CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3585|Reply: 13

betulker pembekuan JPA dilanjutkan hingga Disember 2011?

[Copy link]
Post time 4-9-2011 12:36 PM | Show all posts |Read mode
ada beberapa forumer dari bod lain kata pembekuan JPA yg start bulan Jun HINGGA 31 ogos 2011 dilanjutkan.... sesiapa ada info sila bagi pencerahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2011 12:53 PM | Show all posts
Kalo ikut laman facebook SPA,  pembekuan memang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2011...Tapi utk jawatan yg baru dipohon oleh jabtn2 kerajaan utk diisi kekosongannya...

https://www.facebook.com/pages/S ... SPA/119180408130615
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 12:57 PM | Show all posts
Walaubagaimanapun, permohonan jawatan masih boleh dilakukan sepanjang masa scr online di laman web SPA.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2011 04:21 PM | Show all posts
Kalo ikut laman facebook SPA,  pembekuan memang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2011...Tapi utk jaw ...
din88 Post at 4-9-2011 12:53



terima kasih 4 d info.....tapi mereka (SPA dan JPA ) tiade pulak buat press confrence atau pekeliling baru ni kan...hanya kenyataan dalam FB SPA jer ker..sure ramai tak tahu...buat senyap2 jer kekdahnyer
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 08:08 AM | Show all posts
yup...patut nya buat la kenyataan kat media cetak/elektronik.ni main umum kat fb jekkk...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 09:43 AM | Show all posts
cube cek dlm thread pembekuan ambilan staff baru..rasenye dlm tuh da ader disebut.. tpi secara hitam putih xder lagi..just rumors dri mulut ke mulut...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2011 09:56 AM | Show all posts
ramai benau nak koje gomen...

bukan ler besh mane ponn..haku koje gomen (badan berkanoon)...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 07:14 PM | Show all posts
ramai benau nak koje gomen...

bukan ler besh mane ponn..haku koje gomen (badan berkanoon)...
cursebreaker Post at 6-9-2011 09:56

aku pun nak keje gomen..tapi tak nak badan berkanun..aku nak fully gomen...macam PTD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 02:03 AM | Show all posts
Reply 8# hamdalah

Badan Berkanun / Persekutuan sama sahaja Kerajaan sepenuhnya cuma berkanun tidak tertakluk 100% kepada penguasaan kerajaan sebab mereka ada Ahli Majlis yang juga berkuasa menerima / menolak / mengubah Pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan, ada klinik panel dan boleh melantik sendiri staf di bawah mereka. Dua2 ada pencen. Semuanya sama sahaja keistimewaannya, cuma mungkin berkanun post naik pangkat agak sedikit kalau di persekutuan agak meluas sebab 1 Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 10:58 AM | Show all posts
Reply  hamdalah

Badan Berkanun / Persekutuan sama sahaja Kerajaan sepenuhnya cuma berkanun tidak ...
zaidi_jb Post at 7-9-2011 02:03

tenkiu..aku baru jer abis study so tak tau....
ni aku amik dari posting seorang forumer nick mamaque kat bod badan berkuali nun...

sebab aku free aku tlg jawab....sebab aku tengok ada beberapa 'fakta' dalam thread ni yang boleh diperdebatkan dan diragui ketepatannya...x semestinya aku betul ..tapi aku akan bg justifikasinya...sebabnya perbincangan ilmiah akan memberi kita pengetahuan atau ilmu baru untuk kebaikan bersama


first kalau tengok tafsiran 'badan berkanun' dalam akta berkaitan badan berkanun...kalau ikut tafsiran ..amik Akta 240 dan Akta 605..."Badan berkanun ialah ertinya satu badan, walau dengan nama apa pun  disebut , yang diperbadankan oleh undang2 persekutuan bagi maksud kerajaan persekutuan, tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan".....so jelas PBT bukan badan berkanun...so PBT tu apa?
PBT merupakan kerajaan ketiga dalam pentadbiran negara selepas federal dan state...amnya, PBT mengikut tafsiran dalam Akta 171 merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan sebagai badan yang bertanggungjawab urus/tadbir sesuatu kawasan berasas kepentingan tempatan...
sebab tu kalau kita pekeliling yang dikeluar oleh federal...dia akan tulis ..pemakaian ini juga tgertakluk kepada agensi/jabatan atau PBT atau Badan berkanun bla bla...maknanya ada pengasingan diantara PBT dan badan berkanun...
badan berkanun adalah termasuk dalam kategori perbadanan awam. satu lagi ialah badan tidak berkanun...harus diingat badan berkanun ada juga yang badan berkanun persekutuan dan ada juga badan berkanun negeri...badan berkanun persekutan adalah seperti LHDN dan badan berkanun negeri seperi yayasan kelantan darul naim (kelantan)....
apa beza Jabatan (kerajaan) dengan  badan berkanun dengan badan tak berkanun..?

banyak...aku bagi 2 contoh jer...

contoh badan berkanun yang lengkap boleh tengok kat website kemen.kewangan atau kat site kumpulan wang persaraan (diperbadankan)..


kalau Jabatan ia ditubuh dibawah undang2 biasa, kalau badan berkanun ia ditubuh oleh akta parlimen / enakmen negeri manakala bagi badan tidak berkanun ia ditubuh dibawah akta syarikat...

satu lagi dari segi belanjawan..kalau jabatan belanjawan adlah belanjawan kementerian, bagi badan berkanun belanjawan adalah kawalan agensi pusat dna badan tidak berkanun belanjawan adlaah bebas...

aku tengok ada forumer sini yang kata badan berkanun adalah lantikan JPA seperti disebut dalam buku pengakian am stpm...

jawapannya adalah betul secara teori dan tafsiran iaitu bagi jabatan ..pentadbir lantikan adalah SPA, bagi badan berkanun ialah JPA  dan badan tidak berkanun ialah menteri (pengurus besar)....perlu dingat ini adalah tafsiran dan perlu dibaca bersekali dengan perundangan lain untuk memahami dengan lebih jelas....bermaksud ..ia boleh dibuat melalui penurunan kuasa oleh JPA....maksudnya JPA boleh buat penurunan kuasa kepada badan berkanun untuk buat pengambilan jawatan tetapi secara teori....pentadbir lantikan tetap dari JPA...sebabnya belanjawan badan berkanun tetap dibawah kawalan agensi pusat iaitu perbendaharaan /mof yang turut bawah kawalan JPA....

tentang kelebihan dan kekurangan ...banyak yang boleh diperkatakan..iaitu masing2 ada kelebihan /kelemahan msg2 antara jabatan dengan badan berkanun atau dengan badan tidak berkanun.....perlu dingat....sekitar tahun 1980 an..banyak badan berkanun telah diswastakan melalui pelbagai bentuk seperti penjualan ekuiti (sport toto), penyenaraian awam (MAS), penjualan aset/ pajakan (Terminal  pel.Klang) atau bina -kendali-pindah( Pelabuhan barat klang)....

so semua badan berkanun ada risiko untuk diswastakan dan samada ia adalah kelebihan /kelemahan ia ada ruang untuk diperdebatkan...

kelebihan....tangga gaji lebih menarik macam LHDN....tapi bukan semua...peluang kenaikan pangkat agak terbatas sebab jawatan tertutup....kat jabatan peluang kenaikan pangkat lebih luas sebab perjawatan banyak..

ada juga bekas badan berkanun seperti pos malaysia (diswasta pada 1992 KALAU X SILAP AKU) yang rugi dan gaji kurang menarik berbanding kerajaan...

badan berkanun seperti LHDN yang jadi badan berkanun pada 1996 beri biasanya 3 bulan bonus pada pekerjanya....mengikut KPI dan prestasi....tapi bagi pegawai federal seperi PTD...boleh naik pangkat dari gred M41 ke peringkat pegawai kanan iaitu M48 hanya dalam 5-6 tahun....so kesimpulannya masing2 ada kelebihan dan kekurangan....terpulang kita nak tengok dari sudut mana....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2011 01:06 PM | Show all posts
tenkiu..aku baru jer abis study so tak tau....
ni aku amik dari posting seorang forumer nick mam ...
hamdalah Post at 7-9-2011 10:58

tenkiu...good info...nah 200 tacang
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 10:01 AM | Show all posts
habis camne dgn nasib calon simpanan? burn camtu jela waktu 'simpanan' tuhhh??
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 10:18 AM | Show all posts
patut la bile aku buat permohonan kat SPA, kuar status gini kat setiap jawatan...
"TIADA URUSAN PENGAMBILAN MULAI TARIKH PENDAFTARAN PERMOHONAN JAWATAN"

so start 1 januari 2012 permohonan2 yang dihantar dalam tempoh pembekuan akan mula diproses?...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2011 12:46 AM | Show all posts
umno da x de duit....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.073490 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list