View: 148|Reply: 0
|
Dengarnya...: Teruja tengok kad kahwin Ashraf, Memey
[Copy link]
|
|
BERPINAR mata Cik Normah setiap kali melihat kad undangan raja sehari artis kita sejak kebelakangan ini, yang nyata memang unik dan ada kelas tersendiri. Apa tidaknya, hiasan pada kad kahwin masing-masing memang mempunyai sentuhan kreativiti yang bukan main hebat lagi.Ada yang bergambar klasik bersama pasangan tercinta dan ada juga disulami surah pilihan dengan reka bentuk cukup berbeza.\n\n\n\nBeberapa hari lalu, patutlah bagai ada angin yang menyapa lembut rambut ikal mayang Cik Normah ini dan dada pula berombak-ombak riang, rupa-rupanya si jejaka berdarah manis, Ashraf Muslim, menghantar kad jemputannya sendiri ke pejabat Cik Normah.\n\n\n\n\nBagai mahu mengucap panjang sebaik menyelak helaian kad jemputan yang dihulurkan jejaka kacak persis wajah suami Cik Normah itu. Bukannya apa, ia cukup indah dengan tulisan khat ibarat sebuah muqadam kecil.Walaupun tidak ada sekeping pun gambar Ashraf dan bakal isterinya, Noor Dayana Lokman, dalam reka bentuk kad itu, namun hasil kreativiti yang ditampilkan pereka kad kahwin artis ini sangatlah berlainan.Kiranya, Cik Normah sempat lagi menghela nafas dalam ketika membelek reka bentuk kad kahwin pasangan ini, sambil mengimbas kembali kad kahwin Cik Normah bersama abang tersayang, walaupun bezanya jauh panggang dari api.Teringat pula zaman kahwin Cik Normah dulu yang hanya menggunakan kertas berwarna yang difotostat beratus-ratus keping untuk menjemput saudara mara dan tetamu ke majlis undangan. Tidak cukup menjemput menggunakan kad undangan, ibu bapa Cik Normah menjemput secara mulut pula, maklumlah Cik Normah saja intan payung kesayangan mereka. Jadi tentulah majlisnya cukup meriah dan alhamdulillah sampai ke hari ini perhubungan yang dibina atas aturan orang tua ini kekal bahagia.\n\n\n\nTidak seperti sebahagian artis hari ini, perkahwinan mereka bukan calang-calang, ada yang diarak menaiki kuda, kereta lembu, kereta mewah mahupun diadakan di dewan berhias indah atau hotel bertaraf 10 bintang, namun akhirnya tersungkur di tengah jalan.Cik Normah bukan mahu menyindir sesiapa, tetapi sekadar mengingatkan diri juga, supaya rumah tangga yang dibina tidak dipersiakan. Amat merugikan berhabis ribuan ringgit untuk kad kahwin saja, tetapi istana yang dibina musnah dilanda ombak badai.Menyambung kembali kepada kisah kad kahwin pelakon Ashraf Muslim ini, alahai, Cik Normah tabik bertalu-talu kepada kedua-dua pasangan ini yang punyai idea kreatif dan inovatif, yang turut memasukkan ayat suci dalam kad undangan mereka. Sekali pandang bagai memegang sebuah surah Yasin atau muqadam. Istimewanya, ada doa kebahagiaan yang dititipkan dalam kad itu, yang ditulisnya sebagai doa puitis. Jadi sesiapa yang bertuah mendapat kad ini bolehlah membaca doa berkenaan bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga. Salah seorang yang bertuah itu tentulah Cik Normah sendiri.Ashraf akan dinikahkan bersama Dayana di Makkah pada 1 Syawal. Kenduri belah pengantin perempuan diadakan di Gombak pada 17 September, manakala belah lelaki pula pada 24 September ini, di Melaka.Senang benarlah kerja Cik Normah, dari Melaka Cik Normah akan menyusuri pula ke Johor apabila Memey dan Norman Hakim yang mendapat tajaan jutaan ringgit bagi majlis perkahwinannya, akan melangsungkan persandingan di Kota Tinggi, 25 September pula.Kad undangan Memey dan Normah tidak kurang indahnya apabila banyak bermain dengan gambar mereka. Kedua-duanya juga nampak bergaya dan menawan dalam pakaian putih ciptaan Ezuwan Ismail. Jelas suntikan elemen klasik pada foto yang menghiasi kad kahwin ini.Cik Normah mendoakan agar rumah tangga yang bakal dibina oleh Ashraf-Dayana dan Norman-Memey Suhaiza kekal sehingga ke akhir hayat.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|