CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 19975|Reply: 78

[Lain-Lain] FILEM KEGEMARAN YANG TAK PUAS DITONTON

  [Copy link]
Post time 5-9-2011 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by adromir at 5-9-2011 11:33

Hi, uols. Selamat kembali bekerja. Best Raya? Korang perasan tak? Raya baru ni, cerita yg diorang show kat tv sumernyer hampeh belaka! Balik2 tayang citer tu. Boring arr. In the end, aku layan dvd je.


So, hari ni aku nak senaraikan 10 filem (antarabangsa) yg aku cukup suka tonton, sampai berulang2 kali tanpa jemu.


Antaranya, in no certain order;


1. Back To The Future (1985)

(Lakonan Michael J Fox yg kini menghidap Parkinson. Gelagat si hero, Marty, ngan saintis giler dlm filem tu sangat mencuit hati. Scene paling best waktu Marty main gitar sambil nyanyi lagu ‘Johnny B Good’)


2. Miss Congeniality (2000)

(Lakonan Sandra Bullock. Sampai kini dia still bergetah walaupun dah over 40. Mcm nak pecah perut tahan gelak waktu tengok the crowning scene. Ghairah sungguh Gracie berebut mahkota dengan Miss USA!)


3. She’s The Man (2006)

(Lakonan Amanda Baynes dan Channing Tatum. Filem ni pasal schoolgirl terpaksa menyamar jadi lelaki sebab nak main bola punya pasal. Scene paling hysterics waktu Viola ngn hero pujaan lompat atas katil dan berpeluk ketakutan dek seekor labah2! Ha ha ha!)


4. Lord Of The Ring : Return Of The King (2003)

(Lakonan oleh…err…ramai sangat la nak sebut! Anyway, filem ni banyak beri kesan mendalam pada aku. Aku sangat minat ngan penulisnya JRR Tolkien, dan semua bukunya aku dah abis baca. Ada 3 filem semuanya, but this one is the icing on the cake. Filem yg mengajar ku ttg persahabatan,pengorbanan, keberanian, dan ketabahan.)


5. James Bond : Casino Royale (2006)

(Lakonan Daniel Craig dan Eva Green.Filem ni buat aku minat kembali filem James Bond. Filem2 yg sebelum ni stereo-type sangat. Boring. Waktu mula2 Daniel Craig diumumkan sebagai James Bond baru, aku la orang paling kuat mengutuk. Tak hensem la, tak macho la. Bila filem dah keluar, terkedu aku. God, Daniel Craig sangat berkarisma. Truly, you don’t need to be good looking to captivate the audience. It’s your aura that counts!)


6. MemphisBelle (1990)

(Lakonan Matthew Modine dan Eric Stolz. Filem berdasarkan kisah benar tentang sebuah pesawat pengebom bernama ‘Memphis Belle’ sewaktu WW2. The brotherly relationship antara anak2 kapal yg membawa kepada kejayaan mereka sebagai pasukan pertama berjaya melaksanakan semua 25 misi dengan selamatnya.


7. Titanic (1997)

(Lakonan Leonardo Di Caprio dan Kate Winslet. Teringat lagi waktu aku menangis teresak2 dlm panggung bila heroin terpaksa lepaskan tgn si hero yg dah mati kaku…Cam tgk citer Hindustan la pulok! He he)


8. The Italian Job (2003)

(Lakonan Mark Wahlberg. Dlm filem ni, aku suka tengok cara team diorang plan utk curi balik jongkong emas yg telah dikapuh oleh rakan mereka yg berpaling tadah. Filem ni turut buat aku jatuh cinta pada MINI Cooper. Cute!)


9. Speed (1994)

(Lakonan Keeanu Reeves dan Sandra Bullock. Lepas tengok filem ni, aku ada fobia naik lif!)


10. Bourne Identity (2002)


(Lakonan Matt Damon yg benar2 menghidupkan watak Jason Bourne. Tak sangka nerd ni cukup power dlm hand-to-hand combat. Scene paling mendebarkan adalah acara kejar-mengejar ngan kereta Mini Minor. Sveet!)



Uols ada filem kegemaran yg takpuas tengok berulang kali? Jom kongsi sekali kat sini.

         

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2011 11:41 AM | Show all posts
filem2 hasil lakonan dan garapan allahyarham tansri ramlee bin putih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2011 11:45 AM | Show all posts
filem2 hasil lakonan dan garapan allahyarham tansri ramlee bin putih...
firdaruddin Post at 5-9-2011 11:41


Same here, tidak dinafikan. Filem P Ramlee yg aku paling suka ialah Seniman Bujang Lapok. Dialog2 spontan yg so funny. Antaranya, "Walaupun ropa mu tidak kukenal, tetapi lobang idungmu tetap menjadi pujaan hati ku!"
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 11:49 AM | Show all posts
cite omputeh je sume.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 11:50 AM | Show all posts
Same here, tidak dinafikan. Filem P Ramlee yg aku paling suka ialah Seniman Bujang Lapok. Dialog ...
adromir Post at 5-9-2011 11:45



    jangan lupa part "setan mangkat dijulang" tu ek??hahahaha...ulang la banyak kali pun..aku TAKKAN muak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2011 11:59 AM | Show all posts
cite omputeh je sume.......
Loloq89 Post at 5-9-2011 11:49


Senarai di atas adalah untuk filem antarabangsa. Next time aku list down filem2 Melayu pulak. Tapi, terus-terang cakap, selain filem2 Tan Sri P Ramlee, tak banyak filem tempatan yg berjaya menambat hati aku ni. Bukan tak sokong, tapi tak berkenan sangat nengok filem pasal gangster, mat rempit, bohsia, antu kelakar, bla bla...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2011 12:08 PM | Show all posts
Senarai di atas adalah untuk filem antarabangsa. Next time aku list down filem2 Melayu pulak. Ta ...
adromir Post at 5-9-2011 11:59



    ala x pyh berselindung noks, xde sape yg marah kalo ckp kite x sokong filem tempatan, tgk la kualiti dorg mcm mn. i mmg plg hangin tgk citer melayu2 laha nih. tgk aja la filem2 mlayu yg ditayangkan di hari raya. zoo? JPBC? damping mlm? haishhhhh..... selagi filem tempatan xde mode perubahan, i x akan sokong filem tempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 12:10 PM | Show all posts
Reply 6# adromir


    Filem Melayu yang tak puas ditonton arahan Prof. madya Rozak Mahaidin "Harimau Jadian Dari Bangladesh".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2011 12:27 PM | Show all posts
suriyothai-filem thailand

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 12:28 PM | Show all posts
inception

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 12:29 PM | Show all posts
fast five-paling best antra 5 siri filem nie

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 12:34 PM | Show all posts
hello strangers-filem romantik komedi

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 12:39 PM | Show all posts
nie drama tpi nak letak gak...

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 12:51 PM | Show all posts
wahh, The Walking Dead aku tengok maraton sampai waktu sahur..tak sabar tunggu season 2 plak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2011 12:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by adromir at 5-9-2011 13:09

And now, senarai 10 filem2 Melayu kegemaranku (selain daripada filem2 Tan Sri P Ramlee), listed down in no particular order;


1. Kami (1982)

(Lakonan Sudirman Hj Arshad. Sedih giler citer ni…Dengar lagu tema pun leh nangis…)


2. Bukit Kepong (1981)

(Lakonan Jins Shamsudin. Tiap kali hari Merdeka, mmg tak miss ditayangkan di TV Malaysia. Syahdu nonton filem ni,sebab arwah atuk aku dulu kerja polis.)


3. Setinggan (1981)

(Lakonan S.Shamsudin dan Yusni Jaafar. Kisah kehidupan di Sting Garden. Satu2 nyer filem Melayu kelakar yg seram bangat!)


4. Ali Setan (1985)

(Lakonan Ogy Ahmad Daud dan Azmil Mustapha. Disebabkan filem ni, aku menanam cita2 utk ke menara gading. Syukur,aku berjaya menuntut di UKM dgn jayanya. Cuma tak bercintan-cintun cam Ali ngan Asmidar. No time mah…)


5. Sikit Punya Gila (1982)


(Lakonan Dharma Harun al-Rashid dan Hamid Gurkha. Lawak betui citer ni. Kesian Hamid waktu dia check tabung,“Hai la, boncit. Apasal ko ringan ni, boncit?”. Sampai ati house-mate dia kebas savings sumer.)


6. Esok Untuk Siapa (1982)


(Lakonan Jins Shamsudin dan Noor Kumalasari. Scene yg paling aku tak boleh lupa ialah bila kereta pengantin (Jiman dan Milah) bertembung ngan lori balak. Lps tu bomba keluarkan mangsa satu-persatu.Sejak tu aku ketar bila nampak lori balak.)


7. Sri Mersing (1961)


(Lakonan Noordin Ahmad, Rosnani dan Mustafa Maarof. Aku suka filem ni disebabkan si Deli. Mustafa Maarof waktu muda memang cunnnn! Dialog wajib, “Kajang pak malau, kajang berlipat. Kajang hamba mengkuang layu. Dagang pak malau, dagang bertempat. Dagang hamba menumpang lalu.” )


8. Mekanik (1983)


(Lakonan Azmil Mustapha. Best la filem ni. Scene kat woksyop tu shooting kat area rumah aku. Time tu aku bebudak lagi. Line yg famous, “Orang putih ke, orang coklat ke, orang biru ke, kitaorang Malaysia kan?”)


9. Puteri Gunung Ledang (2004)


(Lakonan Tiara Jacquelina dan M. Nasir.Filem yg aku bangga akui sebagai filem Malaysia. Sampai ke Venice Film Festival lagik!)


10. Darah Satria (1983)


(Lakonan Aman Shah dan Lydiawati.Lagu temanya sungguh bersemangat. Sesatunya filem pasal tentera Malaysia yg stick to the truth. Walaupun ada dialog yg over-dramatic “Pergilah berjuang wahai satriaku”, tapi jelas perasaan dan semangat yg tergambar pada watak2 ygterlibat.)

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 01:05 PM | Show all posts
ala x pyh berselindung noks, xde sape yg marah kalo ckp kite x sokong filem tempatan, tgk  ...
micha Post at 5-9-2011 12:08


micha..sapa ckp time raya ni takde citer best...tu prebet badol, darah satria, panglima badol...ok pe citer tu ...tringat time2 kecik dulu tgk citer2 badol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2011 03:10 PM | Show all posts
Accepted antara filem komedi paling wa suka, banyak kali wa layan. Jonah Hill lawak sungguh

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 04:08 PM | Show all posts

4. Ali Setan (1985)


...
adromir Post at 5-9-2011 12:58


Tak jemu sangat tengok Ali Setan nih...

"Apa?! Ali dah ada istri..??"
"Err... nak minum apa?"
"Fresh orenge satu!"

Suara Kekasih pun best gak
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 04:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by creep_bite at 5-9-2011 16:24






Legend Of The Fall.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 04:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 1.164955 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list