CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30171|Reply: 110

nk apply personal loan...

[Copy link]
Post time 18-8-2011 10:13 AM | Show all posts |Read mode
salam...
saye nak tanye pade yg pakar..
korang taw x bank mane yg senang nk apply personal loan???
sbb saye dh try apply rhb easy tp d sbb kn loan kereta saye x sampai sbulan,so xbley apply...
apply pkai name hubby plak,xbley gak sbb criss...
so mcm mane neyh???
ade sape2 taw bank yg snang approve???
kami due2 keja swasta...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 10:49 AM | Show all posts
Bank yg senang dapat loan macam Hong Leong,HSBC ngan Al-Radji.Tapi sebenarnya lebih elok ko apply bank yang salary ko masuk tp susah dia nak bg bnyk.Dalam 3-5K camtu jek. Ada lagi satu cara ko boleh guna pihak ketiga untuk dapatkan loan dari bank tp dia akan distribute ko punya document kat semua bank kat malaysia.Klu ko xdapat,dlm masa 6 bulan baru leh apply balik dari bank yg sama.Tapi klu pihak ketiga nie dia akan cas 2% dari loan yg ko pinjam klu xsilap
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 12:01 PM | Show all posts
Reply 1# mama_mukhriz


saye blh bg contact person personal loan kt puan,sy dah pernah buat dgn die... alhamdulilah lulus... kawan saye, kelulusan cm 1 hr je... 0172662970(zul) puan blh contact no yg sy bg td... insyaallah jumpe jalan penyelesainy'....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2011 12:10 PM | Show all posts
Reply 3# mengkudu

yeke???
tp saye xde carum epf...
husband saye pon same...
tp membe 1 tmpat keja saye approve loan rhb sbb ade loan rumah...
bley approve even xde epf...
kalo mcm ni,bley ke???
en zul tuh bank mane???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2011 12:13 PM | Show all posts
Reply 2# dzila_87


saye dh try tnye hsbc n cimb...
xde epf  bley apply tp nk surat pengesahan majikan...
mcm mnyusah kan pd hal bkn x bley check kt kwsp samada name kite ade carum atau x...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 12:41 PM | Show all posts
jangan 'terpinjam' dengan ah long sudah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-8-2011 12:46 PM | Show all posts
Reply 6# satusembilan


ha3...
tuh yg saye takot tuh...
mintak di jaoh kn dgn along ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:03 PM | Show all posts
kenapa takda caruman epf? itukan kewajipan majikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 01:04 PM | Show all posts
try kuwait finance
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:04 PM | Show all posts
KWSP Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap Majikan Tidak Mencarum

124 Majikan Didenda RM124,949 Kerana Tidak Membayar Caruman

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataan hari ini mengumumkan bahawa 124 majikan telah didenda berjumlah RM124,949 oleh mahkamah di antara bulan April dan Jun 2011 (Suku Tahun Kedua 2011) kerana tidak mencarum untuk pekerja mereka.

Denda yang dikenakan di antara RM2,500 dan RM5,000 adalah untuk kesalahan di bawah Seksyen 43(2) Akta KWSP 1991 yang mewajibkan semua majikan membayar caruman bulanan mereka sebelum atau pada 15 haribulan setiap bulan atau dikenakan tindakan undang-undang.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Encik Nik Affendi Jaafar berkata, “KWSP sekali lagi ingin mengingatkan semua majikan bahawa kegagalan membayar caruman bulanan merupakan satu kesalahan serius. KWSP tidak akan teragak-agak menggunakan segala peruntukan undang-undang untuk melindungi kepentingan ahli dan memastikan majikan menunaikan tanggungjawab di sisi undang-undang terhadap pekerja mereka.”

Cityskill (M) Sdn Bhd dari Terengganu telah dikenakan kadar denda yang tertinggi sebanyak RM5,000 diikuti oleh Flight Base International Sdn Bhd dari Selangor yang didenda sebanyak RM3,500. Dua syarikat berpangkalan di Selangor, Strongforce Engineering Sdn Bhd dan Plastech Industrial Systems Sdn Bhd  serta Sunshine Progress Sdn Bhd dari Johor masing-masing didenda RM3,000 manakala Axcess Tickets Sdn Bhd dari Selangor didenda RM2,500.

Pada tempoh yang sama, KWSP juga telah memfailkan 228 kes sivil terhadap pengarah syarikat dan 924 kes jenayah ke atas majikan yang tidak mencarum. Selain itu, KWSP telah mengemukakan nama 294 pengarah syarikat kepada Jabatan Imigresen bagi menahan mereka daripada meninggalkan negara sebelum menjelaskan tunggakan caruman mengikut peruntukan di bawah Seksyen 39 Akta KWSP 1991.

Majikan yang telah didenda lazimnya diberi maksimum enam kali bayaran ansuran oleh mahkamah untuk menjelaskan tunggakan caruman dan KWSP akan mengkreditkan tunggakan caruman ke dalam akaun ahli berkenaan setelah majikan membayar semua tunggakan tersebut.
     
KWSP menasihati ahli supaya kerap menyemak penyata kira-kira mereka bagi memastikan majikan membayar caruman. Ini bagi membolehkan ahli bertindak segera jika mendapati majikan tidak membayar caruman kerana lebih lama tempoh tunggakan caruman semakin rumit proses kutipan semula caruman berkenaan.

“Jikalau terdapat sebarang keraguan, ahli perlu mendapatkan penjelasan segera daripada majikan atau membuat laporan  kepada KWSP. Ahli juga boleh memantau caruman KWSP mereka dengan mendaftar di i-Akaun bagi membolehkan mereka menyemak maklumat akaun secara dalam talian 24 jam sehari sekerap mungkin,” kata Nik Affendi.

Sehubungan itu, KWSP juga menggalakkan majikan mendaftar di i-Akaun bagi membolehkan mereka menyemak senarai pekerja yang telah dibayar caruman bulanan dan rekod bayaran caruman mereka.

Untuk maklumat lanjut, ahli dan majikan boleh mengunjungi cawangan KWSP berdekatan, hubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 dari 7.30 pagi hingga 7.30 malam, Isnin hingga Jumaat atau secara online di Enquiry.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.

Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.

KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.


Tarikh: 10 Ogos 2011
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:05 PM | Show all posts
PERINGATAN:

Mana-mana majikan yang gagal mencarum bagi pekerja-pekerjanya boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen-seksyen berikut :

Seksyen 43 (2)

Mana-mana orang yang menjadi seorang majikan yang gagal, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, untuk membayar kepada Kumpulan Wang apa-apa caruman yang dia bertanggungan di bawah Akta ini untuk membayar berkenaan dengan atau bagi pihak mana-mana pekerja berkenaan dengan mana-mana bulan adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Seksyen 48 (3)

Mana-mana majikan yang memotong caruman pekerja daripada upah pekerja dan gagal membayar jumlah wang yang dipotong itu atau mana-mana bahagiannya kepada Kumpulan Wang adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau keduaduanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:06 PM | Show all posts
Reply 4# mama_mukhriz


    tgk dgn mn bank yg puan blh buat... try puan call die dl.. sy cm nak membantu puan je... sbb sy dah pernah buat...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:10 PM | Show all posts
Reply 11# nuryakmal


    boleh bele nasib pekerje nie... cmpny lame sy,die ptg kat kite punye slip gaji,tapi pernah seorang staff check kt KWSP,cmpny xbyr bertahun dah... sia2 je ptg kt gaji kite....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:13 PM | Show all posts
Reply 13# mengkudu


    report la kat kwsp.. kalau keja swasta ni nak nak yang contract, itula simpanan hari tua...... in case takdok simpanan lain.. so moral of the story always check ur epf. kalau bertahun takdok dapat epf statement and ada potongan dalam payslip then something fishy la...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:17 PM | Show all posts
kt mesia ni ade 35++ bank.. ko leh try semua nyer,....

aku dah try almost 11 bank.... yg trima aku 3 je...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:50 PM | Show all posts
dh try Bank Persatuan tak?.. bank ni pun ok..ccris pun boleh apply..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 04:56 PM | Show all posts
teringin gak nk apply personal loan but tggulah lepas raya..b4 nie adik tolong amik loan bank rakyat guna nama dia coz org keja gomankan ..so snnglah sikit but now ingat nk overlaping loan bank rakyat adik pulak kata x leh sbb dia baru je pinjam utk onbhalf diri sendiri ..so nak xnk terpksalah pinjam other bank..bank nie kdg2 ssh nk bg pinjam loan pd yg kerja swasta nta apa sbb pun tak tau...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 12:47 AM | Show all posts
just for info jela..untuk yg gomen..skrg kat agrobank..personal loan tgh murah dari biasa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 05:41 AM | Show all posts
just for info jela..untuk yg gomen..skrg kat agrobank..personal loan tgh murah dari biasa..
put3reen Post at 19-8-2011 00:47


berapa kadar?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 05:53 AM | Show all posts
berapa kadar?
bronok Post at 19-8-2011 05:41

kalau xsilap...5.19 untuk 20 thun..tapi xsure...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.428491 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list