View: 123|Reply: 0
|
'Red Warriors kena terima kenyataan'
[Copy link]
|
|
Khairul Fahmi ada tugas lebih penting: Kim Swee\rCABARAN Kelantan dalam kancah Piala Malaysia, musim ini tersentak apabila penjaga gol utama mereka, Khairul Fahmi Che Mat tidak dibenarkan beraksi ketika dinilai peranannya lebih penting untuk skuad Olimpik.\r\n\n\n\n\r Ini berikutan keputusan jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee enggan melepaskan ayam tambatan pasukan itu beraksi apabila kejohanan paling berprestij negara itu bermula Selasa.\r\r\n\n\n\n\n Pengendali itu beranggapan dia ada misi lebih penting mencanang pasukan mantap berdepan Jepun pada perlawanan pertama pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 zon Asia di Fukuoka, Jepun, pada 21 September ini.\r“Saya faham situasi sesetengah pasukan termasuk Kelantan yang kekurangan pemain, namun buat masa ini semua pemain dalam pasukan Olimpik negara mempunyai misi yang lebih penting,” katanya.\rDia menambah Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) perlu mencari alternatif mendapatkan penjaga gol lain. Hujahnya pemain dalam skuad sudah berkorban selama sebulan terbabit dalam perlawanan persahabatan di Slovakia dan adalah tidak wajar pemain meninggalkan latihan skuad begitu sahaja.\rKelantan, selaku juara bertahan Piala Malaysia, diundi bersama Johor FC, Kuala Lumpur, Felda United dan Sarawak dalam Kumpulan C.\r\n\n\n\n\rKelantan sebelum ini dilaporkan bakal kehilangan dua penjaga gol serentak iaitu penjaga gol veteran, Mohd Halim Napi dan Norhadi Ubaidillah kerana masing-masing dibelenggu kecederaan. \rSementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu tidak cepat melatah dan menganggap perkara itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada cabaran The Red Warriors.\r“Ketiadaannya (Apek) tidak menimbulkan sebarang masalah kepada kami. Kami masih ada Mat Shah malah kami juga akan memanggil penjaga gol skuad Piala Presiden menyertai latihan bersama pemain senior dan sedia menggunakan khidmat mereka sekiranya keadaan terpaksa dalam kempen Piala Malaysia kali ini,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|