CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 97|Reply: 0

Red Warriors merah padam

[Copy link]
Post time 24-8-2011 10:05 AM | Show all posts |Read mode
PSK naik kadar sewa Stadium Sultan Muhammad seratus peratus KETIKA Kelantan sibuk membuat persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia bermula 6 September ini, skuad The Red Warriors  dikejutkan dengan kadar baru sewa bagi penggunaan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu yang jumlahnya meningkat hampir 100 peratus iaitu daripada RM650 kepada RM1,200 berkuatkuasa 3 Ogos lalu.\rCadangan menaikkan kadar sewa baru itu diputuskan Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) dalam mesyuarat Ahli Majlis 3 Ogos lalu dan surat makluman mengenai perkara itu difaksimilikan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada 11 Ogos lalu.\r\n\n\n\n\r  Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail menganggap jumlah kadar sewa baru yang dikenakan itu wajar dikaji semula oleh PSK kerana ia menambah beban kewangan kepada persatuan bola sepak negeri.\r\r\n\n\n\n\n  “Saya terkejut dengan kadar baru sewa penggunaan padang dan lampu limpah bagi sesi latihan dan perlawanan pada waktu malam di stadium itu sebanyak RM1,200 yang dikenakan PSK sekarang berbanding RM650 sebelum ini kepada KAFA.\r“Saya harap PSK dapat mempertimbangkan semula kadar baru kerana ia dianggap membebankan kewangan persatuan itu, terutama ketika tumpuan perbelanjaan lebih perlu digunakan untuk persiapan pasukan The Red Warriors  menghadapi saingan Piala Malaysia bermula 6 September ini,” katanya di Kota Bharu, semalam.\rRosmadi berkata, berdasarkan kandungan surat itu, Ahli Majlis PSK membuat keputusan menaikkan kadar baru sewa bagi penggunaan padang dan lampu limpah di  stadium berkenaan.\rSementara itu, Setiausaha PSK, Azi Rahimee Mohamed ketika ditemui mengakui memang ada keputusan dibuat  Ahli Majlis PSK mencadangkan kenaikan kadar baru sewa kerana menganggapnya ia sudah lama tidak dinaikkan.\r\n\n\n\n\rMengambil kira kos bayaran elektrik dan peningkatan kemudahan prasarana di stadium, beliau berkata, kenaikan kadar baru sewa itu diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis PSK yang turut dihadiri wakil dari KAFA tetapi tidak ada bantahan diterima daripada persatuan itu.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.756612 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list