CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 84|Reply: 0

MOM gagal atasi kemelut BAM, KLRS

[Copy link]
Post time 15-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
\"KAMI masih memiliki beberapa pilihan menyelesaikan kemelut ini dan jika masih buntu lagi, kami tiada pilihan selain membawanya ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan,\" demikian tegas pasangan kelab profesional KLRC, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen, semalam.\rKenyataan itu menjelaskan kemelut pasangan itu dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) belum selesai dan ia jelas bertentangan dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perundangan dan Alternatif Penyelesaian Masalah Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Roy Rajasingham, kelmarin.\r\n\n\n\n\r  Ia juga membuktikan MOM gagal menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut itu menerusi Majlis Timbang Tara yang ditubuhkan. \r\r\n\n\n\n\n  “Apa yang kami dan BAM persetujui semalam (kelmarin) hanya kedua-dua pihak pada bila-bila masa bersedia mengadakan rundingan, selain kami akan terus dibenarkan beraksi selaku pasangan profesional. Bagaimanapun, beberapa tuntutan yang kami buat belum ada persetujuan,” kata Teik Chai.\rKemelut Teik Chai-Bin Shen dan BAM bermula apabila badan induk itu tidak menyenaraikan mereka beraksi dalam Kejohanan Dunia walaupun layak secara merit. Sebaliknya, tempat mereka digantikan dengan beregu yang bernaung  bawah BAM, Zakry Latif-Hoon Thien How.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.051925 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list