View: 59|Reply: 0
|
Majlis Timbang Tara selesai isu
[Copy link]
|
|
MOM sedia dengar rayuan Jawairiah selepas LTAM batal ke Sukan SEA\rMAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) akan menubuhkan Majlis Timbang Tara bagi mendengar rayuan pemain tenis negara, Jawairiah Noordin yang merayu diberi peluang beraksi pada Sukan SEA XXVI November ini selepas Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) membuat keputusan mengejut membatalkan penyertaan skuad negara pada temasya dwitahunan itu. \r\n\n\n\n\r Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, mengesahkan pihaknya menerima surat rayuan daripada pemain 21 tahun yang pernah menduduki ranking ke-111 remaja dunia itu dan sudah dikemukakan kepada Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar untuk perhatian.\r\r\n\n\n\n\n “Hasil perbincangan dengan Tunku Imran, dia mencadangkan supaya Majlis Timbang Tara ditubuhkan bagi menyelesaikan isu ini. Jadi, saya akan menghantar surat kepada Jawairiah serta LTAM dan berharap kedua-duanya bersetuju untuk menyelesaikan isu itu menerusi Majlis Timbang Tara yang ditubuhkan minggu depan,” katanya semalam.\rKhamis lalu, Jawairiah yang memenangi tiga emas di Sukan Malaysia (SUKMA) Jun lalu mendakwa LTAM menganiaya dirinya dengan membuat keputusan mengejut membatalkan penyertaan skuad negara walaupun dia layak bertanding atas Kategori A.\rPresiden LTAM, Tan Sri Abdul Razak Latiff bagaimanapun menafikannya kelmarin dengan menegaskan badan induk itu sepatutnya diberi hak menentukan siapa pemain yang layak beraksi dalam Kategori A, bukannya ditentukan Jawatankuasa Pemilihan MOM.\r“Jawatankuasa Pemilihan MOM yang mempunyai kuasa menentukan atlit yang layak beraksi dalam Kategori A atau B kerana kami yang menanggung perbelanjaan atlit. Kami memilih Jawairiah selepas LTAM sendiri menyenaraikan nama pemain itu dan pemilihan dibuat berdasarkan ranking,” kata Kok Chi.\r\n\n\n\n\rDitanya sama ada penubuhan Majlis Timbang Tara mampu menyelesaikan isu berkenaan selepas majlis sama ditubuhkan bagi menyelesaikan ‘perbalahan’ antara pasangan kelab profesional KLRC, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilihat gagal, Kok Chi berharap isu itu dapat diselesaikan.\r“Apa yang penting kedua-dua pihak berkompromi dan mendahulukan kepentingan negara,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|