View: 84|Reply: 0
|
Stosur cipta sejarah gemilang
[Copy link]
|
|
Muncul pemain pertama Australia jadi juara Terbuka AS sejak 1973\rSYDNEY: Perdana Men璽eri, Julia Gillard dan pemenang kejuaraan Grand Slam wanita terakhir Australia, Evonne Goolagong semalam memuji kejayaan \"cemerlang\" Sam Stosur menjuarai Terbuka AS apabila berkata ia boleh memberi inspirasi kepada generasi baru.\r\n\n\n\n\rPemain 27 tahun itu mengejutkan juara tiga kali, Serena Williams 6-2, 6-3 untuk memenangi kejuaraan Grand Slam pertama dalam kariernya di New York kelmarin.\rKejayaannya itu menjadikannya wanita Australia pertama memenangi kejuaraan Terbuka AS sejak Margaret Court melakukannya pada 1973, dan yang pertama memenangi kejuaraan Grand Slam sejak Goolagong melakukannya di Wimbledon pada 1980.\r\n\n\n\n\n\r\"Kemenangan 6-2, 6-3 dicatat ke atas Serena mengatasi segala kecemerlangan dipamerkan di kejohanan, termasuk mengharungi perlawanan paling panjang dalam acara wanita di Terbuka AS,\" kata Gillard, yang secara peribadi menelefon Stosur mengucapkan tahniah kepadanya selepas perlawanan.\rLaluan Stosur ke final termasuk kemenangan pada pusingan ketiga ke atas Nadia Petrova dalam permainan yang berlangsung tiga jam 16 minit - satu rekod bagi acara wanita Terbuka AS.\r\"Dia menunjukkan keazaman dan skil yang hebat untuk memenangi Terbuka AS dan semua yang terbabit dalam sukan tenis di Australia akan meraikan bersamanya hari ini,\" tambahnya.\rGoolagong, bekas pemain nombor satu dunia dan memenangi tujuh gelaran perseorangan Grand Slam berkata, kejayaan Stosur menamatkan kemarau kejuaraan Grand Slam Australia sebagai \'amat menarik\'.\r\"Dia mengharungi perjalanan sukar dan saya amat berbangga dengannya,\" dia memberitahu wartawan. - AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|