|
NEW YORK: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic (atas) dipaksa bergelut pada set pertama sebelum menundukkan Alexandr Dolgopolov 7-6 (16/14), 6-4, 6-2 untuk melangkah ke suku akhir tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), kelmarin.\rKemenangan itu membolehkan Djokovic berdepan rakan senegara, Janko Tipsarevic di suku akhir, tetapi hakikatnya dia terpaksa bekerja keras untuk memadamkan cabaran pemain nombor 23 dunia, Dolgopolov di Stadium Louis Armstrong yang berangin.\r\n\n\n\n\r Djokovic, yang hanya tewas dua perlawanan tahun ini dan menjuarai Terbuka Australia dan Wimbledon yang melonjakkan kedudukan ke tangga teratas ranking, memerlukan enam mata - dan menyelamatkan empat mata - untuk memenangi tie break pada set pertama.\r\r\n\n\n\n\n Dolgopolov, pemain 22 tahun dari Ukraine yang menikmati tahun terbaik dalam kariernya, langsung tidak menunjukkan rasa gusar menentang pemain yang mendominasi dunia tenis itu apabila menggunakan kepantasan dan kepelbagaian pukulannya untuk mengekang Djokovic.\r“Saya keliru di atas gelanggang pada set pertama,” akui Djokovic, yang mencatat kemenangan ke-61 tahun ini dengan mudah.\r“Saya fikir penonton teruja menyaksikan perlawanan itu kerana ia sengit,” katanya. “Tetapi saya rasa ia permainan yang buruk pada set pertama kerana saya tidak puas hati dengan cara saya bermain.\r“Dia banyak mengubah rentak. Dia sentiasa menghantar bola berbeza. Sukar untuk saya membalasnya kerana keadaan gelanggang.” – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|