CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12938|Reply: 77

Pening nak BERPANTANG (mslh lps beranak..updated on 20/11/11 pg3 *62)

[Copy link]
Post time 11-9-2011 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by missdiyana at 20-11-2011 12:01

Salam...
Aku dah lama tak post kat forum ni. Setahun jugak.. After kawen ngan Rio aku byk jadi silent reader ja...

Skang ni aku dok sarat mengandung anak pertama. Lagi sebulan due. Makin nak dekat due makin kepala otak aku ni pening, susah hati, berbelah bagi, tersepit, risau semua ada sampai satu tahap nanges2 maklumlahhh ibu ngandung ni emosional terlebih skit.

Masalahnya... after bersalin nanti aku nak berpantang di mana?

Masa awal2 ngandung dalam kepala aku ni mmg dah set nak berpantang kat rumah mak aku la. Yer laa dah nak beranak anak pertama kan. Then lepas habis cuti 3 bulan nak hantar kat mak utk jaga dalam 3 bulan.. then br cari pengasuh. Tp nak dijadikan cerita pulak. Abg & kak ipar aku pindah balik sini dr KL n stay with my parents. Abg aku ni ada anak 2 org anak lelaki. Sorang 3thn.. sorang 1thn. Abg aku still keja di KL tp isteri dia baru dpt keja kat sini. So, parents aku lah menjaga anak2 mereka. huhu...

Yang menjadi kerumitan sekarang..

1 : Hubby aku taknak menempek reramai kat umah parents aku sbb dia mcm segan la dah kak  ipar aku dok ada tp abg aku takda plak. dia rasa mcm tak selesa...nak pegi mandi, nak lepak2 tgk tv ka apa mcm terbatas laa sbb kak ipar aku dok ada. Dah tu kak ipar aku muda dr dia.

2 : aku ksian tgk parents aku.. jadi mcm tak  terurus bila jaga anak2 abg aku. sampai nak mandi & sembahyang pun tak sempat. Sbb anak abg aku yg sulung tu mcm payah jaga . even dah 3 thn tp dia tak mcm budak lain. Dia tak penah bercakap then suka hati dia ja nak buat apa. Kita cakap apa pun dia tak faham. Kalau dia nak something dia akan tarik tangan kita sampai kita buat apa yg dia nak kita buat tu. Kalau kita tak buat..dia akan nanges guling2 ngamuk. Semakkan rumah ni jangan cakap laaa Brg dalam umah pun byk yg dah pecah... (tu kira di bawah pengawasan tu)

3 : Eventhough mak ayah aku jaga budak2 ni dgn telitinya.. namun.. mesti ada insiden si abg memijak, menggigit, menanduk, memukul adiknya yg berumur setahun itu sampai luka.

Then mula la mak ayah aku bising2 -  penat, letih, tak larat n bla bla bla kat depan aku.. (depan abg aku tak bising plak). Dats y aku n hubby telah mengambil keputusan utk berpantang sendiri di rumah kami saja sbb melihat condition parents aku mmg sedih sgt. Nak minta tolong mak mertua.. mak mertua pun dah sakit kaki, mata tak nampak, tak larat.  maklumlah dah 75thn.

Yg menjadi isunya skang, aku dah jadi mcm tersepit sbb parents aku nak jugak kami berpantang kat umah depa. Aku dah explain tp my parents mcm tak leh terima ja. Yang kami kasihankan mereka..taknak susah n menambahkan beban mereka. Sedih sangat tgk condition parents aku bila jaga anak2 abg aku then depa jugak yg bising2 n rungut2 tak larat, letih, penat n etc.. Aku ni dah jadi mcm serba salah dah... aku ada gak ckp kat mak aku.. 'if mama nak jaga sy n baby.. mama mai la dok kat umah kami' tp mak aku mmg takleh dtg sbb kalau dia dtg jaga aku..siapa nak jaga anak2 abg aku? Lagipun aku rasa kalau aku berpantang kat umah parents aku pun sama ja.. aku kena jaga sendiri jugak. Yer laa.. dah tumpuan lebih kat anak2 abg aku. rasanya lebih selamat aku berpantang di umah sendiri memandangkan kat umah mak aku tu ada hero yg tak berapa faham bahasa.. kalau korang tgk dia pun mesti korang rasa apa yg aku rasa

So nak tanya pendapat korang, apa yg patut aku buat skarang ni? Nak stay with our principe - berpantang sendiri di rumah sendiri atau stay di rumah parents aku untuk menjaga hati mereka... ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2011 11:58 AM | Show all posts
ikut cakap suami. tak payah berpantang kat rumah mak. tapi kerapkan balik ke rumah mak like weekend ke, atau suruh hubby ambik your parents utk stay at rumah korang during weekends utk tgk2 kan awak masa berpantang & tgk kan cucu.

utk senang kan berpantang kat rumah sendiri, upah orang utk jaga awak (masak + mandikan baby + cuci2 apa patut berkaitan dgn ibu & baby + urut dan tungku)' service macam ni agak popular zaman sekarang, if rajin survey, boleh dapatkan yg betul2 bagus.

mak mungkin terasa hati sebab ingatkan awak tak sudi spend time dgn dia masa berpantang, utk dia pantau dsb. cakap lah terus terang bab suami tak selesa dgn kakak ipar yg bukan mahram tu. kalau dapat ambil parents utk duduk bersama masa weekends, utk jaga sikti2 anak dia ni (awak lah tu) mungkin sejuk sikit hati ibu tu kot?

also weekends kakak ipar tak kerja sure boleh jaga anak2 dia kan, tak perlu MIL tolong jagakan kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2011 12:05 PM | Show all posts
ikut cakap suami. tak payah berpantang kat rumah mak. tapi kerapkan balik ke rumah mak like weekend  ...
mclaren Post at 11-9-2011 10:58


mmg parents dah terasa hati.. kakak me kata mak dah nanges2 sbb terasa hati.. yg kita ni pikir taknak susahkan dia org ada org offer nak jaga me waktu berpantang tp dia mintak RM3K! tak mampu wooo...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 12:11 PM | Show all posts
boleh tak heart to heart dgn abang missd, citer kat dia masalah ni, mintak dia letak anak2 dia tu kat taska ke?

sebab kan, yang saya perhati, selalunya budak yang terlebih nakal ni, bila letak dgn rakan2 sebaya kat tempat lain, dia jadi lebih senang utk dikawal. maybe bukan semua lah, tapi ramai macam tu.
hmm mungkin satu masalah jugak dia belum pandai bercakap, tapi kalau penjaga yang mahir jaga kanak2 ni, maybe boleh handle dia kot?

also mungkin dia dok bergaul dgn kawan2 sebaya, cepat sikit dia dapat pick up speech?

so dalam sebulan dua ni, kalau abg missd setuju, missd pun tolong2 lah carikan taska utk anak abg tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 12:52 PM | Show all posts
Reply 4# mclaren

ai setuju psal letak nursery tu. anak ai dulu pun sama   xnak bercakap pastu uncontrollable. manja sgt... apa dia nak kena ikut, kalo tak ngamuk sakan. tp kalo ckp elok2 ngan dia masa mood dia baik (cukup susu/makan/tido) dia akan dengar dan so far xder benda pecah la kat rumah. start few months ago  ai antar nursery. alhamdulillah, berubah byk sgt lepas beberapa bulan. dah start berckp, follow instruction, tak ngamuk2 sgt dah, dh pandai main ngan bdk2 lain. btw anak ai dah 3.5yrs old skrang.

suggestion ai...
1- first u kena suh mak u simpan brg2 yg boleh pecah dan merbahaya kat rumah dia... bdk2 camni kang diorang marah, ada yg dia baling   ni utk keselamatan semua org termasuk dia sendiri. rumah ai, sofa/dining table pun br beli.. cabinet xder langsung yg ada cermin. mainan yg agak tajam/berat/merbahaya mmg akan sentiasa disorok
2- u kena pujuk dan convince abg/kakak ipar dan parents u psal letak anak sulung dia di nursery. tapi... u jgn sekali2 sebut psal bdk tu u takut nak berpantang kat umah mak u, kecik ati dia. lebihkan pd nak help anak sedara u tu dr kepentingan diri
3- kalo jd berpantang kat umah mak u, apa salah suh laki u lepas keja balik mandi umah sendiri dulu pastu br dtg umah mak u. pastu weekend u balik la umah u.. weekdays u pegi balik umah mak u (ai assume umah mak u dekat utk ulang alik dr umah u.. kalo jauh sila ignore )

suggestions diatas hanya suggestions... kalau ai disituasi tu, ai pun ada stress
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 01:55 PM | Show all posts
Sbb anak abg aku yg sulung tu mcm payah jaga . even dah 3 thn tp dia tak mcm budak lain. Dia tak penah bercakap then suka hati dia ja nak buat apa. Kita cakap apa pun dia tak faham. Kalau dia nak something dia akan tarik tangan kita sampai kita buat apa yg dia nak kita buat tu. Kalau kita tak buat..dia akan nanges guling2 ngamuk. Semakkan rumah ni jangan cakap laaa  Brg dalam umah pun byk yg dah pecah...


macam anak sedara u ni ada simptom2 autisme je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2011 02:12 PM | Show all posts
Reply 6# aaz

napa eh org diagnose bdk mcm ni ada autisme   sometime it might be true... but most of the time, tak pun. bole rujuk to specialist for confirmation.

org pun ckp benda yg sama to my son   sian tau..... skrang ok jah anak ai tu. some kids need more attention than others. they will outgrow this at certain age.  some facts to shut ppl's mouth about my son... dia start sebut 'one' 2 days before raya, since then i ajar dia 'one' to 'ten' and on hari raya he can count one to ten all by himself   am so proud of him.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2011 02:23 PM | Show all posts
boleh tak heart to heart dgn abang missd, citer kat dia masalah ni, mintak dia letak anak2 dia tu ka ...
mclaren Post at 11-9-2011 11:11



boleh mimpi jer laaa   even dr dia org di KL lagi kami dah suggest mcm tu tp dia org taknak sbb takut anak terlekat susu la..kena pukul la.. then dah balik sini dia org takut anak dia org kena pukul sbb anak dia org yg sulung dah mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2011 02:28 PM | Show all posts
Reply  mclaren

ai setuju psal letak nursery tu. anak ai dulu pun sama   xnak bercakap pa ...
IceCream_Soda Post at 11-9-2011 11:52



   semalam my bro dah cakap yg dia tak dapat nak hantar anak² dia..dia plan nak amik maid tp buat masa 2 3 bulan ni dia tak boleh nak ambil maid lagi utk jaga anak² dia sbbnya kewangan tak stabil. That's why dia suh mak ayah yg jaga..

sy terasa gak kak...last² kita yg terpaksa ngalah dalam semua hal. Ni pun baru balik dr rumah parents... eventhough hrni kakak ipar cuti.. ma parents bising² kat saya dia org tak larat  letih.. Saya hairan..habis tu napa dia org terasa sangat bila saya nak berpantang kat rumah sendiri? Alasannya susah jaga sbb beranak anak sulung...??
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 02:32 PM | Show all posts
Reply  aaz

napa eh org diagnose bdk mcm ni ada autisme   sometime it might be true... bu ...
IceCream_Soda Post at 11-9-2011 14:12


kemungkinan aje, sebab berdasarkan simptom.. tapi nak tau betul ke tidak memang nak kena refer specialist la kan, amik test semua tuh.. sama lah macam anak buah i nih, pergi mana2 pun semua org ckp dia hyper active. Kita pun naik cuak tapi bila  refer doc, alhamdulillah doc ckp tak.. sebab dia mendengar arahan.

cuma i kesian kalo anak2 sebenarnya ada masalah, tapi kita dok marah2kan dia nakal, tak dengar kata, etc.. sedangkan depa nih special. Tapi kalo kita faham, lebih mudah untuk kita handle.  Kalo betul autisme, gi hantar nursery yg tak biasa handle kes macam nih, boleh bahayakan anak2 lain. Gigit2 kawan, cikgu ni selalu gak depa buat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 02:32 PM | Show all posts
Reply 9# missdiyana

kakak ipar u jenis malas xjaga anak ker? napa parents u bersusah2 jaga anak dia walaupun cuti... or dia pun xcukup tangan nak menjaga?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 02:33 PM | Show all posts
Reply 1# missdiyana

Anak sulung mmg mak kita nak nak jaga sangat..akak ni anak 1st aje pantang kat umah mak..yg lain2 semua kat umah sendiri..hubby yg jaga selama 2 minggu..pastu pandai2 jaga diri sendiri..jgn renyah sgt..Insyallah takde apa2.
Tak pyh lelama kat umah mak tu..lepas 2 minggu suruh hubby bawak balik umah sendiri pulak ekk..nnt mak tak ler kecik ati sgt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2011 02:33 PM | Show all posts
macam anak sedara u ni ada simptom2 autisme je
aaz Post at 11-9-2011 12:55



    nope.. rasanya bukan autisme. Delay ja budak ni..lambat bercakap n terlampau manja... manja sesangat.. kalau tgk sejarah budak ni dr kecik mmg dimanjakan sesangat.. believe it or not dulu dia dimandikan dgn air mineral hokkay... tu baru satu contoh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2011 02:37 PM | Show all posts
Reply  missdiyana

kakak ipar u jenis malas xjaga anak ker? napa parents u bersusah2 jaga anak di ...
IceCream_Soda Post at 11-9-2011 13:32



    kak ipar jenis penyegan jugak kekdahnya.. dia tgk anak2 dia gitew2 ajalah dah mak ayah saya dok ada bley tgkkan anak² dia. udahla makan minum semua parents yg sediakan..dats y parents sy letih sesangat tu.. mak dok bising2 kat saya tadi.. sy just cakap 'no komen..tatau nak kata apa dah....' sy faham mak mesti nak jaga saya ms berpantang tp dia org pun tersepit.. even kak ipar bersalin dulu pun dia org gi KL jaga kak ipar.. tp ni anak sendiri dok dalam satu bandar ja dia org takleh nak pegi jaga. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 02:39 PM | Show all posts
Reply 10# aaz

sapa ada anak2 mcm ni, mmg memerlukan kesabaran yg maximum... lg bertambah stress bila org kata mcm2 kat anak kita   sampai ai segan nak pi mana2 hatta pegi umah parents sendiri... bila adik beradik ckp apa2 pun kita bleh terasa.

kalo sesapa nak tau camna ai tone down my son, bleh pm ai.. ai bleh share, xder la bagus sgt.. tp ai alhamdulilah anak ai dh 50% berubah. just need perseverance in handling him.  malas nak menaip kat sini kalo xder org ada masalah yg sama ngan ai
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 02:42 PM | Show all posts
Reply 13# missdiyana

anak ai pun pernah dimandikan air mineral sbb umah parents ai dekat ngan sumber ai mineral

huh.. kayo nya abg u..... mandi air mineral tu   tp amik maid xmampu.... hmmmmmmmm priority xbetul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2011 02:43 PM | Show all posts
nope.. rasanya bukan autisme. Delay ja budak ni..lambat bercakap n terlampau manja... manj ...
missdiyana Post at 11-9-2011 14:33


kalau dimanjakan sampai gini sekali, kenapa pulak mak dia penyegan? i think cadangan kodok tu boleh gak u fikirkan. win2 situation. mak u pun tak terkilan tak dapat jaga anak sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 02:47 PM | Show all posts
Salam...
Aku dah lama tak post kat forum ni. Setahun jugak.. After kawen ngan Rio aku byk jadi sile ...
missdiyana Post at 11-9-2011 11:36



    kalau saya, saya buat mcm ni.  

balik aje berpantang kt rumah your parents. tengok berapa hari yg mak awak larat jaga awak/baby. kalau nampak dlm seminggu mak tak boleh nak handle awak, baby, anak2 abg tu, awak terangkan kt dia yg awak ikhlas tak nak menyusahkan dia menjaga awak.

awak minta balik ke rumah awak semula dan nak berpantang kt rumah sndiri. mungkin ada kesulitan di sini, nak berpindah randah dgn baby yg masih kecil. tp at least mak awak tak kecil hati sbb awak dah pun balik tp keadaan tak mengizinkan awak lama2 kt rumah parents. jgn babitkan hubby tak selesa sbb bg saya kalau rumah kita, biarlah kita babitkan diri kita je. kita pun tentu tak suka kalau hubby babitkan kita dlm situasi kita tak selesa berada di di rumah MIL.

tolonglah jaga hati mak awak. saya rasa mak awak ni seorang yg baik, jadi jgn sampai dia berkecil hati. mak saya dah takde, jadi saya agak sensitif bab2 melibatkan hati mak ni .   pasal hubby pula, saya rasa hubby awak tak mendatangkan apa2 masalah dlm hal ni.

selamat berpantang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 02:48 PM | Show all posts
Reply 17# aaz

sesetengah mak jenis xnak amik tau especially bila anak dia camtu. nak lepas tangan so xstress kekdahnyer....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2011 02:51 PM | Show all posts
Reply  aaz

sapa ada anak2 mcm ni, mmg memerlukan kesabaran yg maximum... lg bertambah stress bil ...
IceCream_Soda Post at 11-9-2011 13:39



    mmg..sy faham sangat.. mmg memerlukan kesabaran yg tinggi nak handle budak cenggini. tp saya tak salahkan budak tu dia jadi mcm tu.. sbenarnya anak sedara saya ni dimanjakan sangat² dr kecil.. even budak tu nak merangkak dulu ni pun parents dia tak bagi  lalu mendukung. umur 2 thn baru anak sedara sy ni boleh berjalan.. n skarang mmg most of the time dia nak org dukung dia. Even pintu bilik tutup pun dia nanges2 suruh buka sbb dia nak buat operasi. Tu yg terpikir.. nak berpantang kat umah parents sy camna bila keadaan mcm tu? baik saya berpantang kat rumah sendiri.. lebih selamat & selesa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.303059 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list