View: 218|Reply: 0
|
'Amah wajar dapat bonus raya'
[Copy link]
|
|
Aktivis Indonesia desak beri sebulan gaji walaupun tiada dalam peraturan\rSURABAYA: Pembantu rumah di Indonesia wajar diberi bonus Aidilfitri walaupun tiada peraturan kerajaan yang mewajibkan pihak majikan berbuat demikian, kata aktivis yang dipetik akhbar Jakarta Globe.\r\n\n\n\n\rAktivis yang berkempen dari Jawa Timur mendesak supaya amah diberikan bonus sebulan gaji, berdasarkan perintah kementerian pada 1994, yang menyatakan bahawa bonus perlu diberikan kepada semua pekerja yang bekerja dengan syarikat sekurang-kurangnya setahun.\r\r\n\n\n\n\nBagi mereka yang sudah bersama syarikat lebih daripada tiga bulan tetapi kurang setahun layak menerima bonus berdasarkan tempoh bekerja dengan majikan.\r“Jumlah ini adalah kadar minimum yang perlu diberi majikan kepada amah mereka. Sebenarnya adalah lebih baik jika mereka diberi lebih daripada itu kerana gaji pembantu rumah adalah paling rendah berbanding Sektor formal lain. Berdasarkan itu mereka menerima gaji yang sangat kecil,” kata penyelaras wilayah untuk Gabungan Permohonan Pekerja (ABM), Jamaluddin.\rABM dan Yayasan Bantuan Perundangan Surabaya (LBH Surabaya) meminta keluarga yang mempunyai pembantu rumah untuk membayar bonus Aidilfitri. \rJamaluddin berkata Indonesia sudah mengiktiraf konvensyen Organisasi Buruh Antarabangsa mengenai perlindungan pekerja dan majikan perlu patuh pada peraturan itu.\r\n\n\n\n\r“Walaupun dalam sektor formal di mana peraturan lebih ketat, majikan sering melanggar peraturan berkaitan dengan bonus Aidilfitri,” tambahnya. \r“Majikan perlu mempertimbangkan masalah pembantu rumah yang tidak mendapat bonus seperti yang diarahkan kerajaan,” katanya.\rPengerusi Rangkaian Pekerja Sokongan Domestik (Jala PRT), Lita Anggraini, berkata masalah kebanyakan pembantu rumah di Indonesia tidak menerima bonus kerana sikap majikan yang tidak mahu mematuhi peraturan.\r“Selagi rang undang-undang terhadap pekerja domestik tidak diluluskan, kita tidak boleh memaksa majikan memberi bonus Aidilfitri,” katanya.\rBeliau berkata cadangan untuk pekerja menerima bonus tidak memberangsangkan, malah, masih ada pekerja yang tidak menerima gaji bulanan. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|