CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
123
Return to list New
Author: DAKDAKDEK

beza kelebihan dan kekurangan pekerja kerajaan dan swasta.

[Copy link]
Post time 9-11-2012 06:55 PM | Show all posts
Bgla contoh apekah perbezaan kelebihan dan kekurangan yg TT lalui...senang kite nk bg pdapat n komen2 ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2012 08:44 PM | Show all posts
kfyap posted on 9-11-2012 05:13 PM
Yang pentingnya hati seseorang, mau berjaya kena berusaha dan ubah sikap.

kerja private tak sem ...

betul tu..
lupe lak pada pekerja swasta yang lain..
sbb sy comparekan pekerjaan sy je..
keje gomen dulu teruk, bz manjang, penat, x cukup tdo, stress.
now dah resign, lega sket.. syukur alhamdulillah...

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 02:02 PM | Show all posts
keje gomen mcm g holiday....santai jew
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 10:50 AM | Show all posts
i kerja private
tapi kampeni cap ayam je laaaaa
gaji tak banyak tapi boleh la nak topap henpon n isi minyak
bonus jangan harap

kerja kadang kadang banyak
kadang kadang rilek
waktu kerja 8.30 - 4.30
sabtu 8.30 - 12.30

walaupun masa mula mula kerja macam benci sangat sebab keja kerja hari sabtu
tapi sekarang, selamba je
hari sabtu datang lambat
(tapi kena potong gaji le)

tapi waktu kerja tu i suka
sebab balik pukul 4.30
boleh terus ambil anak anak
boleh balik rumah
lipat kain , masak
by 8pm, suami balik
makan malam dah siap, anak anak dah siap makan, so boleh rilek2 satu family
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 02:14 AM | Show all posts
Kerja gomen ni mmg gaji sikit and lambat naik pangkat..
tapi byk kemudahan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 11:52 AM | Show all posts
sweetlips posted on 11-9-2011 06:40 PM
memey le keje gomen ngan swasta tu ada perbezaan....
masing2 ada kelebihan dan kekurangan...
kala ...

betul sweetlips..


walauapa kita kerja yg penting halal dan hati bersih...bukan untuk kekayaan semata...

Kekadang kita tak nampak ganjaran untuk kita tapi kat anak2 kita.....

Saya selalu pesan kat anak lelaki saya yg kerja sebgai jururawat..ikhlas dan bersihkan hati selalu. niat tolong orang..jaga pesakit mcm jg emakayah sendiri.kerja yg senng dapat pahala...sbb tu saya galakkan dia kerja di sepital kerjaaan bukan sbb org kata kerja kerjaan senang..tapi saya suh dia cari pengalaman bina jati diri...sbb kerja di wad spital kerajaan mmg teruk.penat..penyakit yg berat2...pesakit ramai..menguji kesabaran...terutama hospital yg mmg busy seperti hs klng, jb...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 01:52 AM | Show all posts
keja swasta

1. Syok,bleh tukar2 keja
2. Gaji ikut prestasi
3. Performance kena maintain
4. Pressure dari bos sentiasa ada
5. Customer always right(byk cantekkkkk)
6. Customer come,money in(gamaknya)
7. Komisen (monthly,yearly ikut prestasi)
8. OT (off kos la)
9. Bonus
10. Experience la (keja byk bidang)
11. Mudah naik gaji/pangkat kalu prestasi ok


keja gomen

1. Dari dulu,kini dan selamanya duk buat benda sama,boringgggggg
2. Naik pangkat lambat,dh ada time-based
3. Bonus kena tggu PM umum
4. Keja banyak ka,keja sikit ka,gaji sama jah
5. Buat keja cepat ka,buat keja lambat ka,bos rilek jah
6. Customer come,busy in
7. Staff always right,hohohohoho
8. Loan mudah lulus,hu2
9. Loan keta bleh apply sampai 10 tahun,gilo...

Apepun,keja la kt mana,staff gomen ke,private ke,yang penting ikhlas maaaaaaa,baru rezeki berkat,he2
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 01:10 PM | Show all posts
keja swasta, ada spm pun xper starting gaji xyah ikut gred 17, kalo ada pengalaman, gaji orang spm sama cam orang ada ijazah,,true story...tengok jenis company jugakla ...aku keja swasta 6 bulan probation, pas2 jadi tetap naik rm800 tuh, skang tunggu bonus 6 bulan pulak pergggh meleleh,, gomen ade?? hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 10:47 AM | Show all posts
pd pandangan aku keje gov nie lebih banyak relaks berbanding gan keje swasta...keje gov banyak cuti...banyak mengulor...banyak segalanye nye la...kalo keje swasta terutamanye berkerja dlm bidang pembinaan...stress dibtnye...mana kene pegi outstation lagi tinggalkan anak bini...keje dr pagi ke mlm belum lg gan paperworks...keje kejar ms tuk siapkan bangunan lgi...meting n kene sembur gan consultant...adeh pd aku nak mencabar keje swasta kalo nak relaks keje gov...gaji tu ikut la gaji cikgu skrg nie pun dah banyak...so tak leh nak compare sangat bab gaji...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 04:32 PM | Show all posts
ina_na posted on 23-2-2013 10:47 AM
pd pandangan aku keje gov nie lebih banyak relaks berbanding gan keje swasta...keje gov banyak cuti. ...

Bukan semua rilek,kena tgk jabatan juga....cuti banyak pun kena tgk jabatan juga,bukan semua dapat cuti banyak...rasanya demo duk rujuk tugas guru kot,kerja rilek n cuti banyak....sebenarnya guru walaupun cuti 2 hari seminggu,tapi biasanya hari sabtu ada program,mungkin bukan setiap sabtu,tapi biasanya 2 kali sabtu akan digunakan untuk kokurikulum dan lain2....

Manakala cuti pertengahan tahun,biasanya guru akan terlibat dengan aktiviti kelas tahun 6,walaupun bukan sepanjang cuti,tapi guru kena terlibat juga....cuti akhir tahun,itu mungkin yang terpanjang dan terbanyak guru2 dapat,tapi guru masih kena bertugas pada hari2 yang telah ditetapkan oleh ketua jabatan...

Dari segi tugas,kerja hakiki guru adalah mengajar...namun pada zaman sekarang,tugas guru meliputi pelbagai aspek. Contohnya penyediaan pelbagai jenis fail yang sentiasa perlu dikemaskini sehingga mengganggu fokus utama iaitu mengajar...contoh terkini ialah fail PBS untuk KSSR/KSSM...kedengaran remeh,alah apalah sangat pengurusan fail dan kemaskini maklumat dalam fail...kalu ingin tahu,tanyalah guru2 yang berdekatan dengan anda tentang prosedurnya...

Kemajuan teknologi banyak memudahkan kita.Dasar kementerian memperkenalkan pelbagai sistem secara online harus dipuji. Namun urusan secara online yang perlu dikemaskini setiap hari/sepanjang tahun sering menyusahkan guru2.Alangkah bagusnya jika negara kita seperti korea selatan,jika berada didalam hutan sekalipun capaian internetnya sangat bagus dan pantas...Sistemnya tidak kerap 'down' dan selalu ditutup untuk dikemaskini serta dipindahkan ke server itu dan kemudian ke server ini kerana sangat perlahan dan tidak mampu menampung bilangan pengguna yang ramai yang hanya mencecah beberapa ribu orang,bukannya SEJUTA...

Guru2 yang bergred 41 dan keatas berjawatan PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN umpama kuli yang bekerja di kilang.Jika di jabatan gov yang lain,mereka ini hanya perlu goyang kaki,kerana penolong pegawai bergred 27 akan membantu.Mereka dapat sebuah bilik yang ada aircon serta pembancuh kopi...Namun guru pula perlu naik turun tangga setinggi empat tingkat untuk mengajar murid/pelajar.

Di sektor swasta,tiada jawatan serta gred khusus,kecuali bidang2 tertentu seperti jurutera,doktor dan pelbagai jawatan profesional lain yang mewajibkan mempunyai ijazah.Jika bidang bukan professional seperti Eksekutif dan lain2,pengalaman serta kemampuan membuat kerja adalah faktor yang utama.

Persaingan dalam sektor swasta sangat tinggi,oleh itu masing2 perlu menunjukkan kemampuan diri jika ingin berjaya. Mereka yang bagus pastinya memiliki peluang yang lebih cerah untuk naik pangkat dan mendapat imbuhan yang tinggi.

Berbeza dengan gov, gred gaji telah ditentukan pada kali pertama melangkah ke sektor ini berdasarkan kelayakan akademik.Jika anda cemerlang sekalipun,kelayakan untuk naik pangkat perlu melalui prosedur yang ketat dan kekosongan jawatan.Jika di bidang swasta,anda boleh naik pangkat dalam masa beberapa bulan sahaja...Dalam gov,mungkin makan masa bertahun!!!!!

Anda seorang yang bagus dan cemerlang,tapi untuk mendapat bonus dan insentif,anda perlu tunggu PM yang umumkan!!!itupun setahun sekali,jika bernasib baik dua kali setahun.....berbeza dengan swasta,bonus bulanan dan tahunan menanti jika anda cemerlang.....

RASANYA,jika ingin dibuat perbandingan,sudah boleh dijadikan novel kerana banyak faktor perlu diambil kira....oleh itu,REZEKI hak masing2,kita perlu bersyukur dengan apa yang ada....Pekerja swasta jika tidak berpuas hati dengan kerja,mereka boleh complain pada bos atau berhenti kerja....manakala pekerja gov,mereka sukar untuk complain pada bos kerana kemungkinan boleh ditukar kerana penilaian prestasi berada ditangan bos.

Berhenti kerja dari gov sesuatu yang sukar untuk dilakukan kerana sekali anda berhenti,tiada lagi peluang kedua untuk masuk ke perkhidmatan gov....manakala pekerja swasta boleh bertukar kerja sebanyak mana yang mereka suka,dan menyertai gov bila2 masa....

Complain yang dibuat biasanya secara umum iaitu melalui CUEPACS kerana lebih selamat dan permintaan juga melalui CUEPACS...oleh itu,tidak perlulah pekerja swasta jeles kerana pekerja gov tiada saluran lain untuk memohon bonus serta kenaikan gaji dan elaun2....

Akhir sekali,cuti panjang atau pendek,itu yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian,dan ketua jabatan mempunyai kuasa untuk memanggil guru2 ke sekolah pada bila2 masa,itu yang perlu anda tahu...Ada guru yang sedang bercuti di perak terpaksa ke johor kerana dipanggil oleh ketua jabatan dan dia terpaksa akur,walaupun tiada elaun perjalanan dan kerja Overtime...Guru2 dari semenanjung pula terpaksa korbankan tiket flight mereka kerana ketua jabatan secara tiba2 mengadakan program pada tarikh mereka ingin pulang,itupun tiada ganti harga tiket...Guru2 walau waktu kerja bermula pukul 7.00 hingga 2.00,tapi terpaksa pulang pada pukul 4 kerana kelas tambahan,itupun tanpa diberi OT...kelas malam,secara sukarela,tidak dibayar elaun,dan lain2 lagi.

AKHIR KATA,tepuk dada,dada yang sakit,hu2





Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 06:17 AM | Show all posts
Saya nak tanya,
saya ada degree dan akan mula kerja dlm bidang swasta tak lama lagi.
Selepas 2-3 tahun bekerja, kalau nak masuk kerajaan, nanti dapat gaji permulaan balik ke?
Let say bidang yg sama..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 12:07 PM | Show all posts
cm_jimbait posted on 13-7-2014 06:17 AM
Saya nak tanya,
saya ada degree dan akan mula kerja dlm bidang swasta tak lama lagi.
Selepas 2-3 t ...

gaji permulaan biasanya kalau baru masuk gov
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 01:36 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-5-2022 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.077730 second(s), 19 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list