CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4566|Reply: 81

Penyokong punya hal, KAFA sengsara

[Copy link]
Post time 18-8-2011 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

GARA-GARA tindakan liar penyokong Kelantan, KAFA terpaksa menanggung bebannya.


DENDA lagi. Apalah dengan nasib Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang sekali lagi bakal berdepan hukuman denda.

Semuanya gara-gara sikap segelintir penyokongnya yang membaling botol dan mercun ke dalam padang pada perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail ketika dihubungi Kosmo! di Kota Bharu, semalam.

“Dua hari lalu, KAFA telah menerima surat pertuduhan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas dua kesalahan pada perlawanan tersebut.


“Kesalahan pertama ialah melontar mercun ke dalam padang sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan dan ini merupakan satu kesalahan yang serius.

“Kesalahan kedua ialah membaling mercun dan botol  ketika Kelantan memperoleh jaringan menerusi Nurul Azuwan Roya pada minit ke-79. Ini juga merupakan satu kesalahan yang membolehkan KAFA didenda," katanya.

Tambahnya, setiap kesalahan boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM10,000 dan kedua-dua kesalahan yang dilakukan oleh segelintir penyokong Kelantan yang  nakal itu menyebabkan pasukan bakal didenda RM20,000.

Pada perlawanan akhir itu, Terengganu berjaya bangkit untuk menumbangkan Kelantan 2-1
menerusi jaringan sendiri pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang tertanduk bola ke gawang sendiri pada minit-minit terakhir perlawanan serta Ahmad Nordin Alias pada minit ke-109 masa tambahan.

Rosmadi memberitahu, walaupun jumlah denda itu dilihat agak kecil, namun bagi KAFA ia merupakan satu nilai yang besar.

Katanya, dengan jumlah tersebut KAFA mungkin dapat menggunakan wang tersebut untuk tujuan pembangunan di peringkat akar umbi mahupun memantapkan lagi pasukan.

"Sehubungan dengan itu, saya merayu kepada semua penyokong supaya tidak mengulangi kesilapan
ini dalam saingan Piala Malaysia yang akan bermula 6 September ini. Kerja membakar mercun dalam stadium bukanlah perkara yang baik kerana ia akan membahayakan orang lain yang berada di dalamnya.

"Saya harap pemain dapat mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku kepada pasukan Kelantan sebelum ini dan janganlah kita membiarkan perkara tersebut berulang kembali dengan kata lain adakah kita mahu pisang berbuah dua kali," ujarnya.

Untuk rekod, sepanjang 2009-2010, Kelantan telah membayar denda kepada FAM hampir RM300,000 di atas kenakalan segelintir penyokongnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 02:09 PM | Show all posts
japgi kuar la statement dari fan kelantun....ek eleh FAM ni asal kelantun je sume nak denda....

tp nak wat camne perangai kelantun ni mmg sekor2 mcm beruk matyeh...nuar musang tu beriya2 bawak kelate power bolasepak ni sbb harap2 buleh la jadi MB kelate lepas ni lepas awang adek fail masa PRU yg lepas....najib pun dah janji stadium baru kt kelantun lepas ni main la puas2 mercun kt stadium pemberian najib tu...std yg nik aziz janji wat kt tanah kerajaan pasir puteh tu wat venue solat hajat dgn ceramah PAS je la....

kelantun oh kelantun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2011 02:12 PM | Show all posts
sebab main mercun ni jugak la antara penyebab kelantan kalah final piala fa..jadi jangan la mencemarkan perlawanan dengan main mercun..menyusahkan team sendiri je nak main masa tambahan 8 minit..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:16 PM | Show all posts
jap kenapa point kepada KAFA ye?
sepatutnya bukan ke tugas penjaga pintu masuk buat spot check ada mercun ke tak?
aku rasa cam tak patut sahaja.. salah orang lain, orang lain kena tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:23 PM | Show all posts
jap kenapa point kepada KAFA ye?
sepatutnya bukan ke tugas penjaga pintu masuk buat spot check ada  ...
dune1989 Post at 18-8-2011 14:16


kan yop kan..patutnya saman sekali dengan pihak pengurusan stadium diatas kecuaian...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:26 PM | Show all posts
pelik lak aku....
katanyer tuan umah perlu di pertanggung jawab.....
piala akhir tuan umah ialah FAM sednrik.....
so?....... takan pengawal pintu tu org KAFA?
bukan kah pengawal pintu tu atas lantikan FAM sendrik????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2011 02:27 PM | Show all posts
Reply 4# dune1989


    Dah begitu caranya. kalau penyokong tu betul2 sayangkan pasukan yg disokongnya mereka takkan buat perkara2 begitu spt bawak mercun, baling botol dsbnya. Sebab telah diberitahu kalau terdapat jugak penyokong2 begini maka pasukan yg akan didenda.
Kalau nak main mercun main la kat dalam rumah sendiri. Tak payah datang tengok bola
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:28 PM | Show all posts
kan yop kan..patutnya saman sekali dengan pihak pengurusan stadium diatas kecuaian...
dainese Post at 18-8-2011 02:23 PM


good suggestion! yes, pihak pengurusan stadium yang tak telus dan tidak memantau penyokong. and yet penyokong pun jenis takdak civic, buat sesuatu dengan sesuka hati, mana pergi sifat murni dan jati diri? haaa, ini salah siapa plak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 02:28 PM | Show all posts
si baghal taknak ambil sifat penyokong tim nih sebagai contoh untuk melahar ke?asyik kutuk tim yang buat kesilapan kecil ke hulu ke hilir..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:31 PM | Show all posts
Reply  dune1989


    Dah begitu caranya. kalau penyokong tu betul2 sayangkan pasukan yg disokon ...
zach2008 Post at 18-8-2011 02:27 PM


tapi memang tak adil dan tak patut. takkan KAFA nak kena educate penyokong?
with that boleh conlude la penyokong kelantan tak sayang team bola mereka..
anyway, yang baik-baik tu ok la, ni yang segelintir ni yg patut kena terajang sekor2..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:33 PM | Show all posts


Takper.. tuk guru leh bayar kan..

haa.. jemput2 la campur batu/botol lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:35 PM | Show all posts
yg nak pi bakar2 mercun tu apahal....tak pikir ke keselamatan diri sendiri & org lain.......
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:39 PM | Show all posts
jap kenapa point kepada KAFA ye?
sepatutnya bukan ke tugas penjaga pintu masuk buat spot check ada  ...
dune1989 Post at 18-8-2011 14:16



    mercun sorok dlm spenda la awe
takkan penjaga pintu nak raba 80000 pasang telo yg masuk stadium
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:38 PM | Show all posts


muahahhaha....baek punya lokasi diaorg bakar mercun

nampak sgt penyokong pas tu bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:40 PM | Show all posts
Reply 10# dune1989


    Bagi aku mereka mmg tak sayang team mereka kalau buat benda2 yg boleh merugikan team. Silap2 beruk pun reti kalau dilarang. Aku pun marah kalau ada beruk2 yg jadi penyokong msia tembak laser ke arah pemain lawan ketika menentang msia. Tak ada untung pun.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:41 PM | Show all posts
mercun sorok dlm spenda la awe
takkan penjaga pintu nak raba 80000 pasang telo yg masuk s ...
c===8 Post at 18-8-2011 02:39 PM


eh, mana kamu tahu?
kamu buat juga eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 02:41 PM | Show all posts
mercun sorok dlm spenda la awe
takkan penjaga pintu nak raba 80000 pasang telo yg masuk s ...
c===8 Post at 18-8-2011 14:39


aku cadangkan, pengawal tuh kene scan penonton dengan alat pengesan yg boleh mengeluarkan haba panas..so sapa2 yg sorok mercon bola dlm spenda, mercun tuh akan panas dan meletup dengan sendirinya...kasik hancur tulur..
amacam..best tak cadangan aku...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:45 PM | Show all posts
eh, mana kamu tahu?
kamu buat juga eh?
dune1989 Post at 18-8-2011 14:41



    pasal wa ada tanya dgn tolol2 klate, diorg yg ckp tektik sorok mercun dlm spenda kalo nak masuk stadium


kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:46 PM | Show all posts
aku cadangkan, pengawal tuh kene scan penonton dengan alat pengesan yg boleh mengeluarkan haba p ...
dainese Post at 18-8-2011 14:41



    kang scanner terlebih haba ada lak org2 tak bersalah melecur telor
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:47 PM | Show all posts
pasal wa ada tanya dgn tolol2 klate, diorg yg ckp tektik sorok mercun dlm spenda kalo nak  ...
c===8 Post at 18-8-2011 02:45 PM


hehehe, kotor beb.. lepas ni kena pasang guard juga area stadium tu, even tengah dalam perlawanan. agak2 nampak ada orang nk main mercun, terus serbu. takpun tembak dengan senapang pelali yang tembak haiwan. baru aman game hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 27769 Replies : 769
Pembongkaran khas projek gagal RM300 juta di Serambi Walaun
pengecattaikPembongkaran khas projek gagal RM300 jut
Views : 998 Replies : 2
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107229 Replies : 1549
Anna Jobling sambut birthday bf di Jakarta
mnh607Anna Jobling sambut birthday bf di Jakar
Views : 11826 Replies : 191
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 25593 Replies : 174
Ayam DARSA guys! Besar!!!
admin6Ayam DARSA guys! Besar!!!
Views : 7388 Replies : 4
DUA GARIS BIRU
prettygoodDUA GARIS BIRU
Views : 909 Replies : 0
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 33058 Replies : 241
Staf Cari Forum dah didaftarkan ke tak?
stingerkentotStaf Cari Forum dah didaftarkan ke tak?
Views : 2361 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.098752 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list