View: 104|Reply: 0
|
Baiki ranking dulu: Tengku Abdullah
[Copy link]
|
|
SKUAD bola sepak kebangsaan perlu bekerja keras memperbaiki ranking FIFA andai mahu melihat pemain negara ini diberi peluang beraksi dengan kelab di luar negara.\rTimbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kedudukan Malaysia yang kini berada pada ranking ke-146 mengehadkan peluang untuk pemain Malaysia ditawarkan kontrak beraksi di kelab Eropah.\r\n\n\n\n\r “Kita perlu lihat kecenderungan atau kehendak negara Eropah yang hanya akan membeli pemain import berasal dari negara yang menduduki ranking 70 dan ke bawah dalam senarai FIFA. \r\r\n\n\n\n\n “Berikutan itu, kita tidak mempunyai pilihan selain perlu memperbaiki kedudukan ini kalau mahu melihat pemain beraksi di luar negara. Ketika ini, ia (ranking) menjadi kekurangan kepada pemain tetapi ia bukan satu perkara yang mustahil,” katanya di Kuantan, mengulas laporan akhbar dua pemain Safee Sali dan Safiq Rahim dikhabarkan bakal menghadiri sesi ujian bersama Queens Park Rangers (QPR) dan Cardiff City.\rSafee yang sebelum ini beraksi untuk kelab Pelita Jaya FC dalam Liga Super Indonesia, berpeluang menguji kemampuannya bersama QPR yang kini bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kelab itu dibeli jutawan Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes.\rNamun untuk bergelar pemain di EPL, ia bukan mudah kerana QPR perlu mendapatkan permit kerja, sekali gus membabitkan kedudukan negara asal pemain itu dalam ranking FIFA.\rUntuk melayakkan pemain mendapatkan permit kerja di Eropah, pemain yang bukan daripada negara Kesatuan Eropah (EU) perlu beraksi sekurang-kurangnya 75 peratus dalam perlawanan Gred A negaranya, selain pemain perlu berasal dari negara yang menduduki tangga ke-70 dan ke bawah.\r\n\n\n\n\rTengku Abdullah berterima kasih kepada Tony dan Pengrusi Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee atas peluang yang diberikan kepada pemain negara, sekali gus membantu menambah pengalaman pemain terbabit.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|