Copy link]
|
|
ADAKAH barisan exco Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) diterajui Tan Sri Abdul Razak Latiff masih wujud?\rItulah persoalan yang timbul selepas mesyuarat agung dwitahunan (BGM) badan induk itu di Kuala Lumpur, kelmarin terpaksa dibatalkan setengah jalan selepas didapati melanggar perlembagaan ketika agenda pemilihan untuk jawatan exco baru.\r\n\n\n\n\r Ini kerana senarai nama calon yang bertanding untuk jawatan presiden, tiga naib presiden, setiausaha, bendahari dan penolong bendahari tidak dikemukakan dan dimasukkan dalam senarai agenda BGM dalam tempoh tidak lebih 30 hari seperti disyaratkan dalam perlembagaan 7 2 (b).\r\r\n\n\n\n\n Naib Presiden Persatuan Lawn Tenis Kuala Lumpur (KLLTA), Ahmad Abdul Jamil yang menghadiri mesyuarat itu mengesahkan mengenai pembatalan mesyuarat itu, tetapi tidak pasti sama ada jawatan exco sedia ada terlucut atau tidak.\r“Berdasarkan perlembagaan 7 2 (a), barisan exco yang dipilih pada setiap BGM hanya layak memegang jawatan sehingga mesyuarat BGM seterusnya,” katanya semalam.\rAbdul Razak memegang jawatan Presiden LTAM sejak 2005 selepas mengambil alih daripada Tan Sri Salehuddin Mohamad.\rAhmad berkata, ahli gabungan kini menyerahkan kepada pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk menentukan sama ada barisan exco sedia ada masih berkuasa atau tidak atau pun melantik satu jawatankuasa protem baru untuk mengendalikan sementara LTAM sehingga BGM baru diadakan semula.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|