CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3055|Reply: 50

Adakah akan berubah lagi dasar??

[Copy link]
Post time 17-8-2011 08:46 AM | Show all posts |Read mode
Syor sekolah diberi pilihanOleh HASHNAN ABDULLAH dan SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH



PUTRAJAYA 16 Ogos - Kerajaan sedang menimbangkan cadangan untuk membenarkan sekolah memilih sama ada menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.K



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana Kementerian Pelajaran tidak mahu kelonggaran itu nanti menjejaskan pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
''Saya tahu ramai ibu bapa yang berminat tentang soal pembelajaran bahasa Inggeris itu dan sebab itu bila ada saranan tersebut, mungkin ada pihak menyatakan boleh tak kita bagi kelonggaran.


''Jadi, perkara itu masih di peringkat kajian di kementerian dan setakat ini kita belum putuskan lagi kerana pertamanya kita sudah ada dasar MBMMBI itu," katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di sini hari ini.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihak beliau kini memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkukuhkan program pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah.

Beliau menambah, ia perlu memandangkan masih ramai pelajar sekolah yang masih tidak mampu menguasai bahasa Inggeris.
''Jadi, ini memerlukan kita buat kajian secara lebih mendalam dari pelbagai aspek. Antaranya soal guru, latihan perguruan, bilangan guru yang terlatih, tempoh masa belajar bahasa Inggeris, buku teksnya dan sebagainya.
''Bila kita nak buat keputusan? Kita akan mengkajinya secara menyeluruh dan bukannya kita ambil satu atau dua pandangan sahaja," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kumpulan pertama 50 orang guru bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat (AS) yang dipilih dalam program Fullbright English Teaching Assistants akan tiba di negara ini pada tahun depan.
''Kumpulan pertama itu akan mengajar dan membimbing guru bahasa Inggeris tetapi kumpulan kedua pula, kita akan tempatkan mereka di sekolah terpilih untuk mengajar bahasa Inggeris," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 08:48 AM | Show all posts
klu wa mampu..wa nk pecat semua kebinet malesia..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 08:53 AM | Show all posts
flip flop lagi?

gomen umno nih macam kata samad said mata satu lidahnya dua..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 08:54 AM | Show all posts
ahaks. moyan la mamaque gila tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 08:58 AM | Show all posts
bang muhyidin...saya cadangkan untuk murid2 kelas pandai ajar je dlm english & kelas tak berapa pandai ajar dlm BM.kan ketas peksa gunakan dedua bahasa
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:01 AM | Show all posts
start balik dah benda nih... apa la menteri2 kat msia nih. Semua benda main terus buat mcm tu je.

Kumpulan guru2 luar tu pulak berapa gajinya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2011 09:13 AM | Show all posts
betul2 takde pendirian...........
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:14 AM | Show all posts
nama je menteri....tp carca merba miahahahahhahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 09:23 AM | Show all posts
...baguslah budak2 sekolah jadi bahan ujian, biarkan dorang bodoh senang sikit nak kontrol...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:24 AM | Show all posts
Reply 1# tuahayam

1. buku teks subjek sc & maths dlm BM akan diedarkan tahun dpn.. atau sbb company DAWAMA tu bankrap, makanya depa belum cetak lagik ke?
2. lambakan/lebihan cikgu sc & maths yg terlatih mengajar sc & maths dlm BI.. menyebabkan ramai yg belum posting.. yg mana akhirnya bila ada program redployment yg mana cikgu2 major BI tak nak masuk kampung, makanya, cikgu2 maths & sc ni yg kena ajar BI pulak.. sdg kan major depa maths & sc.. mcm mana lah BI pelajar luar bandar nak mantap.
3.kenapa nak ambik cikgu BI dari amerika?? bukan ke kita guna british..

sepatutnya budak form 4 tahun 2012 dah mula belajar maths & sc sepenuhnya dlm BM.. sbb soklan dlm dwi bahasa, makanya byk sekolah dah ajar budak2 PMR tahun ni dlm BM. skrg ni dah bulan berapa... napa tak laa takde keputusan yg muktamad.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:28 AM | Show all posts
korang semua macam tak biasa pulak,
menteri ni naik, dasarnya lain...menteri tu naik, dasarnya lain pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:32 AM | Show all posts
Gunakan aja ler BI sebagai medium language kat Sekolah

Bapak dan mak aku dulu study pakai BI, menduduki peperiksaan LCE & MCE.... leh jer speaking BI walau pun tak seperfect mat salleh kat UK or US... masih lagi boleh berbahasa melanau (mother tounge) & terror pun berbahasa malaysia

yang exposed to BI dan over bercakap BI macam mat salleh, lepas tu.. bercakap melayu cam baru exposed ngan BM seminggu or sebulan tu adalah orang yang tak sedar diri... in other word, benda ni berbalik kepada individu tu sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 09:55 AM | Show all posts
lepas ni ajar lah dalam 5 bahasa pulak.....BM, BI, Mandarin, Tamil dan Jawa ...senang hati semua orang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:15 AM | Show all posts
lepas ni ajar lah dalam 5 bahasa pulak.....BM, BI, Mandarin, Tamil dan Jawa ...senang hati semua ora ...
freebird Post at 17-8-2011 09:55



    sebenarnya tidak dapat dinafikan yg Mat/Sains perlu dipelajari dalam Inggeris. Kalau ada pilihan, saya rasa ramai yang pilih Inggeris.

Yang menentang bahasa Inggeris ialah mereka yg dalam bidang Sastera (contoh Karyawan dsb). Mereka takut Bahasa Melayu pupus.

Tengok nanti. Betapa ramai yg pilih Inggeris.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:17 AM | Show all posts
flip flop lagi?

gomen umno nih macam kata samad said mata satu lidahnya dua..
petola Post at 17-8-2011 08:53


dah berbillion habis... tak habis kaji lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:23 AM | Show all posts
hawau tul!...dasar baru belum mula...nak wat yg ni pulak...tolong ler wei...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 10:27 AM | Show all posts
buat je skolah aliran inggeris dn melayu mcm dolu2 tuh...
sape nk bljr BI gi skolah aliran Inggeris, sape nk bljo B.M gi skolah melayu..
xyah kecoh2, skejap BI, skejap BM... leceh lah.....  
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:27 AM | Show all posts
patut nya menteri yang pegang kementerian pendidikan nie...wajib tergolong dalam golongan yang berpendidikan jugak...takder la nak buat decision yang flip flop macam jenis org yang tak tau what is going on dgn pendidikan skrg~
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:32 AM | Show all posts
mai dah perangai  flip flop
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:34 AM | Show all posts
Gunakan aja ler BI sebagai medium language kat Sekolah

Bapak dan mak aku dulu study pakai BI, men ...
HaMiZiE Post at 17-8-2011 09:32


ckp mmg mudah nk suh ajar sains & math dlm english..tp cube pkirkan budak2 yg masih merangkak2 dlm english..lebih mudah kelas yg iq di hujung2 tu lah..kalu lihat yg hebat english ngan yg merangkak2 masih x capai 50%..di sesetgh sekolah tmbah2 yg kelas iq low lg byk dr yg pandai2..so cmne nk laksanakan???pada pendapat aku, pelaksanaan english perlu dikuasai berperingkat2 contoh mulakan di peringkat bawah atau tadika dahulu kerana otak budak2 fresh..then br peringkat sekolah rendah dn seterusnya..kalu x wat cmni mmg rmi la lg bengap ke 2 2 subjek tuh..even dlu guna bhsa melayu pn still x dpt kuasai inikan pula guna english
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.246233 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list