CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Sentimen lemah jejas FBM KLCI

[Copy link]
Post time 17-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dagangan kukuh di Wall Street tidak  pengaruhi pasaran tempatan\rHARGA saham ditutup bercampur-campur semalam berikutan aktiviti pengambilan untung, selari dengan prestasi bursa serantau yang lemah meskipun Wall Street kukuh semalaman, kata peniaga.\r\n\n\n\n\r  Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.5 mata atau 0.1 peratus kepada 1,498.24. \r\r\n\n\n\n\n  Indeks petunjuk pasaran dibuka 4.4 mata lebih tinggi pada 1,504.14 dan berkisar antara 1,497.33 dan 1,510.54 sepanjang hari.\rPeniaga berkata, pasaran kukuh pada sesi awal namun lemah pada akhir dagangan berikutan aktiviti pengambilan untung membabitkan saham mewah dan saham bermodal kecil.\rKetua Penyelidik MIDF Amanah Investment Bank, Zulkifli Hamzah berkata, dana asing mengambil peluang itu untuk membeli semasa pasaran naik pada sebelah pagi, namun kemudian bertukar menjadi penjual bersih.\r“Kebanyakan pengurus dana tidak mahukan pendedahan. Paras 1,500 mata sukar dikekalkan sekarang berikutan sentimen yang lemah.\r\n\n\n\n\r“Mereka sedang menyelaraskan kedudukan masing-masing menjelang cuti  perayaan,” katanya.\rBeliau bagaimanapun berkata, pelabur tempatan masih menyokong pasaran.\rIndeks Kewangan meningkat 15.15 mata kepada 14,245.32, Indeks Perladangan menokok 26.34 mata kepada 7,333.52 manakala Indeks Perusahaan menambah 6.27 mata kepada 2,743.98.\rIndeks FBM Emas meningkat 4.69 mata kepada 10,280.48, Indeks Malaysia Mid 70 meningkat 69.27 mata kepada 11,315.5 dan Indeks FBM Ace menambah 25.81 mata kepada 3,840.65.\rKaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 411 berbanding 393 manakala 285 kaunter tidak berubah dan 406 yang lain digantung.\rJumlah dagangan meningkat kepada 1.29 bilion saham bernilai RM1.97 bilion berbanding 1.07 bilion saham bernilai RM1.45 bilion kelmarin.\rTakaso Resources-Ord Rights adalah antara saham aktif. Ia susut setengah sen kepada setengah sen.\rHap Seng Cons-Warrant menokok 10 sen kepada 41 sen, DVM Technology menambah satu sen kepada 16 sen dan AirAsia meningkat lapan sen kepada RM3.75.  \rBagi saham berwajaran tinggi, Maybank, Sime Darby dan Axiata masing-masing meningkat dua sen kepada RM8.62, RM8.87 dan RM4.98.\rCIMB rugi satu sen kepada RM8.14 dan Petronas Chemical susut dua sen kepada RM6.51.\rBagi kaunter yang mencatat untung tertinggi, Nestle menokok 50 sen kepada RM47.90, Petronas Gas menambah 38 sen kepada RM13.56 dan Genting Plantations menambah 34 sen kepada RM7.35.\rJumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada satu bilion saham bernilai RM1.93 bilion berbanding 783.47 juta saham bernilai RM1.4 bilion kelmarin.\rJumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 191.71 juta unit bernilai RM29.13 juta berbanding 193.94 juta unit bernilai RM32.38 juta sebelumnya.\rWaran meningkat kepada 96.86 juta saham bernilai RM13.54 juta berbanding 93.43 juta saham bernilai RM12.37 juta kelmarin.\rBarangan pengguna menyumbang sejumlah 105.33 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 173.41 juta, pembinaan 64.06 juta, perdagangan dan perkhidmatan 350.58 juta, teknologi 27.63 juta, infrastruktur 12.47 juta, kewangan 81.13 juta, hotel 950,600, hartanah 116.647 juta, perladangan 59.8 juta, perlombongan nil, REIT 4.9 juta dan dana tertutup 222,900. –  BERNAMA

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.510058 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list