View: 2663|Reply: 19
|
Perlukah Restoren Mamak adakan Pengawal Bersenjata?
[Copy link]
|
|
BEBERAPA NGO tidak menyokong cadangan supaya menempatkan pengawal keselamatan bersenjata bagi mengelak kejadian rompakan di restoran mamak. - Gambar hiasan.
Dua NGO tidak sokong Kimma
Oleh JULIA ISMAIL
[email protected]
KUALA LUMPUR - Cadangan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) supaya restoran mamak mengupah pengawal keselamatan bagi menjaga premis mereka tidak mendapat sokongan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat itu.
Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, langkah itu seolah-olah memberi gambaran bahawa restoran mamak tidak selamat dan memerlukan pengawal bersenjata untuk mengawalnya.
"Negara kita bukan berada dalam situasi darurat yang memerlukan pengawal bersenjata ditempatkan di restoran-restoran.
"Ia akan merosakkan reputasi negara dan memberi tanggapan salah kepada pihak luar bahawa negara kita tidak selamat dan berlaku keganasan," ujarnya ketika datang ke pejabat Kosmo! di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan Presiden Kimma, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader mencadangkan supaya semua restoran mamak dilengkapi pengawal keselamatan bersenjata bagi menjaga premis dan pelanggan mereka.
p/s Ada bouncer mcm kelab malam plak.....Tambahan... bila ada kawalan bersenjata, rege makanan/minuman makin naik dikenakan kepada pelanggan............ |
|
|
|
|
|
|
|
gedik lah |
|
|
|
|
|
|
|
Mengada-ngada |
|
|
|
|
|
|
|
nk makan pun tak senang....
ala2 duk kat kedai emas plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg kedai mamak perlukan adalah "Panic Button" |
|
|
|
|
|
|
|
yup...betul 2 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# Jemy
setuju jg tu..cuma isu nya nanti mungkin kepantasan respon plak mcmana.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg bawa laptop & netbook ke restoran mamak tu, tambatlah laptop anda ke meja menggunakan kensington lock
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg bawa laptop & netbook ke restoran mamak tu, tambatlah laptop anda ke meja menggunakan kensington ...
ultra78 Post at 12-9-2011 10:18
cenggini ke? |
|
|
|
|
|
|
|
perlu...tapi pengawal keselamatan tu perlu lah di train utk ambik order, hantar makanan dan minuman dan siap basuh pinggan....
ala, sama jer warganegara (nepal atau bangla) lagipun..... |
|
|
|
|
|
|
|
mamak byk untung...takde hal dia nak mengupah kalo perlu bg diowang... |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak perlu pengawal di restoran mamak
SHAH ALAM 11 Sept. - Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (gambar) berkata, keadaan keselamatan di negeri ini termasuk di restoran mamak adalah terkawal walaupun berlaku dua kejadian samun di premis itu baru-baru ini.
Beliau sehubungan itu berpendapat pengusaha restoran berkenaan tidak perlu menempatkan pengawal untuk mengawasi keselamatan perniagaan mereka dan pelanggan.
"Mengenai pengawal keselamatan (bersenjata) itu, tak perlulah. Situasi terkawal," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader semalam, yang mencadangkan restoran mamak dilengkapi pengawal keselamatan bersenjata bagi mengelak daripada menjadi sasaran penjenayah.
Cadangan itu susulan daripada dua kejadian samun yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan pisau dan parang di sebuah restoran mamak di Seksyen 15 pada 28 Ogos lalu dan Seksyen 24, selang dua minggu kemudian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya masih memburu suspek yang dipercayai warga tempatan.
"Saksi dan orang ramai diminta bekerjasama menyalurkan maklumat kejadian itu di balai polis berhampiran," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
masih belum ada laporan kematian jadi masih lagi terkawal ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Wifi pun ramai mamak gedaung ni dh taknak provide dh lg plak pengawal bersenjata??
Punya la kedekut taik idung masin berkira sgt... diorang ni kalo x berkira x dpt la nak balik india 3 kali setahun... |
|
|
|
|
|
|
|
Train aje pekerja sendiri dgn karate, taekwondo, kalaripayat, silambam...lagi jimat |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun tak sokongan dengan idea ni, berapa banyak restoren 24-jam mamak yang ada di seluruh Malaysia ini. Tak payah fikir sejauh itu, di sekitar Shah Alam saja aku rasa sudah lebih 100 restoren mamak 24-jam ini. Dari 100++ restoren mamak itu, ianya banyak cawangan saja contohnya Restoren Hakim, Khalifah, Syed saja masing-masing ada lebih 6-7 cawangan.
Pada aku dari bersusah payah mengupah beratus ringgit untuk pengawal bersenjata, adalah baiknya tauke restoren tersebut sendiri memberikan latihan keselamatan kepada para pekerjanya. Ini lagi menjimatkan kos dan lebih mesra pengguna berbanding dengan meletakkan pengawal bersenjata yang memperlihatkan tempat tersebut seakan tidak selamat.
Dari pemerhatian aku, pekerja restoren mamak ini semuanya berperut buncit dan tidak hyperaktiif. Mereka kelihatan seakan lemau saja setiap kali, mungkin ada yang bekerja lebih dari 10 jam sehari membuatkan mereka nampak tidak cergas dan bersemangat. Jadi bila ada pekerja yang bekerja sedari tengahari sehingga awal pagi, bila kejadian sebegini mereka seperti batu tak tahu berbuat apa-apa. Betul mereka tak perlu korbankan diri untuk melawan penyamun bersenjata itu, tapi bila penyamun membuat pemantauan dan mereka kata tempat sekian-sekian boleh 'makan' jadi kes macam ni lah terjadi.
Dulu-dulu pernah juga kes seumpama ini berlaku di restoren-restoren makanan siam yang buka sehingga awal pagi, tapi tiada pula cadangan seperti ini diutarakan. Bagi aku Kimma ini 'over react' terhadap kes ini, banyak perkara yang lebih logik boleh dicadangkan bukan saja untuk masa depan restoren-restoren mamak ini tapi juga pada semua restoren-restoren yang menawarkan service 24-jam. |
|
|
|
|
|
|
|
mintak abg polis rajin-rajin round kat area yang ramai orang macam kedai mamak 24 jam.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku tak perlu langsung ada pengawal keselamatan di restoren mamak. Kita datang untuk makan-makan, takpun melepak dengan member. tapi bila ada pak gad dengan senapang, mood nak makan mesti hilang. nak bergelak ketawa pun tak shiok.
aku sarankan daripada dorang pakai pengawal keselamatan bersenjata, baiklah hentikan aje. elok elok pelanggan ramai berduyun-duyun, terus hilang. Bagi aku, better dorang restructure balik restoren dorang. kebanyakan restoren mamak jenis yang 'open air' (aku tak tahu nak letak istilah apa). kalau restoren tu jenis yang tertutup macam KFC/ McD kan bagus. lebih senang nak monitor kalau-kalau ada pergerakan orang yang dicurigai |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada pengawal keselamatan, nanti korang tgk dalam bil korang tu ada 10% security charge pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
pada pendapat aku, hadkan masa perniagaan kedai mamak atau kedai makan yang beroperasi sampai awal pagi ni. kedai-kedai ni lah yang mendorong kepada tabiat makan lewat malam. paling cikai pun order teh tarik dan roti kosong. berapa tinggi kalori tu. mana la rakyat malaysia tak senang dapat obesiti. kalau obesiti je takpe, datang pulak penyakit lain sekali.
hadkan waktu perniagaan sampai pukul 12 pagi. risiko nak kena samun pun kurang, kualiti perkhidmatan pun akan okey sikit dan paling penting boleh kurangkan tabiat makan lewat malam yang sangat tak sihat di kalangan rakyat negara ni |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|