View: 127|Reply: 0
|
Kelantan terpaksa gigit jari
[Copy link]
|
|
FAM arah Apek untuk kekal beraksi bersama skuad Olimpik\rPENJAGA gol, Khairul Fahmi Che Mat diarah untuk kekal beraksi bersama skuad Olimpik atas titah Pengerusi Jawatankuasa Skuad Kebangsaan yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah. \r\n\n\n\n\r Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, berkata keputusan itu dibuat Sultan Ahmad Shah lewat petang semalam selepas kemelut yang timbul berhubung penjaga gol terbabit dimaklumkan kepada baginda.\r\r\n\n\n\n\n \"FAM sedia maklum dan sudah menerima khidmat pesanan ringkas daripada Presiden Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang memaklumkan sudah menghantar surat permohonan mengenai khidmat Khairul Fahmi.\r\"Apapun permohonan ini satu perkara yang sensitif dan ia sudah dipersembahkan kepada Sultan Ahmad Shah untuk makluman baginda.\r\"Lewat petang tadi (semalam) baginda menitahkan Khairul Fahmi akan kekal menjalani latihan dengan skuad Olimpik bagi persiapan menghadapi pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 zon Asia di Fukuoka, Jepun 21 September ini,\" katanya pada sidang media di Kuantan semalam.\rAzuddin berkata, bagaimanapun FAM akan menimbang pilihan lain termasuk meminjamkan salah seorang penjaga gol dalam skuad Olimpik (selain Khairul Fahmi) kepada skuad The Red Warriors bagi menghadapi Piala Malaysia.\r\n\n\n\n\rAkhbar kelmarin melaporkan jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee enggan melepaskan Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apek menyertai skuad Kelantan untuk saingan Piala Malaysia bagi membolehkan penjaga gol itu terus bersama skuad kendaliannya.\rMalah Apek sendiri yang agak terganggu mindanya memutuskan untuk mengutamakan skuad negara.\r\"Saya akur tugas dengan kedua-dua pasukan (negara dan Kelantan) begitu penting. Namun bagi saya misi negara lebih penting dan mahu membantu meningkatkan mutu bola sepak negara,\" katanya.\rKetika ini Kelantan hanya ada seorang penjaga gol iaitu Mohd Shahrizan Ismail selepas khidmat penjaga gol veteran, Mohd Halim Napi dan penjaga gol ketiga, Norhadi Ubaidillah hampir pasti diketepikan dalam kempen Piala Malaysia musim ini setelah mengalami kecederaan.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|