CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 89|Reply: 0

The Blues selesa benam Norwich

[Copy link]
Post time 28-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Drogba dipercayai pengsan alami cedera serius\rLONDON: Chelsea memerlukan jaringan lewat permainan untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas barisan 10 pemain Norwich City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi  yang dicemari insiden kecederaan serius Didier Drogba di Stamford Bridge.\r\n\n\n\n\r   Tiga mata penting itu membolehkan skuad Andre Villas-Boas melonjak ke tangga teratas, mengatasi  Wolves yang seri tanpa jaringan dengan Aston Villa, menerusi perbezaan gol.\r\r\n\n\n\n\n   Pendatang baru EPL, Norwich mengikat kedudukan 1-1 apabila Grant Holt menghukum kesilapan penjaga gol Blues, Hilario pada minit ke-62 untuk memadam jaringan awal Bosingwa pada minit ke-6.\rBegitupun, Drogba terpaksa diusung keluar apabila terjatuh akibat pelanggaran dengan penjaga gol Norwich, John Ruddy hingga mencemaskan penyokong tetapi Frank Lampard memastikan kemenangan kali kedua Chelsea menerusi sepakan penalti lapan minit sebelum tamat dan pemain baru dari Valencia, Juan Mata memastikan satu gol pada minit terakhir.\rEverton pula mencatat kemenangan pertamanya selepas menewaskan Blackburn Rovers 1-0 di gelanggang lawan selepas pemain tuan rumah Junior Hoilett dan Mauro Formica masing-masing gagal menyempurnakan dua sepakan penalti sebelum Mikel Arteta menyempurnakan penalti ketika masa kecederaan.\rPendatang baru, Swansea masih menanti gol pertama dalam EPL selepas terikat tanpa jaringan dengan Sunderland, manakala Wolves terus mengekalkan permulaan menarik apabila seri 0-0 dengan tetangga Aston Villa.\r\n\n\n\n\rAnak buah Mick McCarthy memenangi dua perlawanan pembukaan menentang Blackburn dan Fulham dan mempamerkan aksi mantap untuk mengekang Villa dalam perlawanan tetangga yang sengit itu.\rWigan juga mengekalkan rekod tanpa kalah apabila dua gol menarik penyerang Argentina, Franco Di Santo membolehkan mereka menang 2-0 ke atas satu lagi pendatang baru EPL, Queens Park Rangers.\rDi Santo menyumbat gol ketiga peribadinya sejak berpindah dari Chelsea dengan yuran 2 juta pound (RM9.72 juta) Ogos lalu dengan menjaringkan gol pada setiap babak untuk memberikan Wigan kemenangan musim ini selepas dua seri. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.687958 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list