View: 91|Reply: 0
|
Ferguson berang kerana dipersenda
[Copy link]
|
|
Aksi hambar United seri dengan Benfica LISBON: Sir Alex Ferguson (atas) terpaksa berdepan soalan yang menyakitkan hati apabila Manchester United seri 1-1 ketika menentang Benfica dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Eropah, kelmarin.\n\n\n\n Selepas memperagakan kelibat garang dalam liga tempatan dengan ledakan 18 gol yang meletakkan mereka selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris tiba-tiba Red Devils seperti berubah wajah dibayangi lawan di Stadium Estadio da Luz.\n\n\n\n\n\n Ia juga gol pertama di gelanggang lawan sejak Mac 2010 dalam kejohanan ini dan barisan Fergie itu mungkin sudah tewas jika bukan kerana ketangkasan penjaga gol kedua berusia 27 tahun, Anders Lindegaard.“Saya tidak tahu kenapa anda bertanyakan soalan ini,” kata Ferguson ketika ditanya adakah kedudukan penjaga gawang dari Denmark itu sudah mengatasi David de Gea, penjaga gol Sepanyol berusia 20 tahun di Old Trafford dan akan diturunkan apabila menentang Chelsea, Ahad ini.“Anda hanya mencari perkara-perkara kecil yang bodoh.” Ferguson dikatakan cuba mempertahankan de Gea selepas kariernya bersama United bermula agak goyah sejak berpindah dari Atletico Madrid.“Kami mempunyai dua penjaga gol hebat,” kata Ferguson. “Kami akan sentiasa mencari jalan untuk menggilirkan mereka. David akan turun menentang Chelsea Ahad ini. Dia masih muda, dan ada masa saya akan memberinya rehat. Dia beraksi cemerlang Sabtu lalu, sebab itu saya merehatkannya.” \n\n\n\n Lindegaard yang tampil buat pertama kali dalam sebarang kejohanan, menafikan beberapa percubaan Benfica, antaranya rembatan kencang dari dekat oleh pemain gantian, Nolito pada minit ke-66. - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|