View: 88|Reply: 0
|
Bolt kian gah terus cipta gerun lawan
[Copy link]
|
|
Menangi 200m, bantu kuartet 4x100m Jamaica cipta rekod dunia\rDAEGU: Pelari Jamaica, Usain Bolt memperlihatkan dua karakter berbeza pada Kejohanan Olahraga Dunia 2011 iaitu memberi pencabarnya sedikit harapan manakala satu lagi menghadirkan rasa lebih gerun terhadap pesaing-pesaingnya itu.\r\n\n\n\n\r Penyertaan yang dibatalkan secara mengejut dalam saingan 100m bukan sesuatu yang diramalkan oleh kebanyakan orang yang lebih menjangkakan dominasi Bolt bakal berakhir setelah melihat pelari itu pada musim ini tidak menghampiri catatan masa terbaiknya.\r\r\n\n\n\n\n Lantas Bolt berikrar untuk bangkit pada acara 200m dan beliau menunaikan kata-katanya itu dengan catatan 19.40 saat, masa keempat terpantas dalam sejarah.\rHanya Bolt, sebanyak dua kali dan legenda Amerika Syarikat, Michael Johnson pernah melakukan masa lebih pantas daripada itu.\rTidak cukup dengan itu, Bolt kelmarin turut membantu kuartet 4x100m Jamaica memecah rekod dunia dicipta mereka pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing apabila mencatat 37.04 saat.\r“Kami menamatkan kejohanan dunia kali ini dengan baik. Kami mengingatkan semula diri kami kepada Sukan Olimpik dan fokus dalam penyerahan baton. Apabila melihat dua pelari awal menyelesaikan larian mereka, saya fikir apa pun boleh berlaku dan cuba melakukan larian terbaik.\r\n\n\n\n\r“Saya akhirnya berjaya menamatkan kejohanan dunia ini dengan cukup baik biarpun bermula dengan kegagalan,” kata Bolt, 25.\rApabila Bolt yang sering tidak serius dalam lariannya dilihat kali ini begitu fokus untuk menjuarai acara 200m dan 4x100m, ia pasti akan membuatkan pencabarnya kembali tidak senang duduk menjelang temasya Sukan Olimpik 2012 di London.\r“Saya bukan melepas kemarahan. Saya cuma berlari dengan lebih bersungguh untuk meminta maaf kepada peminat selepas apa yang terjadi dalam acara 100m. Saya mahu lakukan terbaik dan membuktikan kepada mereka,” jelas Bolt selepas menamatkan larian acara 200m. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|