CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50861|Reply: 379

Tidak ada paksaan dalam agama

[Copy link]
Post time 23-8-2011 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Salaamun A'laikum
Marilah kita sama-sama membincangkan maksud ayat ini..





Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah 2:256)



Ayat dan terjemahan tersebut saya quote dari : http://www.surah.my/2#256

Kalau sesiapa ada terjemahan lain atau tafsiran lain amatlah dialu-alukan..
Dan sesiapa yang ada pendapat atau pandangan berkaitan maksud di sebalik ayat tersebut..
Bolehlah kongsikan di sini agar dapat kita sama-sama bincangkan..
Di harap perbincangan kita ini akan mendapat naungan rahmat dan keberkatan
dari tuhan yang 1 yang tidak ada tuhan selain Dia..
Insya Allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2011 02:03 PM | Show all posts
as far as i know.. the word kat atas tu applicable for non-muslim .. for muslim... wajib patuhi hukum dan undang2 dalam islam... betul kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2011 05:34 PM | Show all posts
as far as i know.. the word kat atas tu applicable for non-muslim .. for muslim... wajib patuhi huku ...
want2bhappy Post at 23-8-2011 14:03

Betul ke x..Saya memang tidak tahu..

Tapi berdasarkan ayat tu..Macam-macam fahaman boleh muncul..

Sebagai contoh tidak ada paksaan untuk melaksanakan tanggungjawab agama..

Atau

Tidak kisah beragama apa..Yang penting mesti percaya Allah dan tak percaya taghut..

Atau sebagaimana saudara paham..

Iaitu tidak boleh paksa penganut agama lain ikut agama kita..

Dan mungkin ada banyak kefahaman lain..

Kalau sesiapa yang ada pendapat or dalil-dalil yang berkenaan dengan tajuk ini..

Diharap dapatlah kongsikan di sini..

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 05:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by matchk13s at 23-8-2011 17:59
as far as i know.. the word kat atas tu applicable for non-muslim .. for muslim... wajib patuhi huku ...
want2bhappy Post at 23-8-2011 14:03



yup that's true..that's what i've learned from my ustaz as well...tp sedihnya umat islam di akhir zaman ni gunakan ayat ni as an excuse utk murtad or  xnak follow hukum syarak...by right, diorang kena study dulu the reason why ayat ni diturunkan n ambil iktibar darinya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2011 06:04 PM | Show all posts
yup that's true..that's what i've learned from my ustaz as well...tp sedihnya umat islam di ak ...
matchk13s Post at 23-8-2011 17:52


Apa yang saudara maksudkan dengan murtad?Adakah bertukar ke agama lain?

Kalau sauadara maksudkan tukar ke agama lain..

Agama apakah yang sesuai dengan ayat tersebut..
Iaitu tidak percaya pada taghut dan percaya pada Allah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 06:21 PM | Show all posts
bunga2 pluralism, Ya Allah , aku berlepas diri daripadanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2011 06:30 PM | Show all posts
Apa yang saudara maksudkan dengan murtad?Adakah bertukar ke agama lain?

Kalau sauadara maksud ...
SiNoob Post at 23-8-2011 18:04


yup..keluar dari Islam dan convert ke agama lain..very likely their understanding
dalam ayat tersebut is too ductile.."tiada paksaan dlm agama" doesnt means diorang boleh simply
murtad...once you're muslim, kena follow cara hidup islam...Islam is the way of life and kite wajib
jalankan ape yg di perintah oleh Nya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2011 10:07 PM | Show all posts
bunga2 pluralism, Ya Allah , aku berlepas diri daripadanya.
ussopp Post at 23-8-2011 18:21


Saudara ni terlalu berfikiran jauhlah..Saya baru tanya soalan..
Saudara dah wat kesimpulan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2011 10:12 PM | Show all posts
yup..keluar dari Islam dan convert ke agama lain..very likely their understanding
dalam ayat te ...
matchk13s Post at 23-8-2011 18:30


maksud saudara..
Mereka just ambil sekerat jer dari ayat tersebut?
Terus wat kesimpulan boleh convert ke agama lain?
Then mereka masih berpandukan al quran x?

Yerp..Berdasarkan ayat tersebut..
Tidak di sebut pula sesiapa yang terkecuali dari hukum yang ditetapkan Allah..
So siapa yang percaya pada Allah, RasulNya dan KitabNya..
Sudah tentu akan berhukum dengan hukum yang ditetapkan Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 10:21 PM | Show all posts
maksud saudara..
Mereka just ambil sekerat jer dari ayat tersebut?
Terus wat kesimpulan boleh  ...
SiNoob Post at 23-8-2011 22:12


yup...begitulah adanye....bukan saja bab murtad, sometimes dlm bab aurat ade juga kaum wanita yg jahil menegakkan pendirian dengan ayat ni...ayat "tiada paksaan dalam beragama" seolah2 disalahertikan oleh golongan2 nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2011 11:41 PM | Show all posts
yup...begitulah adanye....bukan saja bab murtad, sometimes dlm bab aurat ade juga kaum wanita yg ...
matchk13s Post at 23-8-2011 22:21


Untuk pengetahuan saudara..Saya juga salah seorang dari mereka-mereka yang jahil..

Yang tidak paham maksud ayat tersebut..
Minta saudara jelaskan dengan detail..
Apa yang saudara paham berkaitan ayat tersebut..

Mudah-mudahan berkat penerangan saudara
Allah kurniakan pada saya


dan mereka-mereka yang jahil seperti saya
kefahaman akan ayat tersebut..
InsyaAllah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 12:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by matchk13s at 24-8-2011 00:34
Untuk pengetahuan saudara..Saya juga salah seorang dari mereka-mereka yang jahil..

Yang tidak ...
SiNoob Post at 23-8-2011 23:41


di bawah ni satu sumber rujukan saya satu masa dulu..mybe saudara boleh cuba mendalami dan fahami sebaik2nye..

“Tidak ada paksaan dalam beragama (memasuki  Islam), kerana sesungguhnya telah nyata jalan kebenaran dari kesesatan  (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula  beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada  simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah),  Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” - Al-Baqarah 256

Demikianlah  petikan dari ayat surat Al-Baqarah yang menerankan tentang beberapa  konsep dan penerangan yang perlu dipatuhi oleh Umat Islam. Semoga kita  sama-sama dapat menghayati apakah intipati yang dikehendaki oleh Allah  s.w.t di dalam ayat tersebut, semoga kita sama-sama beroleh ilmu serta  kefahaman tentang intipati tersebut.

“Tidak  ada paksaan dalam beragama (memasuki Islam)” - Umat Islam hari ini  telah menjadi keliru dan salah faham tentang maksud ayat tersebut yang  sebenarnya bermaksud - kepercayaan atau cara hidup yang dibawa oleh  Islam tidak boleh dipaksa sama sekali ke atas sesiapa sahaja melainkan  dengan ikhlas dan kerelaan hati mereka sendiri untuk memeluknya. Namun  malangnya terdapat segelintir umat Islam hari ini telah mempergunakan  ayat tersebut untuk melarikan diri dari memikul tanggungjawab yang telah  ditaklifkan ke atas mereka. Mereka ini yang sememangnya agak ‘liar’  untuk melaksanakan suruhan Allah s.w.t seperti solat, zakat, berpuasa  dan sebagainya dan apabila diajak mereka untuk mengerjakan perintah  wajib tersebut maka jawapan mereka ialah “TIdak ada paksaan dalam agama”

Satu  hujah yang amat jauh dari kebenaran dan tersimpang dari maksud asal  ayat tersebut lantaran keinginan nafsu dan kejahilan diri yang menguasai  diri. Mereka ini mempergunakan ayat tersebut semata-mata kerana ingin  lari dari mengerjakan suruhan wajib yang telah dikenakan ke atas mereka.

Mereka  telah lupa bahawa seseorang itu apabila mengucap dua kalimah syahadah  dan bergelar seorang Muslim maka ia telah memikul tanggungjawab yang  telah diamanahkan oleh Allah s.w.t ke atas mereka dan ia perlu  dilaksananakan kerana mereka telah menjadi individu Muslim. Maka  tanggungjawab untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t tersebut adalah  WAJIB dan bukan satu pilihan baginya.

Kita  renungi satu kisah Saidina Umar r.a dengan Asbaq, dan Asbaq telah  berkata : “Aku dahulu merupakan hamba Umar dan beragama Kristian. Maka  satu hari Umar menawarkan Islam kepada aku dan aku menolaknya. Lalu Umar  berkata : “La Ikraha Fid Din” (tidak ada paksaan dan beragama)”.  Kemudian Umar melanjutkan kata-katanya “Hai, Asbaq andaikata engkau  masuk Islam maka kami akan dapat meminta bantuanmu dalam urusan kaum  Muslimin.” - Riwayat Ibn Abi Hatim.

Demikianlah  maksud sebenar ayat tersebut dan bukan maksud yang telah di’fahami’  oleh segelintir ‘orang liar’ yang sememang memandang perintah dan  suruhan Allah s.w.t itu sebagai satu bebanan bukan pentaklifan.

http://www.notamionline.com/2011/01/tidak-ada-paksaan-dalam-beragama.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2011 07:09 AM | Show all posts
Kita  renungi satu kisah Saidina Umar r.a dengan Asbaq, dan Asbaq telah  berkata : “Aku dahulu merupakan hamba Umar dan beragama Kristian. Maka  satu hari Umar menawarkan Islam kepada aku dan aku menolaknya. Lalu Umar  berkata : “La Ikraha Fid Din” (tidak ada paksaan dan beragama)”.  Kemudian Umar melanjutkan kata-katanya “Hai, Asbaq andaikata engkau  masuk Islam maka kami akan dapat meminta bantuanmu dalam urusan kaum  Muslimin.” - Riwayat Ibn Abi Hatim.

Demikianlah  maksud sebenar ayat tersebut dan bukan maksud yang telah di’fahami’  oleh segelintir ‘orang liar’ yang sememang memandang perintah dan  suruhan Allah s.w.t itu sebagai satu bebanan bukan pentaklifan.
matchk13s Post at 24-8-2011 00:31


Alhamdulillah..Terima kasih saudara atas perkongsian yang begitu menarik..
Alangkah baiknya kalau penerangan-penerangan saudara yang atas tu juga ada dalilnya..
Tapi saya hormatinya sebagai pandangan saudara..

Apakah perintah dan suruhan Allah yang saudara maksudkan??
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 01:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by matchk13s at 24-8-2011 14:11
Alhamdulillah..Terima kasih saudara atas perkongsian yang begitu menarik..
Alangkah baiknya kal ...
SiNoob Post at 24-8-2011 07:09


Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah berulang kali memerintahkan umat Islam mentaati-Nya dan mentaati Rasul-Nya, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Mentaati Allah bermaksud mentaati al-Qur’anal-Karim manakala mentaati Rasulullah bermaksud mentaati sunnahnya yang membentuk hukum syari‘at.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:


Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang  kamu mendengar (Al-Qur'an yang mewajibkan taatnya). [al-Anfal 08:20]


Perintah ketaatan ini Allah Subhanahu wa Ta‘ala kaitkan dengan sifat iman dan taqwa  seseorang kerana iman dan taqwa tidak boleh berpisah daripada ketaatan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah.


Firman-Nya:  


Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan diantara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang yang beriman. [al-Anfal 08:01]


Hanya dengan mentaati ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah kita akan diberikan ganjaran Syurga sebagaimana janji Allah:  


Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. [al-Nisa’ 4:13].   


Mereka yang taat kepada al-Qur’an dan al-Sunnah akan bergembira di dalam Syurga bersama-sama para Nabi, Siddiqin,  Syuhada dan Salihin sebagaimana keterangan ayat  berikut:   


Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga)bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka,iaitu Nabi-nabi, dan orang Siddiqiin, dan orang yang syahid, serta orangyang salih. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat).[al-Nisa’ 4:69].                                



Lebih dari itu hanya dengan mentaati ajaran al-Qur’andan al-Sunnah kita dijanjikan Rahmat oleh Allah sebagaimana janji-Nya:   Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya kamu diberi rahmat. [‘Ali Imran3:132].   


Dalam memberikan perintah dan peringatan kepada umat Islam untuk mentaati-Nya dan Rasul-Nya, yakni al-Qur’an dan al-Sunnah,Allah ‘Azza wa Jalla juga memberikan amaran serta ancaman keras kepada sesiapa yang enggan melakukan sedemikian. Antara amaran tersebutialah firman-Nya:



Dan tidaklah harus bagi orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.


Dan sesiapa yangtidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telahsesat dengan kesesatan yang jelas nyata. [al-Ahzab 33:36].


Allah ‘Azza waJalla  juga mengingatkan umat Islam yang sengaja beramal dengan sesuatu yang tidak dianjurkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah bahawa amalan mereka itu akanmenjadi batal. Amaran Allah dalam al-Qur’an:



Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!  [Muhammad 47:33].                                   

Amaran ini diteruskan kepada balasan api neraka kepada mereka yang tetap berdegil dan enggan bertaubat. Mereka ini dijanjikan Allah dengan:


Dan  sesiapayang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah  terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang yang beriman, kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada Hari Akhirat kelak)Kami akan memasukkannya ke dalam Neraka Jahanam dan  Neraka Jahanamitu adalah seburuk-buruk tempat  kembali.[al-Nisa’ 4:115].


Demikianlah peritnya azab yang dijanjikan Allah kepadamereka yang enggan mentaati ajaran al-Qur’an dan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2011 06:19 PM | Show all posts
Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah berulang kali memerintahkan umat Islam mentaati-Nya dan mentaat ...
matchk13s Post at 24-8-2011 13:36


Berdasarkan dalil apa saudara berpendapat mentaati Allah adalah mentaati al quran..Manakala mentaati rasul adalah mentaati sunnah..
Begitu juga syariat..
Berdasarkan dalil apa saudara berpendapat
Syariah berlandas sunnah?

Terima kasih atas penerangan yang begitu menarik..
Semoga Allah swt mengurniakan limpah rahmatnya kepada saudara
Yang sanggup berkongsikan ilmu..
Semoga kita semua turut mendapat kebaikan dari ilmu saudara..
Insya Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2011 06:34 PM | Show all posts
Reply 6# ussopp


kenapa???
tak kena jugak ke
kan dia ajak sama2 bincang
so............
JANGAN SALAH SANGKA, BURUK PERBUATAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2011 06:38 PM | Show all posts
baru pertanyaan  ye kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2011 01:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by matchk13s at 25-8-2011 13:06
Berdasarkan dalil apa saudara berpendapat mentaati Allah adalah mentaati al quran..Manakala ment ...
SiNoob Post at 24-8-2011 18:19


Sebagaimana yg saudara tahu, Al-Quran merupakan kalam Allah yg diturunkan kepada Rasulallah S.A.W sebagai salah satu mukjizat baginda utk disampaikan kepada umat baginda.


Allah turunkan al-Qur’an ini agar Rasulullah Shalallahu‘alaihi wassalam menerangkannya kepada manusia sebagaimana Allah sebutkan dalam surat an-Nahl:

Dan Kami turunkan kepadamu Al Qur’an,agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka berpikir. (an-Nahl: 44)



Dan juga dalam ayat lainnya:

Dan Kami tidak menurunkan kepadamuAl-Kitab (Al Qur’an) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada merekaapa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaumyang beriman. (an-Nahl: 64)

Allah Taala berfirman, “Kami menurunkan kitab Alquran kepadamu

(Muhammad) dengan sebenarnya, untuk membenarkan dan menjaga kitab yang

terdahulu sebelumnya. Maka dari itu,putuskanlah hukum di antara sesama

mereka menurut apa yang diturunkan olehAllah. Jangan engkau ikuti nafsu

mereka yang membelokkan engkau dari kebenaran yang sudah datang padamu.

Untuk masing-masing dari kamu semua Kami tetapkan aturan dan jalan.” (Q.S.

Al-Maidah:48)



Allah Taala berfirman, “Sesungguhnya Alquran adalah kitab yang mulia.

Tidak akan dihinggapi oleh kebatilan(kepalsuan), baik dari hadapan atau pun

dari belakangnya. Itulah wahyu yang turundari Tuhan yang Maha Bijaksana

lagi Terpuji.”(Q.S.Fushshilat:41-42)




Justeru itu, sudahnyata akan hubungkait dlm mentaati perintah Allah S.W.T dan jugak Al-Quran. Banyaklagi ayat2 di dalam Al-Quran tapi saya harap petikan ayat diatas sudah memadai.


Dibawah ni adelah hubungkait dlm mentaati Rasulallah S.W.T dan sunnahnya.



Sunnah Rasulullahterbahagi kepada dua kategori, yang pertama ialah apa yang membentuk hukumsyari‘at seperti solat, puasa, perlaksanaan hukum jenayah dan sebagainya. Yangkedua ialah apa yang tidak membentuk hukum syari‘at terdiri daripada tingkahlaku kebiasaan baginda sebagai manusia biasa seperti cara makan, cara berjalandan sebagainya. Sunnah kategori kedua ini tidak wajib hukumnya, hanyadianjurkan mengikutinya sebagai bukti kasih sayang kita kepada baginda yangmerupakan sebaik-baik contoh teladan.



Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud


`Telah akutinggalkan kepada kamu dua perkara.Kamu tidak akan sesat buat selama-lamanyasekiranya kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya,iaitu kitab ALLAH dan sunnahRasul-Nya SAW’


“Kamu semua harus berpegang teguh pada sunnahku (setelah Al-Qur’an) dansunnah Khulafaurrasyidin yang mendapatkan petunjuk Allah sesudahku,berpeganglah dengan sunnah itu, dan gigitlah dengan gigi geraham kalian sekuatkuatnya, serta jauhilah perbuatan baru (dalam agama), kerana setiap perbuatan baru itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat”(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)

“Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitab Allah dan sebaik-baikpetunjuk adalah petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan perkarayang paling buruk adalah perkara yang baru dan setiap bid’ah adalah tersesat”(H.R. Muslim)

“Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telahmendapat petunjuk dan sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya maka iatelah binasa.” (H.R.Ahmad dan Ibn Hibban)
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2011 08:33 PM | Show all posts
SEKALI LAGI SOAL PLURALISME AGAMA
DAN ISLAM SEBAGAI AGAMA YANG BENAR

Oleh: Kassim Ahmad
darul_hikmah33@yahoo.com.my

25 Julai, 2011

Semua orang tahu wujud banyak agama di negara kita sekarang. Demikian juga di kebanyakan negara lain di dunia. Di negara kita, Islam diiktiraf sebagai agama rasmi, dan agama-agama lain bebas diamalkan oleh penganut-penganutnya, terdiri dari orang-orang Buddhis, Hindu, Kristian, dan Sikh. Kebebasan beragama yang total ini diisytiharkan dalam Quran, 1431 tahun dulu, mendahului Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia oleh P.B.B. 1300 tahun lebih! (Lihat Quran, 2: 256)

Walau bagaimana pun, teologi Islam konservatif mentafsirkan ayat yang jelas ini sebagai bebas untuk masuk Islam, tetapi tidak bebas untuk keluar. Demikianlah jauhnya teologi kedua-dua puak Islam (Sunni dan Syiah) daripada Islam yang sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhamad dan yang terdapat dalam Quran.

Pada asalnya, agama itu dua saja. Pertama, agama tauhid (Islam) yang diajar oleh semua nabi lagi rasul dari Adam hingga ke Muhammad. Kedua, agama syirik (menduakan Tuhan). Ayat Quran: “Bagimu agama kamu, bagiku agamaku,” (109:6) merujuk kepada keadaan dua agama ini. Ia juga merujuk kepada keadaan pluralisme agama, yakni banyak agama wujud satu di samping yang lain dalam sebuah negara dalam keadaan toleransi agama

Dari dua agama besar ini (yakni agama tauhid Islam, dan banyak agama lain yang meduakan Tuhan), banyak agama telah timbul. Perhatikan agama tauhid Islam yang satu telah berpecah menjadi tiga: Yahudi, Kristian, dan Islam. Islam pula berpecah menjadi dua puak besar, Sunni dan Syiah. Demikianlah, dalam masa lima ribu tahun tamadun manusia, satu agama tauhid berpecah menjadi banyak (Islam, Yahudi, Kristian, Hindu, Buddhist dan lain-lain), yakni plural.

Jadi, pluralism agama itu fakta dan kebenaran. Tiada siapa boleh menafikannya. Yang menjadi masalah bagi umat Islam (yang membantah pluralisme agama ini) tidak lain melainkan kerana mereka keliru dan tidak boleh membezakan antara agama Islam yang sebenar dalam Quran dengan agama Islam yang telah berubah dan menyeleweng.

Jika kita berfikir mendalam sedikit dan membaca Quran dengan teliti, kita tidak dapat tidak, akan mendapati dalam semua masyarakat agama (termasuk Islam) terdapat orang-orang yang baik, orang-orang yang separuh-separuh, dan orang-orang yang jahat. Orang yang baik itu dalam istilah agama kita panggil ‘mukmin’, yakni mereka percaya kepada Tuhan dan mendukung kebaikan kerana mereka tahu Tuhan melihat dan menghukum mereka. Orang yang jahat itu, dalam istilah agama, kita panggil ‘kafir’; mereka tidak percaya kepada Tuhan dan mendukung kepalsuan, kerana mereka sangka kejahatan mereka tidak akan diketahui dan tiada siapa akan menghukum mereka. Di tengah-tengah dua kumpulan ini terdapat mereka yang mendakwa mereka mahukan kebaikan, tetapi sebenarnya melakukan kejahatan. Mereka dikenali sebagai munafik.

Cuba kita ingatkan kenyataan masyhur negarawan India, Mahatma Ghandi, tentang agamanya: “Saya Hindu; saya Yahudi; saya Kristian; dan saya juga Islam!” Tentulah beliau bermaksud: “Apa yang baik dalam semua agama ini saya pegang,” seperti dinyatakan dalam ayat suci di bawah.

“Pastilah mereka yang beriman, sama ada Yahudi, Kristian, atau Sabi’in (beragama di luar tradisi Nabi Ibrahim); barangsiapa yang beriman kepada Tuhan, kepada Hari Kemudian, dan berbuat baik akan menerima ganjaran daripada Tuan mereka. Mereka tidak perlu takut, atau bersedih.” (Quran, 2: 62). Lagi pula, kita diberitahu bahawa Tuhan mengirim rasulnya kepada semua masyarakat.

Orang-orang seperti inilah, dalam semua kumpulan agama, yang dimaksudkan dalam ayat suci di atas.

Perhatikan ayat ini pula: “Kami mewariskan kitab suci kepada sesiapa yang Kami pilih daripada hamba-hamba Kami. Jadi, di antara mereka ada yang membelakangkannya; ada yang berpegang separuh-separuh saja, sementara ada pula yang berkejar-kejar mendahului melakukan pekerjaan baik, dengan izin Allah. Inilah yang baik sekali.” (Quran, 35: 32)

Lagi perhatikan ayat ini: “Mereka bertindak seolah-olah mereka menolong engkau dengan memeluk Islam. Katakanlah, ‘Kamu tidak menolongiku apa-apa dengan memeluk Islam. Tuhanlah yang menolong kamu dengan memimpin kamu kepada iman, jika kamu jujur.’” (Quran, 49: 17)

Jelaslah ayat-ayat ini tidak mempedulikan dakwaan seseorang atau sesuatu kaum. Nama ‘Islam’ nyata tidak boleh digunakan untuk mendapat ganjaran atau pujian. Praktik yang baik yang dilakukan dengan jujur – itulah yang dikehendaki. Kebaikan itu dengan sendirinya baik. Kebaikan dengan sendirinya mengundang kebaikan.

Dalam Quran, Islam disebut sebagai agama yang diredai Allah untuk manusia. (Lihat Quran, 3: 19). Di tempat-tempat lain Islam disifatkan sebagai agama kebenaran (din’ul-haq) dan agama Allah (din’ul-Lah). Dari segi ini, Islam istimewa dan unik, tidak boleh disamakan dengan agama-agama lain. Agama Islam yang sebenar inilah yang mengatasi agama-agama lain, persis seperti yang disifatkan dalam Quran bahawa kitab suci Al-Quran itu “mensahkan dan mengatasi” semua kitab suci lain. Namun demikian, orang Islam dinasihatkan supaya tidak menganggap diri mereka paling baik kerana beragama Islam. Mereka patut bersyukur kepada Tuhan kerana telah memandu mereka kepada Islam. (Quran, 49: 17)

Ada tiga peringkat hubungan antara agama tauhid Islam dengan agama-agama lain. Peringkat pertama toleransi, seperti yang disebut dalam ayat 109: 6. Peringkat kedua, membuktikan kebenaran Islam melalui debat yang baik dan rasional. Sikap ini dianjurkan dalam Quran dalam ayat 16: 125. Peringkat terakhir, menjemput mereka yang tidak menerima kebenaran yang diturunkan dalam Quran bersumpah memohon laknat Tuhan menimpa mereka yang berbohong. Dalam Quran, konteks jemputan ini kepada orang-orang Kristian yang mendakwa Nabi Isa anak Tuhan.

Demikianlah pluralism agama dianjurkan oleh Islam sebagai bersikap toleransi terhadap semua agama yang wujud. Namun demikian, Islam sebagai agama yang benar harus membuktikan kebenarannya melalui debat yang baik dan rasional, dan jemputan kepada penganut-penganut agama lain supaya bersumpah memohon laknat terhadap mereka yang berdusta. Semua ini membuktikan bahawa Islam menganjurkan kebebasan agama yang total, seperti yang tersebut dalam ayat 2: 256.

Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2011 09:25 PM | Show all posts
Mentaati Allah dan Rasul-Nya

Barang siapa yang mentaati rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barang siapa yang berpaling, maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka. (4:80)

Itu adalah ayat yang mewajibkan tiap muslim utk taat kepada Allah dan rasul-Nya, tidak bisa tidak. Yang jadi pertanyaan di sini adalah:

"Apakah ayat di atas menjadi landasan bolehnya penulisan hadits, meskipun Muhammad sendiri melarangnya dan tidak pernah secara eksplisit mencopot larangan tersebut?"

Langkah awal menaati rasul adalah dengan membaca Al-Qur'an dari depan sampai belakang dan akan kita temukan bahwa terdapat sesi tanya-jawab yang dilakukan Muhammad. Contoh:

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir. (2:219)

Dan mereka bertanya kepadamu tentang ruh.  Katakanlah: "Ruh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit." (17:85)

Sesi tanya-jawab seperti ini tersebar sepanjang Al-Qur'an. Bila ingin menaati rasul, maka pelajarilah tanya-jawab ini dan taatilah. Inilah salah satu bentuk 'ketaatan' kepada rasul. Tanpa melakukan ini, sama saja mengingkari sebagian Al-Qur'an.

Bila masih bertanya kenapa bisa demikian, maka Allah menjawabnya sebagai berikut:

Dan tiadalah yang diucapkannya (Muhammad) itu menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan. (53:3-4)

Betul, sesederhana itu. Karena saat menyampaikan Pesan dari Allah, Muhammad tidaklah terbawa nafsu melainkan murni wahyu; dan dengan menyadari informasi yang diberikan Allah ini, akan tampak jelas jauhnya perbedaan antara hadits Allah dengan kumpulan hadits karangan manusia (meski dinyatakan yang mengucapkan adalah Muhammad langsung).

Menyampaikan Penerangan

Allah bukanlah Tuhan atau Dewa yang kejam yang ingin menyesatkan manusia. Allah tidak membiarkan manusia untuk berspekulasi mengenai 'apa' yang harus mereka patuhi.

Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul, dan sadarlah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya kewajiban rasul Kami hanyalah menyampaikan penerangan. <annamaa 'alaa rasuulinal balaaghul mubiin> (5:92)

Dan Allah menjadikan bagimu tempat bernaung dari apa yang telah Dia ciptakan, dan Dia jadikan bagimu tempat-tempat tinggal di gunung-gunung, dan Dia jadikan bagimu pakaian yang memeliharamu dari panas dan pakaian yang melindungi kamu dari peperangan. Demikianlah Allah menyempurnakan nikmat-Nya atasmu agar kamu berserah diri. Jika mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya kewajiban yang dibebankan atasmu hanyalah menyampaikan penerangan. <fa innamaa 'alaikal balaaghul mubiin> (16:81-82)

Katakanlah: "Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul; dan jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban rasul itu adalah apa yang dibebankan kepadanya, dan kewajiban kamu sekalian adalah semata-mata apa yang dibebankan kepadamu. Dan jika kamu taat kepadanya, niscaya kamu mendapat petunjuk. Dan tidak lain kewajiban rasul itu melainkan menyampaikan penerangan." <wamaa 'alarrasuuli illal balaaghul mubiin> (24:54)

"Dan jika kamu mendustakan, maka umat yang sebelum kamu juga telah mendustakan."  Dan kewajiban rasul itu, tidak lain hanyalah menyampaikan penerangan." <wamaa 'alarrasuuli illal balaaghul mubiin> (29:18)

Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul, jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban rasul Kami hanyalah menyampaikan penerangan. <fa innamaa 'alaikal balaaghul mubiin> (64:12)


Dari ayat-ayat di atas, Allah telah secara gamblang mengatakan bahwa tugas Utusan adalah MENYAMPAIKAN PENERANGAN <balaaghul mubiin>. Kita tahu bahwa yang bersifat sebagai "penerang" yang dibawa oleh sang utusan adalah Al-Qur'an. Sekarang mari kita tengok ayat-ayat lain.

Ini adalah <hadzaa> suatu pemberitahuan <balaaghu> bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran. (14:52)

Tolong perhatikan kalau <hadzaa> itu menunjuk kepada Al-Qur'an dan Allah bilang sendiri Al-Qur'an sebagai <balaaghu> bagi manusia. Nah, sekarang tengoklah ayat berikut.

Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur: "Sesudah peringatan <Dzikr> itu, bahwasanya bumi ini akan diwariskan kepada hamba-hamba-Ku yang saleh. Sesungguhnya dalam ini, benar-benar menjadi pemberitahuan <balaagha> bagi kaum yang mengabdi. (21:105-106)

Kata 'Dzikr' saya gunakan utk mengganti 'Lohmahfuz' pada terjemahan standar, karena kata Lohmahfuz tidak tertulis di situ (bandingkan dengan 85:22). Bila dikatakan 21:106 itu mengacu kepada 21:105, maka apa penjasan utk 14:52? Sekali lagi, mari kita teruskan.

Hai rasul, sampaikanlah <balligh> apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu <maa un(g)zila ilaika>. Dan jika tidak kamu kerjakan, berarti kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir. (5:67)

Perhatikan bahwa <balligh> didefinisikan sebagai sesuatu yang diturunkan kepada Muhammad. Dan dari ayat-ayat sebelumnya, seharusnya jelas bahwa Muhammad HANYA menerima wahyu berupa Al-Qur'an. Bila ada yang masih tidak puas, dalam artian masih merasa bahwa Al-Qur'an tidak cukup, maka Allah katakan di ayat selanjutnya.

Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang berdiri di atas apa pun hingga kamu menetidakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil dan Al-Qur'an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu." Sesungguhnya apa yang DITURUNKAN kepadamu dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu. (5:68)  

Di sini Allah menyatakan bahwa umat manusia yang telah diberikan al-kitab, diharuskan menetidakkan apa yang didatangkan oleh Allah yaitu kitab yang mengandung kebenaran yang dibawa oleh sang pembawa pesan.

Dia menurunkan <nazzala> Al-Kitab kepadamu dengan kebenaran; membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil. (3:3)

Pembahasan berikutnya adalah mengenai Al-Hikmah dalam 4:113, silakan dibaca bila masih belum yakin bahwa Al-Qur'an adalah satu-satunya yang harus ditaati, dan bahwa menaati rasul berarti menaati "pesan" yang beliau bawa dengan susah payah, yaitu Al-Qur'an itu sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.208417 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list