CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5272|Reply: 45

Stesen Minyak 1 Malaysia

[Copy link]
Post time 23-8-2011 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Perluas Kedai Rakyat 1Malaysia Dalam Masa Terdekat – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Kerajaan akan memperluaskan cawangan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) secara berperingkat-peringkat bermula dengan Wilayah Persekutuan dalam masa terdekat ini.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya kini bukan sahaja sedang mengenal pasti lokasi-lokasi yang bersesuaian malahan turut memberi fokus untuk mewujudkan rak khas bagi memastikan produk 1Malaysia dijual di kawasan flat.


“Kita tengah mencari lokasi tetapi kita juga sedang mengumpulkan maklumat mengenai kedai-kedai yang boleh menjual produk 1Malaysia. Tidak semestinya kita buka kedai baru.


“Sekarang kita tengah kumpulkan kedai di Wilayah Persekutuan dulu, mungkin di flat-flat. Kita mungkin wujudkan satu rak khas untuk menjual produk 1Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas Pra-Pelancaran Bulan Pengguna Kebangsaan 2011 di KL Sentral, di sini, pada Khamis.


Turut hadir Timbalannya, Datuk Tan Lian


Hoe serta Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian (Kepenggunaan dan Pengurusan) Mahani Tan Abdullah.


Bulan Pengguna Kebangsaan 2011 selama sebulan bermula 1 Julai ini melibatkan yang melibatkan 251 program di peringkat pusat dan negeri. Acara kemuncak sambutan adalah Bulan Pengguna Kebangsaan pada 23 dan 24 Julai ini di Manjung, Perak.


Tahun ini merupakan tahun kedua sambutan Bulan Pengguna selama sebulan sejak ia diperkenalkan pada 2001. Tema sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan pada tahun ini ialah “Hak Pengguna Tanggungjawab Anda”.


Kedai Rakyat 1Malaysia dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Jun lepas di Stesen LRT Kelana Jaya. Kedai berkenaan yang diuruskan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad dengan kerjasama kerajaan menawarkan lebih 250 barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan.


Dalam perkembangan berasingan, Ismail Sabri berkata penyelarasan caj yang dilakukan oleh Astro bukan berada di bawah tanggungjawab beliau tetapi berada di bawah kuasa Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.


Justeru itu, beliau berkata pihaknya hanya boleh memberi nasihat kepada pengguna di negara ini kerana mereka mempunyai kuasa untuk membuat pilihan dalam memilih sesuatu produk dan perkhidmatan.


“Kita tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan mengikut kuasa kementerian lain. Kita masih ada pilihan, ada pakej (Astro) murah dan ada mahal, jadi pengguna ada pilihan,” katanya sambil menambah Astro tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Beliau turut berkata pihaknya tidak menghalang mana-mana persatuan pengguna di negara ini sekiranya mereka ingin memboikot menentang penyelarasan caj berkenaan.


Astro baru-baru ini mengumumkan akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini, dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.


Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Ismail Sabri berkata kajian yang dijalankan oleh kementeriannya mendapati tahap kesedaran pengguna masih rendah di negara ini.


“Ini kerana sebahagian besar pengguna mengetahui hak mereka tetapi mereka sering lupa atau lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengguna,” katanya.


Beliau berkata peredaran masa dan kemajuan teknologi telah mendedahkan pengguna kepada pelbagai cabaran termasuklah transaksi perniagaan dalam talian yang semakin berkembang.



Sumber : Bernama


Merujuk kepada berita di atas.......Joni ingin mencadangkan kepada Dato Seri Najib supaya kerajaan BN yg prihatin ini supaya terus dpt mengurangkan beban rakyat Malaysia dengan membuka Stesen Minyak 1 Malaysia pula setelah kejayaan membuka Kedai Rakyat 1 Malaysia........Harga Minyak Ron 97 boleh la dijual pada harga rm1/liter,ron95 pada harga 50sen/liter dan disesel pada harga 60 sen/liter..........apa pendapat kawan2 semua........ni la namanya kerajaan yg prihatin dengan kesusahan rakyat dan menunjukkan semangat 1 Malaysia.......sekiang dari joni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2011 11:24 AM | Show all posts
Joni....kalau buat pon.... murah murah jugak....undi aku tatap xboleh dibeli
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 11:24 AM | Show all posts
Joni....kalau buat pon.... murah murah jugak....undi aku tatap xboleh dibeli
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2011 11:27 AM | Show all posts
Joni pun sama abukrokok.......joni bg cadangan je ni......mana tau dato najib baca tred joni ni.....kita jugak yang senang hati....kos hidup makin turun.....undi tu belakang kira
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 11:41 AM | Show all posts
org bagi amik....tapi UNDI dah pasti bukan pada UMNGOK
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2011 11:45 AM | Show all posts
betul tu sunfizz.......cadangan Joni ni bagus utk kemaslahatan rakyat marhaen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2011 11:49 AM | Show all posts
Jelak aku dengar 1 Mesia ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2011 11:55 AM | Show all posts
Cik Panda.....jgn jelak....kalau dah bagus utk rakyat jelata apa salahnya....yg tak bagus dari 1 malaysia ni Joni pun akan rejek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2011 01:36 PM | Show all posts
Pleaseee.....no more 1Malaysia crap thingy
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 04:20 PM | Show all posts
tapi kalau ada stesyen minyak 1 malaysia, petronas boleh survive ke?apa kesan kalau petronas rugi kepada ekonomi kita?
sesape cube explain sebab aku memang tak tau..aku bab ekonomi memang tak berapa sangat ilmu nih
p/s :aku bukan stap petronas
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 08:21 PM | Show all posts
ntah nape.. asal ada simbol 1 mesia je,aku mesti rasa nk muntah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 08:32 PM | Show all posts
jika ada stesen minyak 1 malaysia harga mcm tu tpi jual ron92 nak tuang x?... kt indon ada ron 88 lgi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 08:38 PM | Show all posts
sume benda nak 1 mesia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 08:41 PM | Show all posts
tapi kalau ada stesyen minyak 1 malaysia, petronas boleh survive ke?apa kesan kalau petronas r ...
jasmeen Post at 23-8-2011 16:20


xde bnyak beza pun beb...kat negara pengeluar minyak lain diorg jual murah dr mesia tp ok je...
bukan masalah survival, tapi more on management je actually....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 08:56 PM | Show all posts
Reply 14# matchk13s


    aku just tepikir..berapa sumbangan minyak kat negara kite nih..pastu kalau dah jual murah2 macammane nak jana ekonomi..tapi kalau jual mahal rakyat plak tak mampu,tapi tulah aku minta pendapat org lain sebab bab ekonomi ni aku tak berape..contoh kat sabah ni , negeri pengeluar minyak lah jugak tapi sana sini kurang...tu tak cerite klinik 1 malaysia lagi..banyak gak kebaikan tapi banyak jugak kekurangan..orang beratur panjang tapi antibiotik,stronger pain killers,cement tuk fracture semua takde..last last beratur panjang kene rujuk gak tempat yg ada doktor...Nak letak dr kat klinik 1 malaysia ni dr tak cukup..jururawat masyarakat ,jururawat terlatih n paramedik plak kene multitasking..kalau dah semue bende takde apa beza dah ngan klinik desa kan...aku bukannya tak bersyukur tapi rasenye jenama 1 malaysia ni banyak yg perlu ditingkatkan lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 09:08 PM | Show all posts
dgr cite lah.. minyak yg kuar dr perut mesia neh mmg xleh guna untuk kenderaan darat.. sbb 'ron' dia terlalu tggi.. hnya sesuai ntuk pengangkutan udara cam heli.. kapal terbang...sbb tu mesia eksport minyak ke negara luar...n import minyak dr negara len(kuwait n qatar)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2011 09:19 PM | Show all posts
Hbs benda nk 1msia apekejadahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 09:25 PM | Show all posts
sempena raya..better najib wat biskut raya 1 malaysia..

Almond London 1 Malaysia => Rm5 = 100 biji
(make sure kualiti setarap hotel)
Cornflakes 1 Malaysia        (harga sama gak)
Tempeyek 1 Malaysia..
Dodol 1 Malaysia

etc

So...biskut murah..minyak dh 1 Malaysia...rakayt senang hati..undi belakang kire
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 09:28 PM | Show all posts
tamabhan..

kalau anwar jadi PM..ade trademark die?..

pak Lah = Islam Hadhari
najib = 1 malaysia
anwar = ?

(xde kaitan nga isu politik...)
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 10:35 PM | Show all posts
Reply  matchk13s


    aku just tepikir..berapa sumbangan minyak kat negara kite nih..pastu kala ...
jasmeen Post at 23-8-2011 20:56



that's why aku cakap management kena betul..untung banyak tp profit distribution tu kena telus..aku penah keje kat sebuah negara pengeluar minyak gak...minyak diorang 1 Liter RM.070..and rakyat diberi susbsidi 120Liter sebulan utk setiap kereta...makan gomen die bagi, api air gas masak ngan land line phone sume free...FYI, minyak mesia lg berkualiti dr minyak kat sini n life cost kat mesia lg tggi dr sini..so kat situ dah boleh pikir sndiri ape dah jd ngan 1-mesia kite nih...

kalo ko perasan, bile PRU-13 da dekat baru sume nak di 1-mesia kan...kedai TUKAR, stesen minyak la itula ini la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.097167 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list