View: 108|Reply: 0
|
Bisnes Dunia: Kegiatan pengambilan untung jejas pasaran
[Copy link]
|
|
Kejatuhan Wall Street, hutang Eropah cetus kebimbangan \rPASARAN saham Asia kebanyakannya jatuh semalam akibat aktiviti pengambilan untung daripada pelabur di sebalik kejatuhan besar di pasaran Eropah dan Wall Street.\r\n\n\n\n\rEmas juga turun sedikit daripada rekod tertingginya selepas mencapai AS$1,800 seauns buat kali pertama, tetapi yen mencatatkan peningkatan berbanding dolar ekoran pelabur melabur dalam aset lebih selamat.\r\r\n\n\n\n\nPasaran Tokyo ditutup 0.63 peratus atau 56.80 mata lebih rendah pada 8,981.94 sementara Sydney ditutup tidak berubah, jatuh 0.5 mata kepada 4,140.8.\rHong Kong jatuh 0.95 peratus atau 188.53 mata kepada 19,595.14. Indeks pula kehilangan 2.54 peratus pada pembukaan. \rBagaimanapun, di pasaran Seoul yang pada mulanya kehilangan kira-kira empat peratus, ditutup 0.62 peratus atau 11.20 mata lebih tinggi pada 1,817.44 sementara Shanghai naik 1.27 peratus atau 32.33 mata kepada 2,581.51.\rPasaran serantau terjejas pada pembukaan selepas kemerosotan di Wall Street dengan setiap satu daripada tiga indeks utama kehilangan lebih empat peratus dan Eropah pula dibelenggu kebimbangan ekoran daripada masalah hutang Amerika Syarikat (AS) dan Zon Euro. \rMasalah di Eropah berterusan pada Rabu apabila khabar angin mengatakan Perancis berada dalam bahaya dengan kredit paling tinggi diturunkan taraf susulan pemotongan bersejarah kepada kedudukan AS.\rBerikutan masalah hutang, Fitch yang menurunkan penarafan kredit Cyprus memberi maklum balas bahawa negara Zon Euro akan memerlukan dana penyelamat dari EU.\rGreece berdepan lebih banyak masalah berikutan syarat pertukaran bon di bawah pelan penyelamat yang baru mungkin berpanjangan sehingga 2020 iaitu lebih lama daripada yang dirancang.\rLangkah berkenaan turut menjejaskan pihak bank dan penanggung insurans yang sudah bersetuju untuk memotong sedikit bon Greek yang dipegang mereka.\rPresiden Perancis, Nicolas Sarkozy memendekkan cutinya untuk membuat pengumuman berhubung langkah baru bagi mengurangkan hutang secara besar-besaran sementara menafikan penurunan taraf tetapi gagal menghalang jualan habis-habisan sehingga 6.5 peratus di seluruh Eropah yang diterajui bank.\rBagaimanapun, pada dagangan awal semalam, saham Eropah melonjak dengan London naik dua peratus, Frankfurt 2.86 peratus lebih tinggi dan Paris menokok tiga peratus.\rPasaran Asia yang mengalami minggu tidak menentu, merudum sejak Jumaat hingga Selasa ekoran kebimbangan masalah Zon Euro dan penarafan hutang AS, sebaliknya melonjak pada Rabu selepas AS mengekalkan kadar pada rekod terendah untuk tempoh dua tahun.\rJualan besar-besaran awal pagi semalam dengan emas melonjak kepada rekod AS$1,814.50 hingga AS$1,815.50 seauns pada dagangan awal didorong oleh langkah pelabur melabur dalam aset selamat.\rBagaimanapun, ia susut sedikit untuk ditutup pada AS$1,782.50 hingga AS$1,783.50.\rYen ditutup tinggi menjangkaui rekod pasca perang dunia kedua dengan 76.25 berbanding dolar sekali gus melepasi minggu tidak menentu selepas gempa bumi dan bencana tsunami melanda Jepun 11 Mac lalu.\rDolar jatuh kepada 76.60 yen, berbanding 76.83 yen di New York kelmarin.\rMinyak melantun daripada aliran rendah sebelum ini. Kontrak utama New York, light sweet crude untuk September meningkat 46 sen kepada AS$83.35 setong pada sesi dagangan tengah hari.\rBrent North Sea crude untuk September melonjak 53 peratus kepada AS$107.21. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|