View: 159|Reply: 1
|
Bolt terima padah tersingkir
[Copy link]
|
|
Berlepas dari blok permulaan dengan gopoh, buat silap acara final\rDAEGU: Usain Bolt secara sensasi tersingkir daripada final acara 100 meter Kejohanan Olahraga Dunia semalam selepas melakukan kesilapan permulaan yang membawa padah dan membolehkan rakan senegaranya dari Jamaica, Yohan Blake meraih pingat emas.\r\n\n\n\n\r Bolt, juara bertahan, pemenang pingat emas Olimpik dan pemegang rekod dunia, berlepas dari blok permulaannya dengan gopoh dan serta merta sedar dia melakukan kesilapan terbesar dalam acara lari pecut.\r\r\n\n\n\n\n Mengikut peraturan, atlit tidak lagi mempunyai peluang kali kedua jika melakukan kesilapan permulaan, dan atlit 25 tahun itu menanggalkan singletnya dengan perasaan marah dan secara perlahan-lahan berundur dari garis permulaan dengan tangan diletakkan di belakang kepala, sambil meninggalkan trek.\rInsiden itu menyebabkan penonton yang memenuhi stadium berasa tidak percaya dan ia mengambil beberapa minit sebelum keadaan kembali tenang.\rBlake, rakan pelatih Bolt di bawah kendalian jurulatih Glen Mills, melakukan permulaan bersih pada perlumbaan yang dilangsungkan semula untuk menang dengan masa 9.92 saat dalam suasana senyap.\rPelari Amerika, Walter Dix, pemenang pingat gangsa Olimpik meraih perak (10.08s) manakala juara dunia 2003, Kim Collins dari St Kitts & Nevis meraih gangsa, ketinggalan hanya 0.01s.\r\n\n\n\n\r“Saya tidak mampu berkata apa-apa untuk menjelaskannya. Usain Bolt ada di sana untuk memberi cabaran kepada saya. Saya rasa seperti mahu menangis,” kata Blake. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|