CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Sambung mengemis lepas puasa

[Copy link]
Post time 8-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ribuan pengemis Jakarta ambil kesempatan kemurahan umat Islam pada SyawalJAKARTA: Beribu-ribu penduduk miskin dari seluruh pelusuk negara yang membanjiri Jakarta, Ramadan lalu untuk mencari rezeki dengan mengemis, meneruskan kegiatan mereka pada   Syawal, berikutan ‘untung besar’ yang diperoleh, hasil kemurahan umat Islam pada kedua-dua bulan mulia itu.\rBagi mereka,   Ramadan dan sambutan Aidilfitri adalah musim terbaik untuk mendapatkan ‘rezeki mudah’ kerana ketika ini umat Islam biasanya lebih pemurah dan suka menderma.\r\n\n\n\n\rMereka  mengemis di mana saja lokasi yang difikirkan sesuai dan menjadi kawasan orang ramai lalu lalang, termasuk pusat beli-belah, pejabat dan lampu isyarat, malah tidak kurang yang sanggup berbaris di tepi jalan, semata-mata untuk mengharap simpati.\r\r\n\n\n\n\nSeorang daripada mereka, Kusniwati, sanggup melakukan perjalanan sejauh 300 kilometer untuk mengemis di luar sebuah gedung perniagaan di Jakarta.\rJika bernasib baik, Kusniwati mampu memperoleh hingga AS$3.50 (RM10.40) sehari. Jumlah ini mungkin hanya cukup membayar harga secawan kopi di kafe gedung perniagaan itu, tetapi bagi pengemis sepertinya, ia agak lumayan.\r“Dengan wang itu saya boleh membeli susu pekat manis untuk anak lelaki saya, malah wang itu dapat  membayar harga makanan kami selama sehari,” katanya.\rFirma perbankan Swiss, Julius Baer, dalam datanya melaporkan, ekonomi Indonesia mencatatkan perkembangan lebih 6 peratus tahun lalu dan republik itu berjaya menghasilkan lebih ramai jutawan berbanding negara Asia lain.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, sekurang-kurangnya 30 juta rakyat di negara itu masih berada di bawah paras kemiskinan dan perangkaan ini mewakili 12 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Indonesia.\rJumlah penduduk miskin ini secara tidak langsung menyebabkan kerajaan Indonesia menghadapi masalah dasar  untuk mencapai matlamat menjadikan negara Kumpulan 20 (G20) antara 10 kuasa ekonomi utama dunia menjelang 2025.\rWalaupun kerajaan menegaskan bahawa kadar inflasi masih terkawal, kenaikan harga terutama barang makanan, menimbulkan masalah besar kepada rakyat miskin seperti Kusniwati.\rPenganalisis ekonomi, Latif Adam dari Institut Sains Indonesia,  berkata Kerajaan negara itu  meningkatkan perbelanjaan untuk menangani kemiskinan di negara itu sebanyak tiga kali ganda sejak sedekad lalu, tetapi kadarnya hanya berkurangan enam peratus saja.\r“Paras kemiskinan yang dapat dikurangkan tidak seimbang dengan perbelanjaan yang diperuntukkan. Usaha kerajaan untuk mengurangkan jurang kemiskinan antara penduduk semakin sukar berikutan peningkatan pendapatan golongan pertengahan dan kaya,” katanya.\rPada masa sama, perasaan tidak puas hati mengenai pengagihan kekayaan negara secara tidak adil semakin ketara sejak beberapa bulan kebelakangan ini, apabila pekerja lombong dan kakitangan pasar raya melancarkan mogok.\r“Kemiskinan adalah masalah, ketidakadilan juga suatu masalah, namun jika anda mempunyai kerajaan yang baik dan menyediakan kemudahan sewajarnya kepada rakyat, subsidi boleh ditarik balik tanpa menimbulkan masalah besar.\r“Di Indonesia masalahnya adalah berbeza. Cara pentadbiran yang lemah, menyebabkan rakyat menghadapi kesulitan apabila sesuatu subsidi ditarik balik,” kata seorang pengalisis yang enggan mendedahkan namanya. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.053765 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list