CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: kenari2101

Salah sapa ni??????

 Close [Copy link]
Post time 17-8-2011 10:17 AM | Show all posts
perghhhhh berpeluh2 aku nak purcaya klu bersumberkan dari akhbar tahap longkang ni  kahkahk ...
sunfizz Post at 17-8-2011 10:03


Ye..kalau berita dari haramkah, malaysiakini, malaysian insider ko anggap itu kitab ko..kalau keluar dari media lain..itu tahap longkang.

oleh : Ridhuan Tee

Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus.

Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India , beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur , mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia , tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak kita diambil, itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama kristian kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 10:19 AM | Show all posts
isu ni serius, hanya PERKASA mampu uruskan hal seberat ini....selamat berjuang!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2011 10:22 AM | Show all posts
Reply 52# sunfizz


    sori bro, gua sendiri tak baca suratkhabar tahap 'jamban' yg ko baca tu. lagipun bulan2 posa ni banyak sgt fitnahnyer. buat hilang pahala posa ajer!
tujuan aku masukkan citer ni utk bagi kesedaran kat semua bahawa Islam ni adalah satu agama yg amat dicemburui oleh agama lain. MEreka ni semua berusaha sungguh2 nak tarik org Islam utk masuk ke agama mereka.
Kelemahan terbesar org ISlam adalah WANG dan KUASA. bila mereka tawarkan kedua bendanya pada golongan sasaran maka mudahlah citernya.....
yang kaya ditawarkan kuasa....
yang miskin ditawarkan wang....
buka posa di gereja.....
sesambil berzikir...
bila JAIS siasat, maka yg berkuasa mudal berdebat
yg 'org tu' bertepuk tangan tgk kita main sarkas!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:24 AM | Show all posts
Ye..kalau berita dari haramkah, malaysiakini, malaysian insider ko anggap itu kitab ko..kalau keluar dari media lain..itu tahap longkang.

Anak_Nogori Post at 17-8-2011 10:17



kahkahkah.....sentap ker pocit AN...kahkahkah bersabarla erk
selamat berbuka puasa
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:27 AM | Show all posts
tektik menyebarkan agama kristian memalui bantuan kemanusiaan ini bukanlah tektik baru... tektik ini telah berlangsung dan sedang berlangsung di Indonesia dan Singapura dgn leluasa,
di Malaysia, tektik ini mungkin belum di tahap terang2an... atau masih berselindung di sebalik nama NGO tertentu...yang bergerak atas nama kebajikan dan membantu sesama manusia... tektiknya mudah saja... mereka menawarkan pelbagai bentuk bantuan kemanusian, dpd wang ringgit, material dan pendidikan, biaya rawatan, biaya pendidikan dsb... siapa yg bisa menolak bantuan sedemikian dalam keadaan diri terhimpit dgn kemiskinan dan sangat memerlukan wang ringgit utk kelangsungan hidup? pastilah, siapapun tidak akan menolak bantuan, malah akan mengucapkan syukur (terima kasih) yg tak terhingga kpd yg memberikan bantuan... (saya juga akan demikian!) modus operandinya, mudah... mensasarkan golongan yg dibelenggu kesempitan hidup dan miskin melarat... yg tak terbela oleh mana2 badan kebajikan/siapa2...
salahkah mereka?... dalam undang2 negara kita, tidak mengatakan bersalah menerima bantuan... malah, bukan itu saja, tidak salah juga pada kita meminta bantuan... waima meminta sedekah sekalipun!...
salahkah memberikan bantuan?... dalam undang2 negara kita juga tak mengatakan salah memberikan bantuan, apatah lagi bantuan kemanusiaan... yg sangat dialu2kan kerana dapat meringankan beban kerajaan utk menjaga kebajikan rakyat... maka, tak salahlah apa yg mereka buat... memberikan bantuan!
siapakah yg bersalah????.... yg bersalah dlm hal ini, pada pendangan saya, ialah orang/badan/agensi yg dipertanggungjawabkan utk memelihara kebajikan masyarakat... yg diperuntukan dana, atau yg mengumpul dana utk maksud kebajikan, tapi tidak menjalankan tanggungjawabnya secara wajar... mereka yg bersalah!...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:29 AM | Show all posts
suratkabar sampah mcm ni xyah baca, pampers budak kecik lagi mulia dr paper nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2011 10:33 AM | Show all posts
tektik menyebarkan agama kristian memalui bantuan kemanusiaan ini bukanlah tektik baru... tektik ini ...
tokwan_jantan Post at 17-8-2011 10:27



    ~ 1 people like this ~
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:38 AM | Show all posts
salah PAS or DAP ka?kalo aku, aku salahkan mak bapak budak tu...slalunya tuisyen free nie  ...
leylapple Post at 17-8-2011 08:48



    Betul3x! Asyik2 salah PAS! Mak bapak tak pantau! Takkan tak tengok buku sekolah anak2! Takkan budak2 tu boleh hafal kalau tak ditulis dalam buku sekolah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 10:45 AM | Show all posts
aik.. suratkabar pulak salah? kalau rasa berita tu tak betul, why not pegi cek sendiri? kalau betul?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:47 AM | Show all posts
kaedah guna tuisyen percuma ni dah lama...

masa kat Uni dulu, selalu sembang dengan member2 krist ...
Cakkkk....aaaa Post at 17-8-2011 09:39



    bukan setakat tuisyen jer..amalah diorang ada satu badan yang dipanggil brother and sister K (bukan dato K, tapi Care)..asal malam jer berkumpul..berbincang pasal masalah sendiri...samada masalah diri, family, study atau money..then yang brother or sister tu akan merujuk plak  dgn org yang berpangkat (ha..amek ko~kita hado?) kalo benda tu melibatkan agensi gomen, church kalo melibatkan masalah duit...

malam2 asyik bilik aku jer jadi port diorang..adakah aku terpengaruh?owh tidak sama sekali..tapi best gak dgr ceritera diorang..menambah ilmu di dada~
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:48 AM | Show all posts
tektik menyebarkan agama kristian memalui bantuan kemanusiaan ini bukanlah tektik baru... tektik ini ...
tokwan_jantan Post at 17-8-2011 10:27


aku setuju. manusia bila dah terhutang budi/nyawa/etc... dia fikir itu je kot caranya nak balas jasa baik 'mubaligh' ni

baru dpt fwded email pasal gereja jadi pusat lindungan utk penghidap HIV yg terdiri drpd melayu/muslim jugak, every room ada poster Jesus, pastu tiap2 hari dgr syarahan berunsur kristian.


most of us biasanya lagi rela hulur duit je dari hulurkan tenaga, so bila part hulurkan tenaga ni dah diambil alih oleh mubaligh ni, itu je la yg mangsa2 ni nampak, yg ada org literally membantu diorg.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:48 AM | Show all posts
ye la kak...cemana mak bapak nak ajo anak english kalau mereka setakat tau ckp yes no i lo ...
c===8 Post at 17-8-2011 09:48



    ko lupa darling, honey..elo brader..dgn F*ck dan S*ck
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 10:58 AM | Show all posts
Artikel tu hampir separuh sentuh hal politik. So aku tutup dulu. Sila buka thread serupa di board LP ok?

Saya yg menjalankan perintah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.092153 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list