CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122|Reply: 0

Bisnes Dunia: Pasaran saham Asia menjunam

[Copy link]
Post time 13-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Mata wang euro terus mencatat paras terendah dalam tempoh 10 tahunPASARAN saham Asia menjunam semalam, manakala mata wang euro berbanding yen terus mencatat paras terendah dalam tempoh 10 tahun berikutan peningkatan kebimbangan terhadap Greece yang dijangka gagal melunaskan hutangnya.\n\n\n\n  Kerugian besar yang dialami di Eropah dan Wall Street pada Jumaat lalu menyebabkan berlakunya tekanan jualan di pasaran saham diburukkan lagi dengan peletakan jawatan oleh ahli jawatankuasa utama European Central Bank (ECB).\n\n\n\n\n\n  Tokyo jatuh 2.31 peratus atau 201.99 mata ke paras 29 bulan terendahnya iaitu 8,535.67, dengan pengeksport sekali lagi menerima tekanan paling teruk apabila Euro terus rendah berbanding yen.Selepas pasaran ditutup, penarafan kredit Toyota diturunkan oleh Fitch disebabkan pengukuhan yen. Euro mencecah 104 yen dalam dagangan Tokyo, paras terendah sejak pertengahan tahun 2001, berbanding dengan 107.66 yen yang dicatatkan pada Jumaat. Ia kemudian diperkukuhkan sedikit ke paras 104.27.Euro turut jatuh kepada AS$1.3560 dari AS$1.3649 pada Jumaat lalu manakala dolar lebih rendah kepada 76.80 yen berbanding 77.58 yen.\n\n\n\nKelemahan euro turut memberi kesan kepada pasaran lain seperti Hong Kong merudum 4.21 peratus atau 836.09 mata kepada 19.030.54, dan Sydney berakhir 3.72 peratus atau 156.2 mata lebih rendah kepada 4,038.5.Singapura turun 2.71 peratus manakala Seoul, Shanghai dan Taipei ditutup untuk cuti umum.Greece, yang menerima persetujuan untuk diselamatkan daripada krisis hutang kerajaan untuk kali kedua, Ahad lalu mengumumkan pemotongan belanjawannya sebanyak dua bilion euro seperti yang dimahukan Kesatuan Eropah (EU) dan IMF sebagai persetujuan pakej menyelamat.Pesuruhjaya Ekonomi Kesatuan Eropah, Olli Rehn, mengalu-alukan langkah itu dan berkata satu pasukan berada di Athens dalam beberapa hari ini bagi membincangkan pelan baru bagi pakej menyelamat pertama Greece seperti dipersetujui pada 2010.  Bagaimanapun, menteri kewangan bagi negara di Eropah tidak bersependapat berhubung langkah untuk menangani halangan menyediakan pakej menyelamat bernilai 160 bilion euro untuk Greece, dipersetujuinya pada Julai lalu.  Turut memburukkan lagi krisis zon euro apabila jawatankuasa eksekutif Jerman Pusat Bank Eropah,  Juergen Stark, meletakkan jawatan selepas tidak bersetuju bank itu memutuskan untuk membeli bon negara yang berada dalam krisis.Pengukuhan yen menyebabkan agensi penarafan Fitch menurunkan taraf kereta gergasi Toyota kerana pendedahan yang besar kepada pergerakan pertukaran asing.Mesyuarat Jumaat oleh Ketua Kewangan G7 berakhir tanpa sebarang kesimpulan yang kukuh turut menjejaskan sentimen, kata peniaga.“G7 seolah-olah tidak selesa dengan persekitaran pasaran apabila tidak menyatakan pendirian untuk mengambil langkah yang perlu bagi memastikan daya tahan dalam pasaran kewangan,” kata jurucakap National Australia Bank, Emma Lawson. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.077681 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list