CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 66|Reply: 0

Selangor harus buru mata penuh

[Copy link]
Post time 12-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Devan cabar anak didik benam KL esok buktikan kehebatan sebenar\rHANYA jika Selangor dapat menewaskan Kuala Lumpur pada aksi ketiga Kumpulan D, Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam esok, baru jurulatihnya, K Devan  menganggap juara 32 kali itu sudah kembali ke landasan sebenar.\rKami belum lagi pada prestasi terbaik. Ini baru kemenangan pertama. Memang serangan kita masih lemah. Separuh masa pertama kita dapat enam peluang, tiada gol dan pada babak kedua kita dapat 10 peluang dan jaringkan dua gol.\r\r  Apa pun saya puas hati dengan komitmen pemain. Cuma secara keseluruhan, banyak lagi yang boleh diperbaiki, kata Devan ketika ditemui selepas Selangor menewaskan Polis 2-0 di Stadium Shah Alam, malam kelmarin hasil dua jaringan Fadzli Saari pada minit ke-46 dan 59.\r\n\n\n\n\n\rSelangor kini di tangga kedua Kumpulan D dengan berkongsi tiga mata bersama T-Team manakala Kuala Lumpur unggul di tangga teratas dengan enam mata dan Polis pula tercorot tanpa sebarang mata.\rDevan kembali meletakkan Fadzli sebagai penyerang bersama Rudie Ramli manakala Amri Yahyah turun mengemudi jentera tengah bersama Hardi Jaafar. Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim pula hanya dimasukkan pada babak kedua.\rDitanya tentang Amri yang masih belum menemui sentuhan gol, Devan berkata: Selepas ketiadaan Safee Sali, kita harap Amri dapat mengulangi sentuhan gol sepanjang musim 2009. Tapi dia kini kemarau gol dan harap dia dapat kembali menemui sentuhan penyudah.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.172272 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list