CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

LTAT bakal tawar minimum RM5.20

[Copy link]
Post time 15-8-2011 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Ambil alih mantap operasi ESSO \rLEMBAGA Tabung Amanah Tentera (LTAT) dijangka mengemukakan cadangan tawaran pembelian 65 peratus ekuiti dalam ESSO Malaysia Bhd pada harga sekurang-kurangnya RM5.20 sesaham atau secara keseluruhannya bernilai hampir RM1 bilion.\r\n\n\n\n\r  Sumber industri berkata, cadangan pengambilalihan ekuiti anak syarikat gergasi minyak dan gas berpangkalan di Amerika Syarikat, Exxonmobil International Holdings Inc (ExxonMobil) dibuat untuk memantapkan lagi operasi peruncitan minyak dalam kumpulan LTAT, yang kini dikendalikan oleh Boustead Holdings Bhd (Boustead) menerusi rangkaian BHPetrol (BHP).\r\r\n\n\n\n\n  Harga minimum tawaran iaitu RM5.20 sesaham itu juga adalah kira-kira 23 peratus lebih tinggi daripada harga penutup kaunter ESSO Malaysia di Bursa Malaysia pada Jumaat lalu iaitu RM4.23 sesaham.\rPegawai sebuah bank pelaburan berkata, mengikut skim urus niaga yang kompleks itu, LTAT akan membeli kepentingan berkenaan daripada ExxonMobil, syarikat gergasi minyak dan gas berpangkalan di Amerika Syarikat. \rLTAT kemudian akan menjual semula loji penapisan ESSO kepada ExxonMobil dan menggunakan pendapatan daripada jualan itu untuk membuat pembayaran dividen khas. \r“Janji niaga itu dirumus sedemikian untuk membolehkan Exxon Mobil keluar daripada perniagaan peruncitan petroleum tetapi kekal dalam perniagaan lain termasuk penapisan minyak,” kata pegawai itu lagi. \r\n\n\n\n\rPada April lalu, Boustead, yang dikuasai LTAT, dalam makluman kepada Bursa Malaysia, berkata kumpulan itu tidak menolak sebarang kemungkinan penggabungan dan pengambilalihan (M&A) mana-mana syarikat sektor minyak dan gas. \rKonglomerat itu berkata, langkah itu akan dipertimbangkan jika ia dapat mencipta peluang pertumbuhan baru asalkan pada harga dan syarat yang wajar.\rBagaimanapun, Berita Harian difahamkan, cadangan urus niaga itu, pada peringkat ini, tidak akan membabitkan Boustead kerana dibuat pada peringkat LTAT. \rIa susulan proses urus niaga yang agak kompleks yang perlu dilaksanakan kerana ExxonMobil hanya mahu menjual rangkaian stesen minyak di negara ini, namun sebaliknya berhasrat meningkatkan segmen pelaburan lain dalam aktiviti minyak dan gas di Malaysia. \rJanuari lalu, ExxonMobil mengumumkan akan membelanjakan sehingga RM10 bilion untuk menaik taraf dan membina kemudahan dan loji minyak dan gas di negara ini.\r“Pelaburan Exxon Mobil akan mewujudkan bekalan tambahan dalam sektor tenaga dan perindustrian Malaysia sekali gus akan merangsang pertumbuhan organik dalam sektor gas asli,” kata Pengarah Sistem Tenaga dan Kuasa di Frost & Sullivan, Subramananya Bettadapura.\rPerbelanjaan modal Exxon Mobil dalam sektor minyak dan gas itu juga merangkumi projek yang sudah dilaksanakan sebelum ini termasuk Projek Pembangunan Telok, di luar pesisir Sarawak. \rBerita Harian difahamkan cadang pengambilalihan kepentingan dalam ESSO Malaysia itu juga sudah mendapat restu kerajaan.\rMenteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan berharap syarikat tempatan dipilih menguasai ESSO yang mahu keluar daripada perniagaan runcit petroleum di negara ini.\rESSO Malaysia menerusi rangkaian stesen minyak ESSO dan Mobil mempunyai 560 stesen di seluruh negara, jauh mengekori dua pengendali stesen minyak utama tempatan iaitu Shell dan PETRONAS dengan masing-masing memiliki lebih 900 stesen. \rSementara itu, Boustead, yang sebelum ini mengambil alih stesen British Petroleum (BP) di negara ini, setakat ini memiliki 330 stesen minyak.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.918347 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list