CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Tekanan jualan jejas FBM KLCI

[Copy link]
Post time 20-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penurunan pasaran di Wall Street  pengaruhi sentimen pelabur tempatan\rHarga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam berikutan tekanan jualan berterusan sejajar dengan kelemahan pasaran serantau, kata peniaga. \r\n\n\n\n\r  FBM KLCI turun 19.32 mata, atau 1.3 peratus, untuk ditutup kepada 1,483.98.\r\r\n\n\n\n\n  Indeks petunjuk pasaran dibuka 11.63 mata lebih rendah kepada 1,491.67 dan berada antara 1,477.7 dan 1,491.67 sepanjang hari dagangan.\rKaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 677 berbanding 127 manakala 231 kaunter tidak berubah dan 482 yang lain tidak diniagakan.\rJumlah dagangan meningkat kepada 958.9 juta saham bernilai RM2.19 bilion daripada 850.55 juta saham bernilai RM1.71 bilion kelmarin.\rKetua Penyelidikan Mercury Securities, Edmund Tham, berkata penurunan di Wall Street semalaman menjejaskan sentimen pelabur di rantau ini.\r\n\n\n\n\rIndeks ekuiti AS utama jatuh antara 3.7 peratus dan 5.2 peratus berikutan kebimbangan yang memuncak pemulihan ekonomi global akan terbantut manakala bank Eropah dijangka berdepan kekangan modal.  \rPemangku Ketua Ekuiti MIDF Research, Syed Muhammed Kifni, berkata tekanan jualan di pasaran ekuiti dijangka berterusan buat  seketika. \rPasaran turun di bawah paras psikologi 1,500 mata apabila kebanyakan 30 kaunter dalam indeks petunjuk pasaran utama diniagakan dalam segmen negatif berikutan pengambilan untung.   PPB Group, yang turun 30 sen kepada RM17.20, menerajui kaunter untung. \rIndeks Kewangan Bursa Malaysia turun 171.83 mata kepada 14,140.99, Indeks Perladangan susut 68.12 mata kepada 7,239.13 dan Indeks Perusahaan berkurangan 38.11 mata kepada 2,745.89.\rIndeks FBM Emas berkurangan 147.51 mata kepada 10,157.96, Indeks FBM Mid 70 turun 212.79 mata kepada 11,099.91 dan Indeks FBM Ace susut 30.29 mata kepada 3,826.07. \rPetronas Chemicals merupakan antara saham cergas. Ia turun 18 sen kepada RM6.40.\rAxiata tidak berubah pada RM5.00, AirAsia susut lapan sen kepada RM3.64, Dialog turun 13 sen kepada RM2.57 dan DVM Technology jatuh setengah sen kepada 13.5 sen.\rBagi saham wajaran tinggi, Maybank turun tujuh sen kepada RM8.63, CIMB susut 22 sen kepada RM7.93, Sime Darby berkurangan 14 sen kepada RM8.80, Maxis tidak berubah pada RM5.35 dan Public Bank turun enam sen kepada RM12.96.\rAntara kaunter untung utama ialah saham mewah seperti British American Tobacco, yang melonjak RM1.04 sen kepada RM45.24, Dutch Lady naik 56 sen kepada RM18.80, Negri Sembilan Oil Palms meningkat 34 sen kepada RM5.35 dan Nestle naik  20 sen kepada RM48.10.\rPanasonic Manufacturing adalah antara saham rugi. Ia turun 48 sen kepada RM23.32 dan Genting jatuh 28 sen kepada RM9.70.\rJumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 777.02 juta saham bernilai RM2.16 bilion daripada 672.024 juta saham bernilai RM1.68 bilion kelmarin.\rJumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 104.28 juta unit bernilai RM19.93 juta daripada 116.87 juta unit bernilai RM19.88 juta sebelumnya.\rWaran meningkat kepada 75.86 juta saham bernilai RM6.58 juta daripada 59.51 juta unit bernilai RM6.48 juta pada Khamis.\rBarangan pengguna menyumbang 26.17 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 131.46 juta, pembinaan 43.7 juta, perdagangan dan perkhidmatan 282.95 juta, teknologi 17.9 juta, prasarana 20.96 juta, kewangan 103.56 juta, hotel 315,000, harta 86.55 juta, perladangan 54.09 juta, perlombongan 7,500, REITs 7.48 juta dan dana tertutup 59,100. – BERNAMA\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.061178 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list