View: 60|Reply: 0
|
Firhan julang skuad hoki negara
[Copy link]
|
|
Bantu barisan didik Beng Hai raih pingat gangsa benam Jepun 1-0FIRHAN Ashaari muncul wira skuad hoki negara apabila jaringan tunggalnya membantu barisan didik Tai Beng Hai meraih pingat gangsa menewaskan Jepun 1-0 dalam saingan tempat ketiga, Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Ordos, China, semalam.\rJaringan penyerang berkenaan, seminit sebelum tamat perlawanan kini bukan sahaja membantu Malaysia mengutip gangsa malah berjaya mengatasi sasaran awal Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) untuk tergolong dalam empat pasukan teratas kejohanan yang julung kali diadakan.\r\n\n\n\n\r Pertembungan semula kedua-dua negara ini selepas kemenangan tercipta 3-2 buat Malaysia ke atas negara matahari terbit itu, Jumaat lalu memperlihatkan skuad negara berjaya mengikat lawan tanpa jaringan sehingga memaksa kedudukan itu dibawa sehingga minit ke-69 sebelum jaringan tunggal perlawanan tercipta.\r\r\n\n\n\n\n Pasukan bermain dengan baik sepanjang perlawanan dengan Jepun tetapi kita juga ada terlepas beberapa peluang berharga pada awal perlawanan. Mereka konsisten dan dapat mengekang asakan lawan dan mengawal keseluruhan perlawanan.\rSecara keseluruhan saya berpuas hati dengan persembahan ditonjolkan pemain dalam setiap perlawanan walaupun kita tewas dalam dua perlawanan pada saingan awal kejohanan bermula, katanya yang turut berbangga dengan barisan pemain muda seperti Amir Farid Ahmad Fuzi yang menyerlah dalam kejohanan ini.\rSemua barisan muda berfungsi baik dan wajar diberi pendedahan lebih kerap di masa akan datang. \rPasukan kebangsaan bakal tiba ke tanah air, awal pagi Rabu ini. \r\n\n\n\n\rSementara itu, India muncul juara menewaskan Pakistan 4-2 dalam penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 manakala Korea Selatan meraih tempat kelima menewaskan tuan rumah, China 2-1.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|