View: 131|Reply: 0
|
Pasukan ski air catat sejarah senarai lapan bersaudara
[Copy link]
|
|
MALAYSIA bakal mencatat sejarah tersendiri dengan menghantar sembilan wakil sukan ski air yang lapan daripadanya mempunyai pertalian darah daripada tiga keluarga berbeza di Sukan SEA di Indonesia, November ini. \rTalian bersaudara itu terdiri daripada keluarga Hanifah Yoong (Phillipa, Alex dan Aaliyah), Shamsul Anuar (Zahhar, Zaim dan Qamarina) dan Abd Rahman (Shamal Norman dan Sophea Ayna Yein) ditemani peserta tunggal Hadi Irfan Rahaizah untuk menyertai keseluruhan acara terdiri daripada slalom, jump, tricks dan wakeboard. \r\n\n\n\n\r Pasukan ski air itu diketuai pemenang pingat emas dalam acara jump wanita dan gangsa (slalom wanita) di Sukan SEA 1997, Phillipa dan pemenang pingat perak acara tricks lelaki, Alex Su pada temasya yang sama. \r\r\n\n\n\n\n Mewarnai kombinasi senior adalah atlit muda yang terdiri daripada Hadi Irfan Rahaizah, 11, Shamal Norman Abdul Rahman (16), Zahhar Shamsul Anuar (16) dan Zaim Shamsul Anuar (10) mewakili kategori lelaki manakala Aaliyah Yoong Hanifah (8), Sophea Ayna Yein (11) dan Nur Qamarina Shamsul Anuar (14) acara wanita.\rBagi persiapan awal, kesembilan atlit itu melaksanakan latihan tiga kali seminggu dengan Phillipa mengetuai sebagai jurulatih yang turut dibantu oleh jurulatih dan kakitangan Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia (MWWF) termasuk operator pusat latihan Waterski & Wakeboard World Cup Sdn Bhd (WWWC).
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|