View: 63|Reply: 0
|
Liu akui masa kian suntuk
[Copy link]
|
|
Olimpik London sasaran utamaHONG KONG: Bintang lompat berpagar China, Liu Xiang terdesak mahu membuktikan dia masih pencabar kelas dunia pada Kejohanan Olahraga Dunia tatkala Bahrain dan Qatar berentap untuk memahat penguasaan penuh dalam acara pertengahan dan jarak jauh.\rBekas pemegang rekod dunia 110m berpagar - yang sekian lama menjadi idola olahraga China - menjadi tarikan sebenar padang dan balapan Asia sejak memenangi gelaran dunia di Osaka 2007.\r\n\n\n\n\r Liu yang juga memenangi emas di Olimpik Athens 2004, diselubungi kecewa selepas terpaksa menarik diri daripada Olimpik Beijing 2008 kerana kecederaan tendon Achilles.\r\r\n\n\n\n\n Kini pada usia 28 tahun dan mengakui masa kian suntuk buatnya, Liu mensasarkan Olimpik London 2012 sebagai medan Olimpik terakhirnya untuk mencari satu lagi keajaiban yang meletakkan namanya sebagai atlit dunia.\rLiu menggembirakan peminatnya dalam kemenangan Liga Berlian Shanghai, Mei lalu dengan catatan mengagumkan 13.07 saat manakala bulan lalu, dia memenangi emas keempat dalam Kejohanan Olahraga Asia tetapi menjadi penghalang buatnya di Daegu minggu ini ialah atlit Amerika, David Oliver, yang bingkas daripada kekalahan kepada Liu di Shanghai untuk menewaskannya Eugene, Oregon, sebulan kemudian, dengan catatan 12.94s (Liu tempat kedua dengan 13.00s) diikuti pemegang rekod dunia dari Cuba, Dayron Robles.\rCatatan 12.88s Liu pada 2006 kekal menjadi catatan kedua terpantas dalam sejarah, di belakang rekod 12.87s yang dipegang Robles. \r“Saya dimahkotakan di Olimpik Athens, tetapi saya masih dahagakan kejuaraan di London,” kata Liu.\r\n\n\n\n\rNamun perseteruan di antara Bahrain dan Qatar dalam acara jarak pertengahan dan jarak jauh benua Asia bertambah hangat biarpun mereka mungkin akan ditenggelami kehebatan pelari Habsyah dan Kenya di Daegu. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|