View: 71|Reply: 0
|
Decha tawan litar Autopolis
[Copy link]
|
|
DECHA Kraisat mengetepikan cabaran penunggang handalan Jepun dalam laluannya menjuarai Perlumbaan 1 kategori SuperSports 600cc pada Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS di Litar Antarabangsa Autopolis, Jepun, semalam.\rPenunggang Yamaha Thailand Racing itu menamatkan perlumbaan 12 pusingan dengan catatan 23 minit 32.585 saat, sekali gus mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut selepas menguasai dua perlumbaan Pusingan 3 di Trek Lumba Motor Madras, bulan lalu.\r\n\n\n\n\r Penunggang negara, Azlan Shah Kamaruzaman (Boon Siew Honda Racing Malaysia) terus mengekalkan prestasi cemerlang apabila menamatkan saingan di tempat kedua (23:34.004s) manakala Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) mencuri tumpuan di tempat ketiga (23:37.428s).\r\r\n\n\n\n\n Di awal perlumbaan, penunggang PETRONAS Yamaha Malaysia, Nobuyuki Osaki mendahului saingan tetapi dipintas Katsuaki Fujiwara (Manual-Tech BEET Kawasaki Racing) pada pusingan ketiga selepas Osaki terjatuh pada pusingan keempat, tetapi Fujiwara juga gagal mempertahankan pendahuluan itu.\rPada sesi kelayakan dan latihan bebas sebelum ini, jentera saya mengalami sedikit masalah dan pelarasannya tidak berada pada tahap terbaik tetapi sebaik berlepas dengan baik, ia memberi keyakinan kepada saya untuk mengejar pelumba di depan, kata Decha yang menamatkan saingan 1.419s di depan Azlan.\rAzlan berterima kasih kepada seluruh pasukan yang membolehkannya tampil cemerlang musim ini walaupun mengakui saingan semalam sukar dan dipenuhi pelbagai insiden kemalangan.\rBeberapa penunggang di depan terjatuh dan selepas itu Fujiwara turut mengalami masalah mekanikal. Saya gembira strategi hari ini (semalam) membuahkan kejayaan dan akan mengekalkan strategi sama esok ( Perlumbaan 2 hari ini), kata penunggang 27 tahun itu.\r\n\n\n\n\rDalam kategori Underbone 115cc, Hadi Wijaya menyekat dominasi berterusan pendahulu keseluruhan, Rafid Topan Sucipto untuk meraih kemenangan pertama musim ini selepas penunggang Kawasaki NHK Rextor Manual Tech itu menamatkan perlumbaan 10 pusingan dengan masa 15:49.642s, diikuti Rafid (Yamaha CKJ TJM Racing) dan penunggang Malaysia, Zaidy Mohd Zaifaizal (Motul Yamaha YY Pang Racing).
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|