|
Bakal duduki kelompok lima teratas ranking baru wanitaMASON (Ohio): Maria Sharapova kini tampak seperti sudah menemui sentuhan lama dan berpandu kepada keputusan, kelmarin gadis jelita dari Russia ini bakal menghuni kelompok lima teratas ranking baru wanita yang bakal dikeluarkan, esok.\rBekas juara Grand Slam itu mara ke separuh akhir kejohanan tenis Terbuka Cincinnati selepas membelasah pemain Australia, Samantha Stosur 6-3 6-2 untuk menjadikan kemunculan kali keenam dalam kelompok empat terakhir selepas 12 kejohanan disertai tahun ini.\r\n\n\n\n\r “Saya bermain hebat dalam perlawanan ini dan membuat pukulan baik untuk menyukarkan dia. Saya rasa seperti saya mengawal setiap mata,” kata Sharapova.\r\r\n\n\n\n\n Dalam perlawanan penentuan ke final nanti, dia akan menentang rakan senegara, Vera Zvonareva manakala satu lagi saingan peringkat sama membabitkan pertemuan Jelena Jankovic menentang pemain Jerman, Andrea Petkovic.\rJelena layak selepas pemain China, Peng Shuai menarik diri dalam aksi suku akhir kerana kecederaan.\rSharapova mendominasi permainan daripada mula hingga minit ke-72 perlawanan menentang Stosur - ranking 10 dunia - yang tewas kepada Serena Williams pada perlawanan akhir Piala Toronto, minggu lalu. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|