CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 238|Reply: 0

MILF arah henti serang gerila

[Copy link]
Post time 15-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan bertahan kurangkan pertempuran di bandar Datu Piang \rMANILA: Kumpulan pemisah terbesar Filipina,  Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) semalam, berkata pihaknya sudah mengarahkan  panglimanya menghentikan serangan ke atas seorang pemimpin gerila bagi menamatkan perbalahan perebutan tanah yang sudah membunuh sekurang-kurangnya 14 orang manakala lebih 3,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.\r\n\n\n\n\rJurucakap MILF Von Al Haq, berkata salah seorang panglima kumpulan itu, Adzme Kasim, diarah menghentikan serangan dan mengambil kedudukan bertahan untuk mengurangkan pertempuran di bandar Datu Piang.\r\r\n\n\n\n\nTentera kerajaan tidak campur tangan tetapi memantau perkembangan itu.\rJurucakap tentera wilayah, Kolonel Prudencio Asto, berkata 14 anggota kumpulan pemisah maut dalam pertempuran itu, termasuk enam di pihak Kasim manakala lebih 3,000 penduduk kampung meninggalkan kawasan pertempuran dan mendapatkan perlindungan di sembilan bangunan sekolah yang dikawal tentera.\rKonflik yang dikenali penduduk tempatan sebagai rido, sudah lama mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan di selatan Filipina.\rSatu gencatan senjata yang dipantau pasukan tentera asing diketuai Malaysia diadakan antara askar kerajaan dengan pemberontak dan tiada pertempuran dilaporkan tahun ini.\r\n\n\n\n\rKetua perundingan kerajaan, Marvic Leonen, meluahkan kebimbangan mengenai pertempuran dalaman MILF dan berharap pemimpin gerila dapat mengawal anggota mereka.\rAl-Haq berkata, dua komander pemisah di Datu Piang, kira-kira 900 kilometer ke tenggara Manila, cuba mendapatkan pemilikan ladang seluas enam hektar.\rBrig Jen Restituto Aguilar berkata, perbalahan antara Kasim, yang mengetuai unit bersenjata MILF dan Abunawas Ebad dari Pejuang Pembebasan Islam Bangsa Moro bertambah buruk. \rBeliau juga berharap pertempuran itu tidak merebak ke kawasan lain. – AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.859115 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list