View: 90|Reply: 0
|
Peroleh RSC urus telaga minyak
[Copy link]
|
|
Tiga kontraktor bentuk syarikat usaha sama bangun operasi Balai Cluster\rPAKATAN tiga pihak membabitkan Dialog D&P Sdn Bhd, Roc Oil Malaysia (Holdings) Sdn Bhd dan Petronas Carigali Sdn Bhd yang memperoleh kontrak perkhidmatan berisiko (RSC) pembangunan telaga minyak kecil kedua PETRONAS iaitu Balai Cluster di luar pesisir pantai Sarawak.\r\n\n\n\n\r Ia susulan termeterainya perjanjian RSC antara PETRONAS, Roc Oil Company Ltd (ROC), Dialog Group Bhd dan Petronas Carigali \rdi Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\n\rRoc Oil adalah anak syarikat ROC, iaitu firma minyak dan gas yang berpangkalan di Australia, manakala Dialog D&P pula adalah anak syarikat Dialog Group, sementara PETRONAS Carigali adalah syarikat bahagian aktiviti huluan PETRONAS.\rRSC terbaru itu adalah telaga minyak kecil kedua yang diberikan PETRONAS tahun ini selepas pakatan antara Sapura Energy Ventures, Kencana Energy Sdn Bhd (Kencana Energy) dan Petrofac Energy Developments Sdn Bhd (PED), memperoleh pembangunan Berantai, Januari lalu.\rDi bawah pembangunan Balai Cluster, PETRONAS kekal sebagai pemilik projek, manakala pakatan antara Dialog D&P, Roc Oil Malaysia dan Petronas Carigali akan bertindak sebagai kontraktor penyedia perkhidmatan.\r“Dalam perkongsian RSC kedua itu, Roc akan memiliki kepentingan sebanyak 48 peratus, Dialog D&P 32 peratus, manakala PETRONAS Carigali pula 20 peratus.\r“Ketiga-tiga syarikat itu membentuk syarikat usaha sama bagi menguruskan skop kerja pembangunan telaga minyak kecil Balai Cluster,” kata PETRONAS menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.\rSyarikat minyak nasional berkenaan berkata, ketiga-tiga kontraktor penyedia perkhidmatan terbabit akan memasang kemudahan baru, selain memanfaatkan infrastruktur sedia ada bagi mencapai kos optimum dan sinergi dalam operasi bagi pembangunan telaga minyak kecil itu.\rJika semuanya berjalan lancar, PETRONAS menjangkakan pengeluaran minyak pertama Balai Cluster diperoleh menjelang separuh kedua 2013, manakala gas pula pada separuh kedua 2014.\r“Pendahuluan modal pelaburan pula akan disumbangkan ketiga-tiga kontraktor berkenaan yang mana mereka menerima pampasan daripada pengeluaran pertama, berdasarkan pengeluaran minyak dan gas serta keupayaan mereka untuk mencapai sasaran yang dipersetujui,” jelas PETRONAS.\rDifahamkan, pembangunan telaga minyak Balai Cluster itu membabitkan dua fasa yang mana fasa pertama menyaksikan kos pelaburan antara AS$200 juta hingga AS$250 juta (RM580 juta hingga RM725 juta), sementara kos pembangunan fasa kedua pula membabitkan sehingga AS$700 juta (RM2 bilion).\rPETRONAS berkata, penyertaan langsung syarikat Malaysia yang berkelayakan dalam aktiviti pembangunan huluan minyak dan gas itu, membolehkan pembangunan dan pengeluaran telaga minyak kecil di Malaysia dilaksanakan dengan teratur.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|